ANAK PATUNG VERSI SABAH DI CHANTEEK BORNEO GALLERY | Kalau anak korang gila dengan watak Elsa dalam filem Frozen, aku pula gila dengan anak patung yang terdapat di Chanteek Borneo Gallery Sabah. Ahhhh-maaaa-zing!
Persamaannya dua-dua ni anak patung, tetapi pakaian anak patung ni berbeza. Kat Chanteek Borneo Gallery ni anak-anak patung dipakaikan dengan pakaian tradisi masyarakat Sabah. Comel sangat okay!
Chanteek Borneo Gallery
Sesungguhnya menjejakkan kaki kat Chanteek Borneo Gallery ni buat aku terkenang zaman hingusan suatu ketika dahulu. Nasiblah kat satu sudut kat Chanteek Borneo Gallery ni ada Interactive Corner. Apa lagi, aku lepas gianla main anak patung kat situ. Hahaha.
Banyak info yang aku dapat berkaitan dengan pakaian-pakaian etnik masyarakat di Sabah kat Chanteek Borneo Gallery ni. Mana taknya 200 anak patung yang mewakili lebih 40 etnik di Sabah. Wow.. banyakkan? Interesting sungguh.
Tapi kat Chanteek Borneo Gallery ni bukan setakat anak patung je, tetapi ada juga alat muzik tradisional, replika kecil rumah-rumah tradisional dan banyak lagi.
Tapi kat Chanteek Borneo Gallery ni bukan setakat anak patung je, tetapi ada juga alat muzik tradisional, replika kecil rumah-rumah tradisional dan banyak lagi.
Harga Tiket Masuk Chanteek Borneo Gallery
RM15 (dewasa)
RM10 (kanak-kanak)
Sambutan Dari Pihak Chanteek Borneo Gallery
Susunan Yang Teratur
Kalau korang nak tahu, pengasas Chanteek Borneo Gallery ni bukanlah pereka fashion. Basic dia dalam bidang IT tetapi kerana minat mendalam dalam mengetengahkan budaya masyarakat Sabah, dia tampil dengan idea penubuhan Chanteek Borneo Gallery ni.
Good job Ms Anne Antah.
Alat Muzik
Masyarakat Pakaian Dusun Tobilung
Cute tak?
Sabah Kaya Dengan Budaya
Ni Boleh Aku Tiru Untuk Baju Raya Next Year
CHANTEEK BORNEO GALLERY DIIKTIRAF LUAR
Chanteek Borneo Gallery ni juga telah menarik minat orang luar. Buktinya, University of Zurich Switzerland telah menempah beberapa anak patung dalam pakaian Sabah. Susah gila kot nak dapat tempat di hati mat salleh yang selalu perasan hebat ni.
Pencapaian Chanteek Borneo Gallery ni telah membuktikan ia bukan sebarang galeri. Galeri yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. *tumpang bangga*
Antara Yang Ditempah Oleh University of Zurich
Interactive Corner
Marimba Room
Souvenir Shop
Kat bahagian luar Chanteek Borneo Gallery pula, terdapat ruang-ruang permainan seperti 'keng-keng', tiup sumpit dan juga galeri pakaian etnik Sabah.
Tiup Sumpit
Belajar Tiup Sumpit
Galeri Pakaian
Ini bukan FREE tau. Tapi kena bayar ikut saiz gambar yang korang nak. Okaylah kan? Bila lagi kan nak merasa pakai baju etnik Sabah. Walaupun baju mereka ni nampak simple, tapi sebenarnya susah gila nak pakai.
Contohnya pakaian yang dipakai oleh blogger Farah (link) kat bawah ni mengambil lebih kurang 30 minit untuk siap pakai. Yang menjadi susah adalah accessoriesnya. Too complicated! Sangat menguji kesabaran. Kalau aku, memang tak sesuai. Kurang sabar! Hahaha.
Unikkan pakaian diorang ni? =)
Pakaian Tradisi Masyarakat Dusun Lotud
Thank you
Chanteek Borneo Gallery, Airasia & Sabah Tourism Board.
Souvenir From Chanteek Borneo Gallery
Chanteek Borneo Gallery
Kampung Lakang, Jalan Telibong,
Tamparuli, Kota Kinabalu.
Website :
Facebook :
Waktu Operasi Chanteek Borneo Gallery :
Selasa - Sabtu 9 am - 6 pm
Ahad 10 am - 4.30 pm
Public Holiday 9 am - 5 pm
Isnin Tutup
memang ahhhmazinggggg
ReplyDeletesuka main anak patung ye? haha
Deleteada interactive corner, boleh main tukar2 baju patung tu..macam kecik2 dulu..hehe
ReplyDeletekan? bolehlah lepas gian main anak patung kat situ. hehehe
Deletebestnyer... belajar buat baju tradisional untuk anak patung....
ReplyDeletehehehehe :)
DeleteMemang comellah. Sangat comel
ReplyDeletebetul tu, blh belajar teknik buat pakaian utk anak patung lgi :)
Deletecute betul..
ReplyDeletejap, marimba room tu untuk apa?
ReplyDeletetu la..try juga survey kt tene tadi apa itu bilik Marimba tp x jumpa
Deletekreatif kan...x pernah tau pun tentang ni...
ReplyDeleteanak patung tu cmel2 :)
Deletekreatif and cntik. :)
ReplyDeleteAmazing !
ReplyDeleteAnak patung tu comel sgt..:-)
ReplyDeletediiktiraf antarabangsa, hebatnya :)
ReplyDelete