23 November 2014

BERIADAH DI TAMAN AGRO-LANCONG PADANG BESAR PERLIS

Memang... memanggggg.... memang dah lama aku teringin nak naik ATV. Ini bukan main-main atau gurauan, tapi memang aku tak pernah naik ATV. Entah ada je benda yang menghalang untuk aku melakukan aktiviti ni. Asal plan je mesti tak menjadi. 

Nasiblah aku join trip Sahabat Media ke Perlis. Haaa, korang boleh bayangkan tak camana aku melepaskan 'gian' dengan aktiviti ni?? Seronok rupanya naik benda alah ni. Hahaha. Ibarat budak dapat gula-gula, macam tu keadaan aku. Tetiba rasa macam nak beli satu, bawa pusing-pusing rumah. 

ATC atau All-Terrain Vehicle

Tapi lagi menyeronokkan kalau satu tempat tu ada pelbagai aktiviti kan? Walaupun mak aku kata, JANGAN TAMAK, tapi bila pergi ke Taman Agro-Lancong, terus rambang mata. Kalau boleh semua benda aku nak cuba. Lupa kejap nasihat mak.. Eh?!

Taman Agro-Lancong

Taman Agro-Lancong Perlis ni adalah satu tarikan terbaru di negeri Perlis. Dari sini ke sempadan Thai-Perlis dekat je. Manalah tahu kot-kot bini nak shopping kat Padang Besar, si suami pula bolehlah bawa anak-anak ke sini. Best wei. Serious! Uolsss kena datang sini. 

Wanita-Wanita Gila ATV. Haha
Ini Pintu Masuk Dia
Ronda-Ronda Dengan ATV

Selain ATV, kat sini juga ada aktiviti lain seperti bagi makan ostrich, memanah dan lain-lain lagi. Berkeluasan 2023.43 meter persegi, Taman Agro-Lancong ni terletak di Jalan Padang Besar Utara. Memandangkan masa aku pergi tu taman ni baru je dibuka, maka tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

In future, kot-kot korang datang sini, bolehlah try aktiviti lain seperti paintball, hot air balloon, naik gajah, menunggang kuda dan lain-lain lagi. Ni semua masih dalam perangkaan Taman Agro-Lancong. Bestkan? So, bagi siapa nak bercuti ke negeri Perlis, bolehlah ke sini. Ini juga merupakan antara tempat menarik di Negeri Perlis. Hehehehe :)

RM3
Cute-cute Burung Unta Kat Sini
Gazebo
Kafe
Aktiviti Memanah Adalah Sebahagian Dari Sunnah Rasullah

Memanah

Harga Tiket Taman Agro-Lancong
Dewasa RM5 Kanak-Kanak RM2

Harga Aktiviti ATV di Taman Agro-Lancong
RM50 (45 minit)

Harga Aktiviti Memanah di Taman Agro-Lancong
RM10 (12 batang memanah)

Waktu Operasi Taman Agro-Lancong
9 pagi - 7 petang

Facebook :
Taman Agro-Lancong Perlis

________________________________________________

48 comments:

  1. ATV ni senang je nak bawak kan....akak tak berani nak cuba takut jatuh..hehehe..tp tu la tgok orang bawak mcm seronok plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah x jatuh sbb besar..

      Delete
    2. inshaaAllah x jatuh sbb besar..

      Delete
    3. tak jatuhnya cuma kena pandai kawal ATV tu

      Delete
    4. Akak ni kecik je dik..petite..takut x terkawal...hahahaha

      Delete
    5. boleh je..ank buah djh 5 pun bolehje control yg penting jgn pulas kuat2

      Delete
  2. Pernah naik kt gold coast morib..best gak..

    ReplyDelete
  3. penah lalu ja tp tak penah masuk :D

    ReplyDelete
  4. Jauh tuuu nk pi perlis...
    Kot ada kenduri sedara mara blh la singgah sini kan isi masa lapang alang2 dah jauh travel

    ReplyDelete
  5. ye la..klau kebetulan ke sana ok gak..

    ReplyDelete
  6. Memanah..anak akak mesti suka :-)

    ReplyDelete
  7. Macam2 aktiviti riadah ada kat sini erk...

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)