1 October 2014

X-WAVE HOTEL UMEDA REVIEW

Memang berkira betul orang kat Osaka ni. Bukan sahaja berkira dari segi masa, tetapi duit juga diorang berkira. Contohnya, masa aku nak check-in kat X-Wave Hotel Umeda ni. As usual kalau sampai awal, aku akan request early check-in. Yela, nak mandilah sebelum keluar.

Diorang minta bayaran tambahan. Ikut jam pula tu. Gulp! Kira-kira adalah dalam 8000 yen aku kena bayar sebab aku request by 11am, masa untuk check-in 2pm. Memang melampau mahalnya. Nak letak bag dalam bilik pun tak boleh. End up, letak bag kat kaunter receptionist, tukar baju kat tandas dan keluar.

Apa-apapun X-Wave Hotel Umeda ni memang best sebab dia terletak di bandar Umeda, memang betul-betul bandar dan berdekatan dengan shopping mall. Nak naik JR Line pun senang sebab hotel ni dekat dengan Osaka Railway Station.

X-Wave Hotel Umeda
X-Wave Hotel Umeda

X-Wave Hotel Umeda ni bertaraf empat bintang. Tetapi bilik dia sangat kecil. I assumed, semua bilik kat Jepun memang bersaiz comel. Haha. Untuk first timer macam aku memang sesat nak cari hotel ni, tapi sebenarnya senang gila. Sila print map awal-awal.

Via Agoda

Lobi Hotel X-Wave Umeda


Wifi terdapat di tingkat 1 & 2 dan juga di lobi


Tempat Simpan Bagasi


Lift


Keluar Je Lift Ada Ruang Ini


Vendor Machine (ice & drink)


Hallway



Kalau ikut review X-Wave Hotel Umeda dari visitor yang terdahulu, kebanyakan berpuas hati dengan hotel ni. Termasuklah aku. Hehehehe. Bersih, selamat dan macam-macam kemudahan yang disediakan kat hotel ni. Hotel ni selalu sold out. Mungkin sebab lokasinya yang strategik menjadi pilihan pengunjung. Siapa taknak duduk hotel yang dekat dengan semua benda bukan? 

Single Non-Smoking Room


Comelkan bilik aku? Hahaha. Dah nama pun single, muat untuk seorang je lah.

Selipar Bilik 

Baju Tidur

Toilet

X-Wave Hotel Umeda ini juga menyediakan self-service laundry untuk pengunjung. Memang ke Jepun ni korang perlu sediakan duit syiling sebanyak yang mungkin. Selain dari self-service laundry ni, kat bandar ni juga terdapat vending machine yang bukan setakat jual air je, tetapi peralatan handphone dan lain-lain juga. Betapa pentingnya duit syiling kat sini. Hehe.

Tatie Was Here

Manalah tahu kalau korang bercadang ke Osaka, bolehlah menginap kat sini. Harga? Reasonable dengan lokasinya kat Umeda. Or kalau korang nak stay hotel lain pun boleh, tapi aku suggest carilah kat area Umeda. Nak makan senang, nak naik train senang, nak shopping pun senang. 


X-Wave Hotel Umeda
1-12, Kamiyama-cho, Kita-ku,
Umeda Japan.

31 comments:

  1. cantik hotel ni..nampak moden :-)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Akak setuju..mmg cantik dan modern

    ReplyDelete
  4. Baju tidur disediakan juga ke ek ?

    ReplyDelete
  5. Cantik hotel ni! ;D

    ReplyDelete
  6. Baju tidur pun disediakan oleh pihak hotel ye. ;)

    ReplyDelete
  7. Bilik hotel nampak selesa.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)