24 December 2013

20TH CENTURY FOX WORLD MALAYSIA

EXCITED .




Itulah yang boleh saya gambarkan apabila dijemput ke Majlis Perasmian Genting Integrated Tourism Plan baru-baru ini. Majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ini berlangsung dengan meriah sekali.



Siapa sangka, Genting Highlands dipilih sebagai lokasi taman tema 'Twentieth Century Fox World' yang pertama di dunia. Semua orang sedia maklum 20st Century Fox ini bukan calang-calang company. Setanding dengan nama-nama besar seperti Universal Studios dan Walt Disney. Pasti menarik lebih ramai pelancong luar untuk datang ke negara ini untuk melihat sendiri keunikan dan kehebatan taman tema ini nanti.

Untuk pengetahuan semua, taman tema luar Genting telah ditutup sejak September lalu bagi memulakan kerja-kerja pembinaan 20th Century Fox World.

Selain itu,

 => Hotel-hotel seperti Genting Grand, Maxims, Resort Hotel, Theme Park Hotel dan First World Hotel akan di upgrade untuk lebih moden dan eksklusif.

=> Dengan kapasiti 10 ribu tempat duduk di Show Arena melayakkan Genting Highlands diangkat sebagai tempat world class entertainment.

=> Taman tema baru ini akan menempatkan permainan berkonsepkan filem popular seperti Ice Age, Life Of PO, Rio, Night At The Museum dan banyak lagi. Semestinya meriah dan best!

=> Stesen Cable Car yang baru akan dibina yang mampu menampung kapasiti sebanyak 100 gondola dan membawa lebih dari 4000 penumpang/jam.

=> Tempat parking kereta bertingkat juga turut dibina yang mampu menempatkan 3100 tempat letak kereta.

=> WANITA-WANITA, ini berita baik untuk anda. Selain dari taman tema terhebat, mereka juga turut bina Genting Premium Outlet (GPO) yang akan menempatkan jenama-jenama hebat dari luar negara.  Tak perlu nak pening kepala lepas ni, beriadah, berseronok dan BERSHOPPING. Segalanya di satu tempat sahaja. Seronok bukan?

=> Taman tema dalam Genting seperti Sky Venture, Snow World, 4D Theatre, Indoor Coaster Ride dan lain-lain masih dibuka sehingga kini.

Sebenarnya, banyak lagi yang menarik kat 20th Century Fox World ini nanti. Tak sabar rasanya. Pastikan anda antara yang terawal ke sini bila dia buka nanti tau.

antara blogger-blogger yang hadir pada hari itu


Menarik tentang Genting Malaysia, 

=> kini mengambil alih Awana Porto Malai yang dah ditukar nama sebagai (Resorts World Langkawi) dan Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort (Resorts World Kijal).

=> salah satu penggendali kasino terbesar di United Kingdom dan leading innovator dalam penyediaan permainan berkualiti tinggi yang memfokuskan pelanggan. Sebanyak 6 kasino di London dan 35 kasino di sekitar United Kingdom yang beroperasi di bawah nama Genting.

=> Kini dalam projek membangunkan kompleks peranginan dan hiburan di  National Exhibition Centre di Birmingham yang akan dinamakan sebagai Resorts World Birmingham.

=> Resorts World Casino New York City juga beroperasi di bawah Genting yang menempatkan kemudahan video loteri yang pertama di Aqueduct Racetrack di bandar Big Apple ini. Sebanyak 5000 mesin game, shows, events, dan masakan dipersembahkan kepada pelancong yang datang ke Resorts World Casino New York City ini.

=> Genting juga baru melancarkan Resorts World Bimini di Bahamas yang menempatkan kasino, villa dan beberapa kemudahan lain seperti restoran dan bar, kemudahan tempat peranginan and the largest marina di Bahamas. Mereka juga turut mengoperasikan kemudahan kapal seperti cruise Bimini Superfast yang seberat 32000 ton. Cruise ini beroperasi antara Miami dan Bimini.

=> Genting Resort Secret Garden di Beijing juga adalah milik Genting Malaysia.

Seronokkan? Tumpang bangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh Genting Malaysia Berhad. Yang penting, kita tunggu 20th Century Fox World ini siap. Dijangka siap lagi 2 tahun... yahooOO!

Thanks Genting and Blooggers. (^_^)

Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...



11 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)