17 June 2015

BERBUKA PUASA DI RYMBA HAVEN NILAI

Serius .. aku tak pernah tahu kewujudan tempat cantik macam ni kat Nilai. Very exclusive dan mempunyai panorama yang memukaukan. Something new for me but I'm already falling love dengan tempat ni. Kenapa 4 tahun lepas takde? Alaaaa tak acinya. Uwaaa... !!


Rymba Haven ni baru je dibuka last year dan dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Kat sini bukan je ada restoran, tetapi juga korang boleh sewa dewan yang ada untuk meeting ke, majlis hari jadi ke even wedding pun boleh. Especially time malam. Fuh, suntikan elemen romantis di tepi kolam tu memang menjadi betul lah! Jeleslah sape buat wedding kat sini. T_T

 Panorama Di Belakang Rymba Haven .. Boleh Nampak Highway PLUS

Tarikan Rymba Haven ni, of courselah pool dia. Kan aku cakap ada elemen-elemen romantis. Sesekali bawa isteri atau suami berbuka puasa kat Rymba Haven ni kan best? Ini asyik-asyik tempat sama, suasana sama .. Tak bosan ke? Hahaha.

Pool
Yang Ni Time Malam (pinjam gambar Rymba Haven sat.. Hehe)
(psss, belakang tu boleh tambah.. nak buat pelamin ke apa ke.. ikut suka)

Dari Kuala Lumpur ke Nilai taklah jauh mana. Nak lalu Lekas boleh, nak lalu PLUS boleh. Aku hari-hari ulang alik Seremban-KL tau. Around 35-40 minutes dah sampai dah. Tapi bergantung cara korang bawa kereta juga. Kalau slow macam siput tu, tak dapek den nak nolong. Haha.

RH = Rymba Haven Nilai

Dan buat julung-julung kalinya, Rymba Haven mengadakan buffet Ramadan khas buat pelanggannya. Siapa nak join aku buka puasa kat sini .. angkat tangan!! Yeay. 

Jadilah yang terawal berbuka dan merasai kesedapan makanan Negeri Sembilan kat sini. Sebanyak 150 juadah akan dihidangkan nanti. Standbylah perut korang. Nak rasa masakan nogori den, konolah datang sini. Bawa apak, omak, akak, abang .. semua orang kampunglah!


Dan makanan-makanan ini disediakan oleh UBE Global Sdn Bhd dari Kajang. Haa, ni kolaborasi yang menarik. Aku dah try makanan diorang. Memang kawww masak lemak dia. 

Selain masak lomak, ada lagi menu lain seperti jeruk, kambing golek, satay, kuayteow, sambal arab, cendol dan banyak lagi. Temptinglah. Tak sabar nak datang lagi untuk second round. Hahaha.


Pemanis mulut kat sini pun boleh tahan juga. Tak terlampau manis dan just nice. Oh ya, kalau korang nak tahu owner Rymba Haven ni pakar bedah (general surgery) kat Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dato' Dr Fahmi A.Karim ... Aku yakin, makanan kat sini semuanya berkhasiat. Hiks! =) 


Selain tu, ada juga kacang-kacang dan kuih muih tradisional seperti bahulu, pulut panggang dan lain-lain lagi. Bawa mak aku, konpem dia suka ni. Pulut panggang favourite dia okay. Hehehe.

 Pelbagai Jenis Air
Wah Kopi Tenom Pun Ada Jugak .. Ini Kena Try!! Jauh Datang Ni. Hehehe
 

So far, makanan kat sini boleh tahan. Kena pada tekak dan selera. Nak makan pun senang hati sebab yakin semua makanan dijamin bersih dan Halal. Nyamuk? Takde. Jangan bimbang. Tandas ada disediakan. Haaa, lagi apa korang nak tahu??

Harga?? Okay ... okay .... Meh den nak kobakan berapa harganya ...

19 Jun - 23 Jun 
RM55 / seorang

24 Jun - 14 Julai 
RM65 / seorang

Kanak-kanak berumur 4 - 12 tahun & warga emas berumur 55 tahun ke atas
RM43 / seorang

 Persembahan Muzik Untuk Pengunjung
 Surau Pun Ada Juga ... Lepas Berbuka Bolehlah Solat Maghrib kan?
Antara Lain Di Rymba Haven

 LOKASI RYMBA HAVEN ???!

Jalan Nilai Perdana 14, Nilai Perdana,
Nilai, Negeri Sembilan.

Berdekatan dengan Pekan Lama Nilai (exit lama Nilai)

Untuk booking, boleh call mereka terus
06-799 1314 / 019 382 6442


5 comments:

  1. Huishh bestnyaaa kalau dapat berbuka kat sini.. suasana pun cantik... perghhhh...

    ReplyDelete
  2. wow, the pool cantik.. delicious and variety of food selection... thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. Haaa....Sama la macam aku....walaupun dok dekat sempadan jee....tak penah dengar pulak pasal tempat nie.... nak kena terjah jugak nampaknya...

    ReplyDelete
  4. Tengok view tempat dah nampak menarik..apatah lagi makanan2 tu semuanya sgt menggoda :)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)