25 November 2014

KELANTAN UNIQUE PENGGANTI GELARAN CIK SITI WAN KEMBANG

KELANTAN? Ada apa dengan Kelantan? 

Macam-macam adaaaaaaa... sebab itulah negeri ini sering menjadi destinasi pilihan pelancong. Kalau dulu ia terkenal dengan gelaran 'Negeri Cik Siti Wan Kembang', tetapi kini ia digelar dengan title 'Kelantan Unique'. Kenapa?? Sebab negeri ni cukup unik.

Menara Tambatan D'Raja

Kalau aku disuruh beri 3 benda mengenai Kelantan, of course yang pertama mestilah makanan. Ya ampun, naik berkilo-kilo aku kat sini. Banyak sangat pilihan dan murah. Yang kedua, budaya. Budaya masyarakat Kelantan sangat unik. Ada sikit-sikit dipengaruhi dengan budaya Siam yang suka senyum. Yang Ketiga, shopping. Hahaha. Serious wei, shopping kat sini boleh tahan best walaupun takde mall se-gah KLCC, Pavilion mahupun Mid Valley.

Pembuatan Batik di Ayu Fashion, Tumpat

Itulah 3 benda yang berjaya buat aku teruja semasa kunjungan ke negeri Kelantan baru-baru ni bersama Sahabat Media Santai Travel. Last aku pergi Kelantan pada tahun 2008, terkejut mak kau!! Kelantan yang dulu, bukanlah yang sekarang. Banyak sangat perubahan. Benarlah kata orang Kelantan, jangan percaya sangat apa yang digembar-gemburkan kat Facebook. 

Sebaik-baiknya datang, lihat dan feel sendiri. =)

Banyak tempat yang kami pergi sepanjang 3 hari 2 malam di Kelantan. 

Antaranya Tempat-tempat Menarik di Kelantan
- Pertunjukan Wayang Kulit, Kampung Morak
- Ayu Fashion, Chabang Empat, Tumpat
- Kilang Serunding, Kampung Laut
- Kelantan Match Factory
- A.Rahman Kayukraf, Kampung Panjang
- Min House Camp
- Istana Jahar
- Muzium Perang Dunia Ke II
- Merdeka Square (Padang Beng)
- Menara Tambatan D'Raja
- Bazar Buluh Kubu
- Kedai Emas Pak Cu Roni

Pasar Siti Khadijah

Tempat-Tempat Makan Best Di Kelantan
- Restoran Yati Ayam Percik
- Bahulu/Akok, Pasir Hor
- Restoran Indra Tomyam
- Nasi Ulam Kampung Kraftangan
- Buffet Makanan di Hotel Perdana

Emas Berkualiti 916 di Kedai Emas Pak Chu Roni

Haaa, seterusnya aku akan cerita di next entry. Ini sekadar teaser. =P

________________________________

26 comments:

  1. Kelantan memang unik..harga makanan murah..dan org2nya peramah...tht's y akk bangga jadi ank Kelantan..hehe..

    ReplyDelete
  2. Uhukss.. me anak kelantan jati, tapi baru first time tengok menara tambatan d'raja tu.. apekahh T___T

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pergi kelantan....

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ye ke...tp skrg musim hujan..nk pi sana better check cuaca dlu..if x x leh ke mana..

      Delete
    2. baru2 ni ada 2 3 tempat dinaiki air..dkt dgn free duty R.Pjg

      Delete
  5. Paling unik Psr Khadijah yg dimonopoli peniaga wanita

    ReplyDelete
  6. Kedai emas byk kat Kelantan. Try budu tak kak tatie? Hehe

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)