30 November 2014

KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG BALING

Musim cuti sekolah ni mesti ramai yang merancang percutian bersama keluarga kan? Ni aku nak suggest satu tempat ni.. Apakata korang ke Kolam Air Panas Ulu Legong? Kolam Air Panas Ulu Legong ni terletak kat Baling. Oh dekat je dengan homestay orang asli yang terdapat kat sini. So, bolehlah 2 in 1.

Kalau taknak menginap kat homestay, kat dalam Kolam Air Panas Ulu Legong ni pun ada chalet yang boleh disewa. Haaa, pasal makanan tak perlu risau. Kat dalam ni ada kafe, taman permainan dan lain-lain lagi yang disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Kolam Air Panas Ulu Legong

Kolam Air Panas Ulu Legong ni dibuka 24 jam. Pagi, petang, siang, malam. Pilihlah waktu yang korang suka. Ada orang suka pergi malam. Ada orang suka pergi pagi.

Papan Tanda


Harga Tiket Masuk Kolam Air Panas Ulu Legong

Dewasa 
RM 6 (mykad) RM10 (tanpa mykad)

Kanak-kanak
RM3 (mykid) RM6 (tanpa mykid)

Pesara Warga Emas/ Oku
RM4


Kolam Air Panas Ulu Legong ni sering dijadikan pilihan destinasi keluarga khususnya bagi penduduk belah utara kerana dipercayai dapat mengubati penyakit. 


Kolam Asal

Kat sini ada banyak kolam. So, bolehlah pilih nak pergi mana. Kawasan Kolam Air Panas Ulu Legong ni sangat luas. Aku rasa inilah kolam air panas paling besar yang pernah aku pergi. Selalunya 2-3 kolam je..



Macam aku cakap tadi, kat sini ada macam-macam. Ada gazebo, taman permainan, jogging track dan lain-lain lagi. Sebab tu aku sarankan kalian menginap je kat chalet yang terdapat di Kolam Air Panas Ulu Legong ni. Bagi yang nak selesa lebih, bolehlah menginap di VVIP Chalet, bagi yang datang dengan keluarga mungkin boleh menginap di Deluxe Chalet.

Bagi yang datang dengan kawan bolehlah menginap di Standard Chalet atau bagi yang nak jimat menginaplah di dormitory (dorm). Semuanya terpulang pada bajet korang.


Memang bestlah kalau ke Kolam Air Panas Ulu Legong ni. Persekitarannya sahaja dah menambat hati. Udara yang segar, berlatarkan bukit bukau... nyaman!

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling, Kedah

No Phone
044721548 | 044721568

6 comments:

  1. nampak cantik n terjaga kawasannya. nak dtg pun seronok je. :)

    ReplyDelete
  2. macam menarik je..tiket murah pulak tu..tapi sygnya jauh...huhu

    ReplyDelete
  3. Ramai kata kalau nak best waktu malam lah. Nampak luas ;)

    ReplyDelete
  4. murah, dan nampak bersih, bestnya

    ReplyDelete
  5. kan..ada peluang boleh pergi nti

    ReplyDelete
  6. Tapi ramai yg xtau peristiwa berdarah kt ulu legong, tapak asal chalet tu adalah tapak kem tentera utk 22 RAMD dlu

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)