KEASLIAN RUMAH TERBALIK SABAH

By | 10/09/2014 02:00:00 pm 17 comments
RUMAH TERBALIK SABAH WUJUD | Terdapat pelbagai soalan mengenai Rumah Terbalik Sabah ni. Antaranya, betul ke rumah ini terbalik? Aslikah? Atau dibina kemudian diterbalikkan? Haaaa...


Dalam entry aku yang lepas, aku dah menceritakan pasal Rumah Terbalik Sabah ni. Tapi entry kali ni kita flashback balik. Sejauh mana keaslian Rumah Terbalik Sabah ni?

Rumah Terbalik Sabah
Kaunter Tiket


Rumah Terbalik Sabah ni berhampiran dengan Jambatan Tamparuli. Ingat lagi tak Marsha, bekas peserta Akademi Fantasia? Dia pernah meng-famouskan jambatan ini suatu ketika dahulu. Ingat tak?

Abaikan pasal Jambatan Tamparuli. Sekarang fokus pada Rumah Terbalik Sabah. Untuk pengetahuan korang, Rumah Terbalik Sabah ini adalah rumah terbalik yang pertama di Asia Tenggara dan nombor 5 di dunia. Hebat tak hebat, Malaysia pun ada rumah terbalik.

Rumah Terbalik Sabah

Harga Tiket Masuk Rumah Terbalik Sabah

Kanak-kanak (3 hingga 12 tahun)
RM5

Dewasa 
RM10 (dengan Mykad)
RM18 (tanpa Mykad/pelancong asing)

Kanak-Kanak Bawah 3 Tahun
Percuma

Dulu masa aku datang sini tahun 2012, Rumah Terbalik Sabah ni baru dibuka. Tapi tak banyak beza pun dulu dengan sekarang. Struktur rumah ni masih terbalik. Hahaha. Bagi siapa yang tertanya-tanya, betul ke, asli ke atau benar ke rumah ni terbalik, jawapannya ada kat bawah ni.

Rumah Terbalik Sabah
Rumah Terbalik Sabah

Memang betul-betul terbalik! Rumah Terbalik Sabah ni dibina dari bumbung terlebih dahulu. Originally terbalik. Dari bumbung sampailah bahagian lantai. Mesti peningkan siapa yang bina rumah ni. Hahaha.

Gong Yang Digunakan Sebagai Doorbell Pada Zaman Dahulu

Semua benda kat Rumah Terbalik Sabah ni terbalik, kecuali beberapa benda yang korang kena spot sendiri. Well, aku dah tahu dah apa yang tak terbalik. Jeng, jeng, jeng. Tetapi, jika korang masuk ke Rumah Terbalik Sabah ni dan mengalami pening, tandanya korang mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi dan lain-lain. Kata tour guide itulah. Aku pun iakan sahaja. Hehehe.

Kereta Kancil Terbalik

Tetapi apa yang tak best di Rumah Terbalik Sabah ni, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar dalam rumah terbalik ni. Alaaaa.. Tak bestlah macam tu. 

Peraturan Rumah Terbalik Sabah

Tapi untuk tidak mengecewakan, kat bahagian luar Rumah Terbalik Sabah ini juga terdapat dua kawasan yang dibina dalam keadaan terbalik, iaitu kereta kancil, tandas dan taman terbalik yang dibina khas untuk ruangan fotografi pengunjung. Bergambarlah puas-puas ekau kek situ yo.

Taman Terbalik
Tandas Terbalik

Dibahagian belakang kawasan Rumah Terbalik Sabah ini pula, terdapat kedai souvenir dan kafe untuk kemudahan pengunjung. Yang ni SAH tidak terbalik. Hahaha.

Kedai Souvenir Rumah Terbalik Sabah

Unikkan? Bukan murah kos pembinaan Rumah Terbalik Sabah. Menelan kos jutaan Ringgit wei. Gulp! Tapi berbaloilah. Dalamnya pula bercirikan masyarakat di Sabah. 


Waktu Operasi Rumah Terbalik Sabah
7 am - 7 pm

Untuk ke Rumah Terbalik Sabah ni, aku tak suggest naik teksi kalau korang tak familiar dengan tempat ni. Lagipun, teksi jarang lalu area ni. Seelok-eloknya, sewa kereta atau ambil tour pakej. Sambil-sambil tu boleh singgah ke beberapa tempat menarik lain di daerah Tuaran. 

Rumah Terbalik Sabah
Kampung Telibong, Batu 21,
Jalan Telibong, Tamparuli,
Tuaran, Sabah

Newer Post Older Post Home

17 comments:

  1. rara pon g jugak dulu.best kan.jakun gila rasa.hehehe

    ReplyDelete
  2. nice! rumah terbalik look so captivating! :3

    ReplyDelete
  3. eh..awat saya tak perasan ada tandas dengan taman terbalik kt situ. nampak kereta tue je masa singgah sana.. :D

    ReplyDelete
  4. teringin nak tengok dgn mata sendiri..;-)

    ReplyDelete
  5. wah bolehlah jadi spiderman dalam rumah ni

    ReplyDelete
  6. Sini mmg wajib pi kalau pi Sabah kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..member ckp antara top places di Sabah..

      Delete
  7. Pening la pulak tengok terbalik-balik ni..

    ReplyDelete
  8. Salah satu yang menarik di Sabah ialah rumah terbalik ni!

    ReplyDelete
  9. Teringin nak tengok sendiri rumah terbalik ni.

    ReplyDelete
  10. Pening pulak tengok semua terbalik ni. Haha!

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane