22 December 2013

HOTEL EQUATORIAL MELAKA REVIEW

Asyik busy dengan aktiviti-aktiviti blogger sehingga lupa nak berehat. Jadi, hari tu saja-sajalah gatal tengok Agoda. Kononnya, nak pergi 'short vacay' jauh sedikit dari Seremban. Tapi dek kesuntukan masa, saya pilih ke Melaka sahajalah. Dekat pun dekat, cuma nak pilih hotel tu agak memeningkan kepala. 

Pada mulanya, ingat nak stay kat Philea Resort & Spa Melaka tapi jauh pula dengan Bandar Hilir. Haih. Then, teringat Hotel Equatorial Melaka kat belakang Dataran Pahlawan. Terus booked and lega.. Tak payah pening-pening kepala.. hahaha.

Hotel Equatorial Melaka

Ini kali kedua saya stay sini. Sebab utama saya suka hotel Equatorial Melaka ni sebab senang nak pergi mana-mana. Semuanya 'Walking Distance'.Kalau sesiapa nak buat trip 3 in 1 = shopping, makan dan melawat tempat bersejarah.. Ini adalah pilihan terbaik. Eh, tapi orang cakap Hotel Hatten pun best. Arghhh.. tu nanti. Soon, Future... eh entah. 

Christmas Tree di lobi hotel





Senang pakai Agoda. Just type nak pergi mana je.. Nak harga istimewa, tempah pada hari Jumaat. Selain Agoda, anda boleh search hotel/flight kat Wego, Expedia, Hotels.com, Hoteltravel.com, Booking.com, Trivago.com.my dan banyak lagi lah. Harga pun lain-lain. Ada yang murah, ada yang mahal terpulang pada tarikh dan promosi.



saya request bilik high floor dengan pemandangan laut


 






cakkkk!! spot me.





bilik yang sangat bersih dan selesa.

pemandangan dari balkoni




and the next day, kitorang lunch kat my favourite restoran.
'Restoran Asam Pedas Selera Kampung'

Dulu masa study Lendu, sanggup datang dari Alor Gajah ke sini semata-mata nak pekena lauk tengahari kat sini. Ketam masak lemak dan tapai antara yang best selain dari Asam Pedas. Restoran ni pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dan sentiasa ramai orang khususnya masa lunch hour.

Restoran Asam Pedas Selera Kampung
(restoran Asam Pedas best di Melaka)
Ratings :
Food : 5/5
Service : 4/5
Cleanliness 4/5






Apa-apapun kat Melaka ni guna kupon parking. Untuk sesiapa nak ke sini, tauke restoran ni ada jual kupon. So, tak payah pergi jauh cari kupon. Relax dan enjoy your food. 

Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...

7 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)