15 June 2015

BUFFET RAMADAN MAKANAN THAI DI CHAKRI PALACE KLCC

Sawadee-kap! Hehehe.

Hari ni aku nak share pengalaman berbuka puasa di Chakri Palace. Aku rasa ramai yang dah try restoran ni, tapi untuk aku .. Inilah kali pertama aku jejak kaki ke sini. Alhamdulillah.

Chakri Palace KLCC

Chakri Palace ni ada tiga cawangan - Alamanda (Xpress), Pavilion dan KLCC. Sebenarnya restoran ni dah lama bertapak kat Malaysia. Since 1999, tapi entah kenapa aku tak pernah ke sini. T_T


Untuk buffet Ramadan tahun ni, as usual dengan tagline 'Tantazaling Tastes of Thailand', Chakri Palace membawakan 50 hidangan Thailand dan Melayu. Kalau korang hantu manggo sticky rice, kat sini pun ada. Haa, musim mangga kan sekarang? Nyums.


Makanan-makanan yang dihidangkan taklah sama setiap masa. Berbeza mengikut hari. Dibahagikan mengikut tiga menu. Menu first untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Menu kedua untuk hari Isnin dan Selasa. Menu ketiga untuk hari Rabu dan Khamis.


Tapi setiap hari wajib ada hidangan seperti Mieng Kam (Ulam Daun Kadok), Kerabu Mangga Thai, Red Ruby Waterchesnut, Pulut Mangga dan lain-lain. Ini mesti makan. Rugi tak makan. Hiks!


Harga pula kalau korang tempah awal sebelum 19 Jun ni dapatlah diskaun. Tapi minimum tempahan untuk dua orang. Bolehlah tempah kat website dia. Tapi actually price lain-lain tau. Takkan sama kat setiap branch. Kalau korang pergi Alamanda, kat sana murah sikit compare dengan Pavilion dan KLCC. Maybe disebabkan variety makanan kot.

Pulut Mangga @ Manggo Sticky Rice
Red Ruby Waterchesnut
Mieng Kam
Tomyam


Feeling Melampau Dikbee. Sedapkan?? Hehe
Syafierah & Yana Yasin
Suasana Di Meja Makan
Manisan Tradisi Thailand
Tu Dia, Cik Abang Kat Sebelah Dapat Makanan, Kamera Pun Dia Tak Peduli

Burppp kenyang gila .... Alhamdulillah.

3 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)