15 June 2015

BUFFET RAMADAN DI ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR

Pengalaman aku berbuka puasa di Saffron Brasserie Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur.

Lokasi sebelah-sebelah je dengan Stesen Bas Pudu. Alah, senang jelah nak pergi sini. 

Saffron Brasserie Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Tema buffet ramadan kat Saffron Brasserie Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ni adalah Selera Desa. Memang umph lah!! Warga KL yang rindukan masakan kampung tu, bolehlah cuba berbuka puasa kat sini nanti. Yela nak tunggu raya, lambat lagi kan?


Terdapat variasi makanan, seperti nasi kerabu, ikan bakar patin masak tempoyak, satay, sup dorai dan banyak lagi. Tapi sup dorai tu korang wajib cuba. Tu salah satu specialty kat hotel ni. Untuk sup dorai tu, korang boleh pilih nak ayam ke, burung puyuh ke, tulang rawan ke, daging ke, ketam ke, kambing ke, perut ke ... Pilih, pilih, ikut selera tekak korang!


Part paling aku suka adalah dessert. Mak oi, banyaknya pilihan. Nak makan semua!!! Nak kek, nak ice-cream, nak puding, nak kuih .. hurm, nak apa lagi eh?? Sedapnya.

Encik H dah jeling-jeling aku dah bila asyik ulang-alik amek dessert. Risaulah tu baju raya bini dia tak muat. Hahaha. 


Harga buffet ramadan kat Saffron Brasserie Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ni murah sajo .. Percayalah .. MURAH jika dibandingkan dengan hotel lain

RM65nett (dewasa)
RM45nett (kanak-kanak 4-12 tahun)

*price dah termasuk GST tau*

Dari 22 Jun - 16 Julai 2015
7 pm - 10 pm

Nak booking tempat call je diorang 
03-2026 6060 ext 7703

Tersempak Dengan My Ex-Classmate, Pisya (paling kiri) ..


Ingat Ancasa Hotel, Ingat Kisah Tatie .. 

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)