2 October 2014

TIPS MENJIMATKAN PERCUTIAN ANDA DI OSAKA

OSAKA AMAZING PASS MENJIMATKAN PELANCONG | Nak menjelajah ke 28 tempat dalam masa satu hari adalah kerja gila. Mana sempat! Dalam sehari ada 24 jam, nak pergi ke 28 tempat yang berbeza, nak bergambar lagi. Isk!

Itulah padahnya jika degil. Kesannya ada kat kaki. Melecet kiri kanan, depan belakang. Tapi apa yang aku dapat adalah kepuasan. Kepuasan melihat budaya masyarakat Jepun yang sangat berbeza dengan negara-negara lain. Alhamdulillah.

Empat hari di Osaka memang best. Bagi sesiapa yang suka subjek sejarah, aku syorkan ke sini. Siapa suka bandar, shopping-shopping dan sebagainya silalah ke Tokyo. Sebab kat Osaka ni, keadaannya sama seperti Adelaide. Tenang je. I like!

Seperti aku bagitahu di entry sebelum ini, aku beli Osaka Amazing Pass. Memang sangat menjimatkan. Bagi sesetengah orang berpendapat, Jepun ni mahal. For me, takdelah mahal mana. Makanan kat sini murah dan air minuman pun murah. Sebotol evian baru 99 yen.


OSAKA AMAZING PASS PRICE

Berbalik pada Osaka Amazing Pass, korang ada dua pilihan. 1 daypass or 2 daypass. Jika ada lebih masa belilah 2daypass. Tiadalah rushing sangat. Kawasan dia pun lagi luas.

Osaka Amazing Pass ni ada dua version
Spring-Summer Version
Autumn-Winter Version

Tapi better pergi time Spring-Summer, sebab kebiasannya time winter banyak tempat tutup untuk inspection. Lagi satu, masa pun panjang. Nak jalan-jalan pun puas hati. Oh sebelum aku terlupa, korang akan dapat map semasa beli Osaka Amazing Pass ni. Map ini sangat membantu.

Keep Calm & Relax .. Takdela Pening Mana Pun Nak Baca

Pakej Osaka Amazing Pass ini termasuk subway dan pass. Walau bagaimana pun, area sangat limited. But don't worry, map yang ada tu sangat membantu. I suggest naiklah subway. Walaupun kena jalan jauh, tetapi ia sangat memudahkan. Make sure rajin-rajin bertanya. Kalau tak faham, guna isyarat tangan je. Haha.

Subway

Antara Tempat-Tempat Yang Sempat Pergi :

1) Nishinomaru Garden

Famous dengan sakura dan daun autumn. Tetapi masa aku pergi tu bukan musim.


2) Osaka Castle

Memang wajib pergi. Tak masuk pun takpe, at least lihat dari luar.


Berdekatan dengan ni ada Peace Osaka & Osaka Museum of History.  Skip bahagian muzium. Haha. Selain tu, ada Remains of Naniwa-no-Miya Palace dan Plum Grove kat sini. Remains of Naniwa-no-Miya Palace dan Plum Grove tiada dalam pakej. Kena bayar extra kalau nak masuk.

3)  Tempozan Giant Ferris Wheel

Kat Osaka ni melambak-lambak Ferris Wheel. Salah satunya Tempozan.


 4) Osaka Aquarium Kaiyukan

Berdekatan dengan Tempozan, tetapi ni tiada dalam pakej. Kena bayar sendiri.


5) Cruise Ship Santa Maria

Aku advice untuk datang awal, sebab beratur panjang. Kalau dah naik ni, rasanya boleh skip Captain Line kot. Tapi kalau nak naik dua-dua pun boleh. Termasuk dalam pakej.


 6) Floating Garden Observatory

Nak tengok Osaka dari atas?? Datang ke sini. So sweet. 
Malangnya aku datang seorang. Beromantik dengan awanlah gamaknya.


7) HEP FIVE Ferries Wheel

Boleh bayangkan tak benda ni melekat kat tengah-tengah shopping mall?


8) Tsutenkaku Tower

Dikenali sebagai Nariwa's Eiffel Tower.


Lapan tempat ni yang aku benar-benar pergi. Ada yang dah sampai depan, tapi aku skip. Nak kejar masa memang tak sempat. Kebanyakannya tutup jam 5 petang. Manakala tempat-tempat seperti Natural Hot Spring Naniwa no Yu dan Natural Open-air Hot Spring Spa Suminoe tu tutup awal pagi. Masalahnya takkan nak pergi seorang? Awkwardlah. Haha.

Antara tempat yang aku NAK PERGI tapi tak sempat :
- Sakishima Building Observatory
- Osaka Suijyo Bus (buka Dec-Feb)
- Sakuya Konohana Kan
- Tombori River Cruise (damn, i miss the last cruise)
- Tennoji Zoo
- Nagai Botanical Garden
- Shitennoji Temple
- Natural Open-air Hot Spring Spa Suminoe
- Natural Hot Spring Naniwa no Yu

Tempat lain dalam pakej OSAKA AMAZING PASS :
- The Museum of Oriental Ceramics Osaka
- Osaka Sciene Museum
- Osaka Museum of Housing & Living
- Dotombori ZAZA
- Kamigata Ukiyoe Museum
- Osaka Museum of History
- Peace Osaka
- Entrepreneurial Museum of Challenge Innovation
- Osaka City Museum of Fine Arts 
- Osaka Human Rights Museum
- Osaka Museum of Natural History

OSAKA AMAZING PASS ini termasuk :
Subway | Bas | Tram 

Memang menjimatkan. Kalau pergi dan bayar satu-satu mahal. Better buy Osaka Amazing Pass. Thank you Miza sebab perkenalkan pass ni. Kalau aku tak tahu memang alamatnya, beli satu-satulah. Totally worth! So, sesiapa nak ke Osaka, belilah pass ni siap-siap. Nak jimat lagi beli di Malaysia.

Selfie Sekali

Insyallah akan ke Osaka lagi. Bila? Tunggu~

25 comments:

  1. wow awesome! teringin nk jejak kaki ke Jepun. Nak belajar life diaorang kt sana. Bak kata pepatah Jauh Perjalanan Luas Pemandangan.

    ReplyDelete
  2. I wish I could be there onevfine day....bila tu x tahu la lg kan...

    ReplyDelete
  3. Mula2 nak pilih number tempat yg menarik, tp semuanyaaaa menaariikkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting pergi je semua sekali.. puas hati kan

      Delete
    2. Kena explore semua tempat :-)

      Delete
  4. Great tips!!

    anaalut.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Satu yang susah pi Jepun ni adalah communication..
    Tapi tu bukan penghalang nak pergi sana kan? hihi~

    ReplyDelete
  6. Macam best je..suka tengok budaya org Jepun yg menepati masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju, disiplin level orang2 jepun ni tinggi :)

      Delete
  7. Harapnya suatu hari nanti dapat peluang untuk bercuti ke Osaka ni.

    ReplyDelete
  8. Teringin nak pergi ke tempat-tempat yang menarik di Osaka.

    ReplyDelete
  9. boleh tau kalau kt malaysia, kat mana nk dapatkan osaka amazing pass?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x silap kat Japan Travel Bureau (Malaysia) Sdn. Bhd. kat matta fair pun ada jual.senang senang beli kat sana je

      Delete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)