20 December 2013

AKTIVITI DI HOMESTAY HJ DORANI SABAK BERNAM

Stress di tempat kerja? Memerlukan percutian singkat tetapi dekat dengan Kuala Lumpur? Haaaa.. ini dia, Homestay Dorani yang PATUT  anda pergi. Hilang stress bila melihat kehijauan sawah padi Homestay Dorani. TENANG!

Terlebih dahulu, terima kasih Tourism Selangor dan semua yang terlibat dalam menjayakan misi Program Media dan Artis ini. Homestay Hj Dorani ni terletak berhampiran dengan KL. Orang noghori cakap, "dokek jo ngan tompek ekau".

So, saya nak ajak anda semua pergi dua-dua homestay ni. Selain dari menikmati panorama semulajadi, korang boleh juga mencuba beberapa aktiviti seperti mencanting batik, mengagau ikan keli, menoreh getah, memancing ikan cara traditional, buat bahulu traditional... ehhh kalau saya cerita, sampai besok pun belum tentu habis. hahaha. 

Apa yang pasti, kat homestay ni menjanjikan kelainan dan keunikan untuk anda semua. Bagi mereka yang takde kampung macam aku ni,  rasa teruja bila menjejakkan kaki ke sini. Lebih-lebih lagi bila dapat berlari-lari anak di sawah padi, mandi-manda di tali air, makan buah-buahan di tepi kolam ikan... fuhhhhhh, masyuk! layan habislah~


 Homestay Dorani, Sabak Bernam
(Terima kasih Tourism Selangor)

Siapa tak tahu Homestay Dorani ni.. Sejak dua menjak, homestay ni makin famous. Lebih-lebih lagi bila, One Nation Emcees dan Jimmy Palikat shooting klip video "Anak Kampung" kat sini.


layan dulu lagu ni .. ambil feel~

subhanallah, teruja tatkala sampai di sini



homestay paling terkenal kat Malaysia


Aktiviti Mencanting Batik :

sebelum
dan selepas.. hasil kumpulan kami... 

Aktiviti Buat Bahulu : 

jadi tukang kacau je..

pertama kali tengok cara tradisional buat bahulu

by my group.. perhiasan dapat sekitar ini.. 'asal boleh'. haha

Aktiviti Mengagau Ikan :

sesi meng'gogoh' ikan (dalam bahasa jawa) atau dalam melayu,
mengagau ikan... * tangkap ikan guna tangan *

selepas.. hahaha. comot tapi seronok sangat


Lepas mengagau ikan, kami diberi pilihan nak mandi di ...

tali air

atau

parit

dua-dua pun best, dua-dua pun pengalaman baru bagi saya

Sebelum balik, ada acara penyampaian pingat dan hamper.. Malangnya, kumpulan saya dapat tempat terakhir sebab kami semua kalah teruk kat aktiviti mengagau ikan.. geli punya pasal, sikit je ikan kami dapat dan kumpulan artis yang diketuai oleh Talha Harith berjaya dapat No 1. hehehe.

sesi penyampaian medal 

hamper dan medal. jadilah daripada takde..

info : produk Masri adalah keluaran IKS di kawasan ini

Okay seterusnya.. jom tengok beberapa gambar kami sepanjang kat sana










dan trip ini dimeriahkan dengan kehadiran 

Talha Harith, Erry (budak couple seminggu), Kay AF9

kat sini anda boleh aktiviti seperti :

- belajar cara-cara buat layang-layang
- menumbuk padi
- menggagau ikan (wajib try at least sekali seumur hidup)
- melawat kilang Nata de Coco
melawat kilang kerepek pisang
- melihat kelip-kelip
- melawat dan belajar cara buat bahulu traditional
- menginap di Homestay Dorani

Berminat?? Contact mereka sekarang !!

No Tel :

Email :
doranihomestay@yahoo.com

Website :

Alamat :
No.1, Parit 1,
Sabak Bernam, Selangor

17 comments:

  1. aktiviti menggagau ikan tu cambest je
    teringat zaman kanak-kanak dulu, berendam dalam sawah,haha

    ReplyDelete
  2. alahai terujanya tgksawah padi nih...x baca lg baru tgk pic...adik boleh tk jd follower akk ...suka aar travel nih..pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg best padi yg menghijau tu..sejuk mata memandang :-)

      Delete
  3. Waaa... best nyer program masuk kampung ni.. dah la kita ni xde kampung sangat hahahaa...
    Cane nak join ek kalau ada even dari tourism selangor or malaysia ..???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan at least melalui program2 ni, dpt experience masuk kg ;)

      Delete
  4. wah bestny jln2 msuk kg! ble bt byk aktiviti :)

    ReplyDelete
  5. mandi sungai tu x gatal ke badan coz airnya keruh jer

    ReplyDelete
  6. Talhaaaaaa.. memang terpegun gak tengok video ni dulu. Cantikkkk..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)