21 December 2013

HOMESTAY BANGHURIS SEPANG HOMESTAY TERBAIK DI SELANGOR

Kalau Homestay Dorani bertemakan sawah padi, di homestay Banghuris pula bertemakan estate seperti estate getah dan ladang buah-buahan. Kat sini tidak kurang hebatnya. Sering menjadi tumpuan pelancong khususnya dari negara matahari terbit. Jika anda menginap di sini, anda dapat merasa pengalaman menanam pokok dan lagi istimewa pokok itu akan ditanda dengan nama anda sebagai tanda kehadiran korang ke sini.



Banghuris ini gabungan dari tiga kampung iaitu, Kampung Bukit Bangkung, Ulu Chuchuh dan Ulu Teris. Paling membanggakan, Kampung Ulu Chuchuh pernah memenangi anugerah 'Kampung Terbaik' peringkat Negeri Selangor pada tahun 1993.

Tapi sayangnya, kami kesuntukan masa di sini. Jadi tak banyak aktiviti yang boleh kami lakukan. Homestay ni terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang KLIA. Dekat je, lalu jalan belakang ke Gold Coast Resort. Haaaa.. alang-alang sampai sini, singgahla makan seafood kat Bagan Lalang. Nyums.

HOMESTAY TERBAIK DI SELANGOR
Paluan kompang yang menyambut kami
HOMESTAY TERBAIK DI SELANGOR
Sampai-sampai je, kami dijamu dengan air kelapa fresh
HOMESTAY TERBAIK DI SELANGOR
Mee Sup Yang Enak
HOMESTAY TERBAIK DI SELANGOR
OMG OMG .. Durian Pun Ada ..

Sambil makan, kami dihiburkan dengan persembahan penduduk kampung

HOMESTAY TERBAIK DI SELANGOR

dan penyanyi, EWAL AF

EWAL AKADEMI FANTASIA
EWAL AKADEMI FANTASIA

Sementara tu, ada yang mengambil kesempatan untuk 

MEMANCING







Paling saya excited adalah acara menoreh getah. Maklumlah, dulu selalu ikut arwah abah visit estate-estate getah masa dia kerja Risda. Tapi tak pernah pula try menoreh. Kali ni tak boleh lepaskan peluang. Kena cuba alang-alang dah sampai sini. Sumpah, seronok sangat. 

Selain dari dapat pengalaman berharga, anda juga dapat ilmu berkaitan getah. Penat sebenarnya jadi penoreh getah.. hehehe. 




tu diaaa.. semangat anak Risda

menoreh biar ada style.. haha

Then, kami dibawa ke ladang buluh. Kalau nak feeling seperti berada di oversea, silalah datang sini. Tempat ni cantik sangat kalau nak buat pre-wedding. 

sebelum diedit

hasil edit



tengok, semua teruja bila ke sini... walaupun hanya sekadar 
ladang buluh, tapi pemandangan sini sangat cantik.

bersama team SMCC1M

jom support Visit Malaysia 2014

 Antara aktiviti yang anda boleh lakukan kat sini :
- memancing
- menanam pokok buah yang menandakan anda datang sini
- menikmati muzik tradisional dan folk dances 
- menikmati buah-buahan tempatan
- menoreh getah
- menuai biji kelapa sawit

Berminat? Contact mereka sekarang !!

No Tel :
0126628548 (Hj Basir Wagiman)
0192325758 (Hj Salam Wagiman)

Alamat :
Kampung Hulu Chuchoh, Sungai Pelek
Sepang, Selangor


5 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)