2 October 2014

CARA-CARA KE UNIVERSAL STUDIO JAPAN DARI STESEN KERETAPI OSAKA

THE EASIEST WAY TO UNIVERSAL STUDIO JAPAN | Kata Cik Salmiah, kalau ke Osaka tak sahlah kalau tidak ke Universal City. Eh, kenapa pula? Ada-ada je Cik Salmiah ni. Haha.

Maka, aku dengan curious dan bersemangat nak tahu kenapa, pagi-pagi dah tercegat kat Osaka Station City. Ha, nasiblah Osaka Station City dengan Hotel X-Wave Umeda tak jauh mana. Jalan kaki je. Korang lalu je bawah tanah tu. Sambil-sambil tu boleh window shopping. Ngee.

 Osaka Station City
Laluan Bawah Tanah Ke Subway/Train & Lain-lain

Sebut pasal Osaka Station City, kat sinilah laluannya untuk ke tempat lain sekitar Jepun dengan menaiki JR Line dan lain-lain. Boleh sesat tau kat bawah ni. Sebab laluannya amat luas. Aku sarankan korang print screen cepat-cepat map kat bawah ni. Laluan bawah ini juga menghubungkan North Gate Building dengan South Gate Building. Jangan pula korang terkejut bila nampak Hermes kat bawah ni. Haha.

 Osaka Station City
Maps
 Osaka Station City
Osaka Station City
 Osaka Station City
Beli Tiket

Harga Tiket JR Line Dari Osaka Station City ke Universal City murah je. Tak mahal mana pun. Dalam 180 yen/sehala. Kalau convert dalam RM6 macam tu. Sebelum ke sini, mati-mati aku ingat beratus-ratus. Hish, bikin suspend je lah diorang ni. Kan aku dah cakap, takdela mahal mana pun kat sini.

 Osaka Station City
Tiket ke Universal City

Stesen Keretapi kat Osaka ni sangat-sangat meriah dengan muzik. Bukan muzik rock, pop mahupun tradisional. Tetapi muzik yang menceriakan. Bila dengar tu, rasa seronok je. Nak joget-joget.

 Osaka Station City
Jalan Nak Laju Je Diorang Ni
 Osaka Station City
Bergambar Dulu .. Thanks Kakak

Dari Osaka Station City ke Universal City takdelah jauh mana. First time aku nak JR Line. Well, not bad. Apa yang aku perhatikan, orang Jepun ni pantang naik train, mesti tidur. Kata member aku yang belajar kat Jepun, tu je waktu tidur diorang. Selebihnya kerja, kerja dan kerja. Owh!

 Osaka Station City
Universal City

Lebih kurang sama macam Singapore tapi versi Jepun. Macam aku cakap kat entry lepas, Jepun ni culture dia sangat unik. Jadi bila ke Universal City Walk, suasananya berbeza dengan Singapore. 

Universal City Walk, Japan

Macam-Macam Ada

Muzium Tokoyaki

Shop | Food | Souvenir

And, Universal Studio Japan (USJ). Tapi aku tak masuk pun. Rasa macam tak syokla pergi seorang diri. Awkward! Memang ikut hati nak sangat masuk dan memang dah beratur untuk beli tiket, tapi cancel last minute. Yang ni memang tak boleh pergi seorang. 

Tambahan lagi, masa aku pergi tu hujan. Memang membazirlah kalau masuk. Haha. Jadi bergambar kat luar je lah. Maybe next time dengan Encik H.

Universal Studio Japan
Bergambar Di Hadapan Universal Studio Japan

Universal Studio Japan
Hujan-Hujan Pun Bersemangat

Universal Studio Japan Price Ticket
Harga Tiket Masuk Universal Studio Japan

Untuk mengubati rasa kecewa, jom shopping kat Hard Rock Cafe Osaka.

hard rock cafe osaka
Berhadapan Dengan Pintu Universal Studio Japan

Sekarang masa untuk balik ke Osaka Station City. Nak balik ni, kena tukar train kat satu station tu. Aku lupalah nama dia apa. Ampun! Banyak sangat nak ingat.

Tenang Setenang Tenangnya
Selfie Dulu 

Senangkan? Takdelah sesat untuk ke sana. Kat Jepun ni, senang je nak faham map train dia. Masa mula-mula tengok memang pening. Tapi relax dan baru baca. Kalau tak faham bertanya. Tapi aku tak sarankan untuk bertanya, sebab memang terus failed. Tak semuanya pandai berbahasa Inggeris. Haha.

Osaka Loop Line

Selamat Bercuti !! =)

37 comments:

  1. ohh..

    macam ini rupanya caranya nak gi sana.

    ReplyDelete
  2. Wah..mcm mudah tp sure kelam kabut if first timer. .suka tgok tatie jln2 selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. masa mula-mula pun agak peningla. tapi lama-lama okay je. janji jangan baca time tengah serabut. haha

      Delete
    2. bestnya..utg boleh jln2 sambil keje :-)

      Delete
  3. Comel betul tiket. Harap ada peluang ke Universal Studio di Jepun suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  4. kalau dapat masuk USJ lagi syiok tuu.... game dekat sana mesti lagi best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, tapi kita seorang time tu. so awkward nak pergi seorang diri. hahaha

      Delete
    2. kalau yg mcm ni syoknya kena berteman

      Delete
  5. inshaAllah..one fine day i will be here too ;)

    ReplyDelete
  6. nice info tatie, nanti boleh rujuk blog tatie

    ReplyDelete
  7. bestnya..tapi pegi tempat mcm ni ramai2 baru best dear..:-)

    ReplyDelete
  8. Nice info! Nanti kalau berpeluang ke sana, boleh baca blog awak ni.

    ReplyDelete
  9. Kecik je tiket tu. Hehe

    ReplyDelete
  10. Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Terbaik gudie & info. Tiket masuk pun comel. Kalau tengok peta train tu boleh pening juga. :D

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)