ISLAND HOPPING DI PHI PHI ISLAND

By | 2/05/2014 03:17:00 pm 22 comments
Hari kedua di Krabi. 

Pagi-pagi lagi saya dan Rasyiqah dah bangun. Excited punya pasal. Sarapan pagi seawal yang boleh. Kesian makcik tu belum siap lagi makanan kami dah terjah. Hahaha. Semuanya sebab nak kena ada kat White Sand Beach Hotel sebelum jam 8 pagi. Trip hari ini adalah ke Phi Phi Island (หมู่เกาะพีพี).

Actually boleh je kami book pakej Phi Phi Island melalui hotel kami. Tapi bak kata orang, pergi ramai-ramai lagi best. Betul tak? Dapat murah pun ye jugak. Hehehe. 

Untuk Pakej Phi Phi ni, kami bayar 1000 baht / seorang dan pakej ini merangkumi beberapa tempat seperti Viking Cave, Maya Bay, Phi Phi Don, Monkey Beach, Bamboo Island, Pileh Bay dan lain-lain lagi (6-7 tempat). Kira berbaloi la bayar seratus ringgit untuk trip ni kan?

Dan kami menaiki speed boat. Bagi yang gemarkan lain dari yang lain bolehlah cuba naik bot macam nelayan (bot kayu) tu. Tapi lamalah sikit nak sampai dan dengar cerita lagi seronok berbanding speed boat. Hurm.

kali ini luar biasa sebab naik lori


pekerja-pekerja kilang .. haha


pembahagian group

dan untuk ke speed boat, and perlu jalan sedikit
alah, alang-alang nak basah, baik basah sekarang. Ngee


masa ni semua masih boleh posing... cait!


bekalan diberi - asam, kek pisang dan air

Sinonim dengan nama speed boat, maka lajulah ia. Bila laju dan bertembung ombak, maka ramai di antara kami tak tahan dan mabuk laut. Alhamdulillah, saya masih boleh bertahan dari mabuk laut. Walaupun pada mulanya, berani duduk di hadapan, lama-lama merangkak ke belakang. Kecut perut dibuatnya. Hahahaha. Satu pengalaman yang menyeronokkan.


posing jap


bawalah ku terbang.. *maap hasrul, diknon terujaaa..kahkah*

First of all kami ke BAMBOO ISLAND
Tapi katanya, angin kuat maka kami tak boleh berlabuh. Nak berlabuh juga kena berenang ke pantai. Eh, boleh pulak macam tu? Jadi, kitorang tukar Bamboo Island jadi destinasi terakhir sebelum balik.


Yang kedua ke MONKEY BEACH
Pun tak boleh berlabuh. Katanya bahaya. Monyet banyak sangat.
Demmm. boat lain boleh je singgah?


Yang ketiga ke PILEH BAY
Pileh Bay ni sebuah lagoon yang dikelilingi oleh limestone cliffs yang memukau.





Yang keempat ke VIKING CAVE
Gua yang terkenal di kepulauan Phi Phi dan kini menjadi tempat industri 'bird nest' dan struktur gua ini pun Subhanallah cantik sangat. Dikatakan menyerupai sebuah kapal. Erk! tak nampak pun. @_@


Yang kelima ke MAYA BAY 
Tempat paling terkenal di Phi Phi Island, Maya Bay pernah dijadikan tempat penggambaran filem 'The Beach' yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio pada tahun 2000. Maya Bay juga terkenal dengan tempat dive - Loh Samah. Namun selepas kejadian Tsunami pada tahun 2004, sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada Maya Bay.

Tapi Maya Bay ni agak padat dengan manusia


Papan tanda di mana-mana. Senang!


tak hengat dunia budak bertiga ni

berlima, lagi lima entah mana

polis entri 1, 2 jaga .. polis mati pencuri jaga

shushhh kami di sini

Jalan ke Loh Sa Mah

tandas

tandas lelaki yang terbuka

kejap sangat kami singgah - 30 minit. Mana sempat nak pusing satu Maya Bay.
(T_T)

Tapi kekecewaan kami terubat apabila, kami dibawa ke tempat snorkeling yang tak jauh dari sini. Alamak. Yang ni saya lupa nama tempat ni.. hehehe. 


Yang keenam ke PHI PHI ISLANDS
Pulau yang majoritinya adalah penduduk Islam ini amat terkenal lebih-lebih lagi pada kejadian Tsunami yang melanda pada tahun 2004 dahulu. Phi Phi ni diambil dari nama Melayu, iaitu Api-Api yang merujuk kepada Pokok Api-api atau dalam bahasa Inggeris, Fiery Tree yang suatu ketika dahulu banyak di pulau ini.

Kat sini kami berhenti makan seketika. Buffet makanan tersedia (sekali dengan pakej) dan HALAL. Kat sini kami berhenti lama sedikit. Jadi bolehlah relax ke, main kayak ke mahupun bergambar di tepi pantai. Kat sini juga terdapat beberapa resort yang boleh anda menginap.


peta Phi Phi


100 lebih orang dipercayai hilang ketika Tsunami


makan time

sedap.. laparkan? 

astro kononnya


kami juga sempat singgah di port snorkeling yang terakhir tidak jauh dari sini. 


yang terakhir, BAMBOO ISLAND
Fulamak, tadi masa mula-mula ibarat padang jarak padang terkukur. Ke mata kita yang salah pandang? Tapi bila pergi sekali lagi.. phewww!! Cun habis. Entah kenapa, saya tertarik dengan Bamboo Island lebih dari tempat-tempat lain. Mungkin sebab feeling kat sini lebih seperti dalam filem Baywatch kot? Erk.haha. 

Kat sini kami diberi masa 45 minit. Haa, ikut suka hatilah nak pergi mana. Mandi ke, berjemur ke atau apa-apa sahaja. Oh ya, kat sini tiada tandas. Nak buang air, bak kata Toey .. sila buang di laut. Euw! =P

seronok sangat
port ambil gambar yang menarik

well, well .. well

cak!

i'm here

dan terima kasih kepada tourist guide kami pada hari tu 
TOEY


tourist guide kami


jalan-jalan area Ao Nang

Then, sampai hotel balik dalam jam 4 lebih. Semua dah flat habis. Rehat kejap, then keluar balik. Tapi kami berdua sewa motor, manakala Fazreen and the geng naik Tuk Tuk.


peace yaw!

sesi spa .. semua pergi urut.. except me. takut!

Next, night walk area Ao Nang (Walking Street)

mercu tanda apa ni eh?

live band
shopping area

hehehehehehe

Ini malam terakhir aktiviti bersama Fazreen and The Geng. Sebab besok kami tak join diorang pergi tour 4 islands tapi  sebaliknya kami pergi ..... ??? shushhh!! semua di entri seterusnya. TUNGGUUUU.

TRAVELOGUE - KRABI :
- Percutian Bajet ke Krabi Thailand (link)
- Sewa Motor di Krabi Thailand (link)
- Ao Nang View La Villa (link)
- Had Noppharathara National Park Krabi (link)
- Krabi Safari Elephant Trekking (link)
- Phi Phi Island Trip (link)
- Kayaking in Krabi (link)
- Krabi Weekend Night Market (link)
- Howdy Relaxing Hotel Krabi (link)
- Breakfast Sedap di Krabi (link)
- How To Go Hat Yai From Krabi (link)
- Day Trip to Hatyai (link)
Newer Post Older Post Home

22 comments:

  1. Hola! I've been following your blog for a while now and finally got
    the bravery to go ahead and give you a shout out from Huffman
    Tx! Just wanted to mention keep up the excellent job!

    my web page; hal.dll ()

    ReplyDelete
  2. I was recommended this web site by my cousin. I'm not sure whether this post is written by him
    as nobody else know such detailed about my problem.
    You are amazing! Thanks!

    Feel free to visit my web blog; tinnitus miracle review

    ReplyDelete
  3. dear. boleh taw tak nama tour pakej island hoping 7 tempat tu? sbb bulan 12 ni nak ke sana, so nak taw yang mana patot kami amek . tq :)

    ReplyDelete
  4. subhanallah..nice places n view

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. nak pergi sini 1 day nnt, view tu absolutely stunning!

      Delete
  6. Macam best island hoping tu. Sangat banyak tempat dikeliling..

    ReplyDelete
  7. Ini la dream place akak...cantik sgt2 nrah bia la bleh explore....

    ReplyDelete
  8. Cantik sangat pemandangan disana..

    ReplyDelete
  9. Kena gak pergi krabi suatu hari nanti ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, mest pegi ni, view tu cntik sgt :)

      Delete
  10. memang wajib pergi tempat ni !

    ReplyDelete
  11. sis kalau nk book nak pergi island ni mcm mane.ade contact number x. hee harap sis boleh tolong sy nk g..email or wtapp byla_910214@yahoo.com 013-9654993

    ReplyDelete
  12. MINGGU LEPAS SAYA BARU BALIK DARI KRABI. SELAMA 4 HARI 3 MALAM DISANA, RASA TAK NAK BALIK M'SIA..HIHIHI.. INDAH GILA PANTAI DAN PULAU2 DISANA. PALING SUKA DENGAN BAMBOO ISLAND DAN TUP ISLAND. RASA NAK PEGI LAGI..HUHUHU

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane