28 April 2012

HOBI SAYA BAKING .. HOBI ANDA?

assalamualaikum.

AMARAN AWAL ! entry ini bakal mengundang kelaparan ok! =p

sumpah dua hari berturut-turut i menjadi superwoman! kelmarin jadi pengasuh yang berdedikasi, semalam jadi chef kat dapur and now, i hampir flat! tapi i anggap ini sebagai exercise untuk kurus! hahaha. ok tak lawak! =p

kelmarin, seharian menjaga nina dan amir. memang, kehadiran mereka memeriahkan rumah ni yang sememangnya sunyi. before that, i went to market dan shopping bahan dapur sedikit.. lepas tu baru ambil nina dan amir kat rumah my mum. bayangkanlah, tengah siang barang-barang yang dibeli, tak sampai 5 minit, nina dah panggil, nak tukar upin ipinlah, ultraman lah, apa lah... then, amir pula yang berada kat atas, kadang2 panggil minta tolong. ayooooo, semput gila! kejap pergi kat nina, kejap naik atas dan sambil buat kerja dapur! hahaha. (o_O)

dan semalam, my sister in law datang dengan kawan-kawan UM dia. diorang ada project universiti yang kena settle dan diorang minta tolong i, since my house - UM takdela jauh mana (seremban-pj?) hahaha. mari-mari, pucuk dicita ulam mendatang! i memang suka bakery ni.. hahahaha.

dan inilah hasil kami semalam. biarpun hasil yang sememeh tapi rasanya sedap! maklumlah, percubaan pertama! dari jam 8 malam  sampai 5 pagi ok dengan MR H sekali turun padang untuk menolong diorang dan hari ini sambung lagi. awwww.. soooooo sweet! *panggggg!!!*

Blueberry Cheese Tartlet
tartlet shell
before dimasukkan ke dalam oven balik
blueberry cheese tarlet


Chocolate Moist Cake
kami letak coklat daim dan kukus
inilah hasilnya bila coklat daim dikukus =p
taraaaa... kek coklat  dah siap!


Blueberry Cheese Cupcakes
 Ini before dimasukkan ke dalam oven
dah siap dan hiasannya sambung hari ini

Chocolate Moist Cupcakes
 sebelum dikukus
 siap dan disalut dengan coklat ganache 
hasil kami tapi yang belah kanan tu tak siap lagi =p


nak tahu lebihan coklat kami buat apa??? 

chocolate ball yang tak jadi... hahaha
sebab kek ni very soft so nak buat bulat susah gila
nevermind.. yang ini kami punya! hahaha

terliur tak? hehehe. hari ini sambung buat hiasan blueberry cheese cupcakes dan apam polkadot. insyallah kalau sempat, kuih siput pun kami rembat! hahaha.. =p

Selamat Menjamu Selera!

 p/s : nak resepi? tunggu bila semuanya siap! will update all the recipes later! =D

24 April 2012

JOM SHOPPING DI KOLEKSI IBUNDA


assalamualaikum

Hi kawan-kawan. Inginkan kelainan? marilah kita shopping di Koleksi Ibunda di D'S2 Mall Seremban 2 dan anda juga berpeluang untuk mendapat pelbagai diskaun yang menarik di sana!

selain itu, Koleksi Ibunda juga baru sahaja melancarkan fanpage mereka yang dibuat khas untuk pelanggan-pelanggan yang setia Koleksi Ibunda. 

Ayuh, apa tunggu lagi? marilah ramai-ramai kita bershopping di Koleksi Ibunda! Jangan lupa like fanpage Koleksi Ibunda tau!

click di sini: Koleksi Ibunda

bye you all! i nak pergi shopping kat KI! =D

23 April 2012

BUTTER CHICKEN RECIPE

hi peeps. today malas nak bergosip or whatsoeverlah. sebab mood tengah down dan stress! so, bila stress, biasanya I akan masak makanan favourite I.. nanti bila dah gemuk lagi bertambah2 stress? takpe janji happy. hehehe.

so, today I nak share recipe "Butter Chicken" yang I dapat from my friend, Annastasia Elena. Sebelum ni, I tengokla kat wall FB dia, ramai yang cakap Butter Chicken dia bestla itu la inila.. So, dengan tak malunya, i pun minta her recipe and today, i would like to share this recipe with you all!

Resepi "Butter Chicken"

Bahan-bahan
1 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
200GM Butter or Margerine 
200GM Evaporated Milk (if takde, F&N Full Cream pun takpe)
4 Tangkai Daun Kari (boleh tambah or kurang.. depends on you)
1 TBSP Corn Flour + 3 TBSP Air (depends on you nak pekat ke tak, and make sure air tu tak panas)
4-5 batang cili padi dipotong-potong (nak pedas lagi tambah cilipadi tu)
Gula 
Garam
Ayam 

Cara-caranya :
1) Ayam ni, boleh buat dua benda... either nak boil kan or goreng with butter ... if nak boiled kan, letak garam sedikit tapi jangan boil lama sangat, then drain the water and shake off the excess water.. kalau goreng with butter, macam biasalah kan. Kemudian, letak kat tepi sebentar.
2) Dalam periuk lain, cairkan butter/ margerine dalam periuk dan kacau (make sure api sederhana)
3) Tumis bawang putih dan bawang merah tu sampai naik bau.
4) Masukkan daun kari dan cili padi, dan kacau perlahan-lahan.
2) Masukkan milk, kacau dan simmer 5-8 minutes
4) Corn Flour dan air tadi tu, kacau terlebih dahulu, then masukkan ke dalam periuk. Kacau dan kacau, jangan berhenti kacau, if not nanti dia jadi ketul-ketul.
5) Then, masukkan gula dan garam secukup rasa.
6) Siap untuk dihidang.

ada dua cara untuk hidangkan.
i) jika anda boilkan ayam, gaulkan ayam dan kuah butter tu sampai dia macam coated.
ii) jika anda goreng, drizzlekan kuah tu ke atas ayam yang digoreng sebentar tadi.

SELAMAT MENCUBA!!

p/s: sedap kalau panas2 dan makan.. 

22 April 2012

WEDDING PLANNER ... RATIO DESIGN

remember the last time, i told you.. sejak dah kahwin ni, mood pada everything yang berkaitan dengan "WEDDING" dah hilang. dah takde! dah pudar! err... dah.. la tuuuuu... CUKUP!

tapi segalanya berubah sejak I terjumpa blog ini Ratio Design .. WOW! my first impression towards RD ... superb! hasil kerja yang sangat elegant! kalau boleh every month nak celebrate my wedding-monthlysary dan guna khidmat RD. But i know, it is so impossible. i'm not a millionaire tho!

but, its okay. since ramai lagi B2B di luar sana yang sedang membuat persiapan kahwin, kot-kot tengah mencari wedding planner, or maybe hantaran maker or apa-apa berkaitan dengan wedding, bolehlah menggunakan khidmat Ratio Design ni! serious best..!! takkan i nak tipu pulak kan?

selain dari wedding, RD juga menyediakan perkhidmatan event consultant! Antara nama-nama besar yang pernah menggunakan khidmat RD adalah Fashion Valet kepunyaan si cantik manis, Vivi Yusof. Other than that, RD juga menyediakan perkhidmatan penyewaan props seperti props pre wedding dan sebagainya! (kan senang kalau ku jumpa RD dulu, tak payahla susah payah dengan En Hubs cari props untuk pre wedding!)

Hadi & Adylla Pre Wedding

Hantaran by RD
Fashion Valet's Beauty Launch Event

Menarik bukan? kalau nak diceritakan sampai besok pun tak habis. Disebabkan oleh itu, i dah mula pasang angan-angan nak hire RD ni for my baby shower soon! (berangan dulu.. tak boleh?)

RD in majalah Pesona Pengantin 

So, apa tunggu lagi... Mahukan wedding yang gorgeous dan superb haruslah mempunyai perancangan yang rapi! Oleh itu, usah pening kepala.. garu sana sini, hire saja RD! settle dan masalah pun selesai, majlis anda pun berjalan dengan lancar! insyallah.

berminat? contact mereka sekarang!

FB :
 Ratio Design
Blog : 
http://ratio-design.blogspot.com/
Email:
ratiodesign@ yahoo.com
Contact No:
013-6466383 (Zul)
017-2445208 (Mas Angelina)

21 April 2012

APPLIKASI PICNIK DITUTUP

lately ni, saya banyak update entry kan? maybe sebab faktor bosan takde kerja... or maybe terlebih aktif sampai setiap hari ada sahaja benda nak update. heeee... 

hopefully, anda takdela bosan membaca blog ini walaupun kadang2 entry mcm whatthefish! O_o


dan hari ini, sempena penutupan Picnik semalam-19th April... saya nak buat special entry pasal Picnik.com ..

Nak edit gambar guna photoshop memang malas sekali..(walaupun belajar photoshop masa zaman diploma dulu! still malas jugak nak edit..haha) nak guna instagram, handphone cap ayam bin angsa ni, mana ade instagram.. HAAAA.... masalah ini selesai bila Kerry memperkenalkan Picnik.com kepada saya!

Yahoooo! Yahoooo!! *sila jangan tiru aksi ini OK?*

so, nak tahu apa itu picnik? picnik lebih kurang macam instagram, cuma dia versi pemalas dan mempunyai laman web tersendiri untuk mengedit gambar.. dahulu, tidak semua applikasi yang terdapat dalam web ini boleh digunakan secara FREE. tapi, sejak picnik mengumumkan penutupan laman web ini, dia kasi FREE kepada semua pengguna setianya ..

picnik.com

nak tahu apa yang best kat picnik ni? JOM ikut saya.. EH jom scroll ke bawah! =)
upload gambar yang nak di-edit
ini gambar belum di-edit! lihat terdapat banyak kedut dan tompok-tompok hitam!

dengan Picnik.com, anda tidak perlu bimbang! semua masalah pada wajah anda pasti dapat disembunyikan .. siapa tak mahu nampak cantik dan flawless bukan?
tak pakai mascara? mata nampak lesu dan tak bermaya?
dengan picnik, anda boleh mengedit mascara anda, 
bukan itu sahaja, warna mata pun boleh!
see.. totally different from the previous picture! 
dari hujung rambut sampai hujung dagu! 
NO BOTOX OK!

dah siap touch up muka, kita edit pula effect pada gambar
puzzle
lomo-ish

 dan banyak LAGI!!! 

 next, bagi yang suka edit2, konon ada labah-labah la dan letak itu ini (ehem, tak tahu nak cakap camana), haa boleh click kat stickers.
eiii, butterfly lah kat rambut i! 
 bagi yang gila lovebite tu, bolehlah guna sticker ni!

Next, dah siap semua.. maybe ada yang suka frame-frame ni kan, bolehlah click kat frame!

stamp frame
like me, i suka polaroid macam kat atas ni!

dan terdapat pelbagai applikasi menarik dalam web picnik ni. serious, cool gila! tak payah nak jenuh dan stress masa mengedit gambar. mak suka, anak pun suka.. 

terdapat pelbagai applikasi menarik kat picnik ni. nak buat macam instagram pun boleh! COMPLETE, MUDAH dan MENJIMATKAN MASA!

Contoh gambar yang dah di-edit
belum save lagi! 
khas for my BFF, nana

hehehe.. for my FB

That's all from PICNIK.COM
i'm gonna miss you picnik!
(T_T)

9 April 2012

IDEA UNTUK BAJU RAYA

Raya lambat lagi.

Tapi rata-rata tailor sudah mula menerima tempahan. Seperti biasa, siapa cepat dia dapat!  

Saya? hehehe. tengah gelabah mencari design.. susahnya nak buat keputusan!!!  design yang tu saya nak, yang ni saya nak.. EH.. mana satu ni??? haa.. anda pula bagaimana? tahun ni tema apa? tempah kat mana? ehhh banyak pula soalan saya ni! hehehe.

Tahun ni juga tahun pertama saya beraya dengan encik H dan sudah tentulah kena fikir untuk dia sekali! hehehehe. Matching2 gitu! alah, baju lelaki simple je.. tak baju melayu johor, baju melayu pahang dan baju melayu apa pun boleh!!! tak ditelan dek zaman! senang bukan?

untuk raya tahun ni, saya dah kemukakan beberapa warna tema kat encik H, antaranya....

i) aqua green
ii)lavender
iii)sky blue
iv) dusty teal
v) light coral

dan, of course my favourite colour ... ivory white


untuk design pula, saya dah dapat beberapa design yang saya suka .. tapi sebelum tu minta maaflah sangat2..lupa nak save dari mana dapat gambar2 ni semua. hehehe. SORRY! (mana yg saya tak credit tu sorry tau! sumpah lupa!)

old time favourite! chiffon - jahit dengan lace/sulam+manik
dress dari Rizman Ruzaini 
kebaya pendek ni nampak sangat menawan!
design musim sekarang ke? ramai je buat bahagian leher macam ni!
meletup nyah!! mungkin ambil yg bahagian atas sahaja! 
kalau bawah pengsan! nak kahwin lagi kah?
design mcm ni pun saya suka jugak! (esp tang ribbon tu)
by FF Couture ... macam tak kena je dengan gaya ni
yang ni lawa juga. simple dan cantik
by Nurita Harith ..
by syara kim
i love this design but macam tak sesuai dengan saya je
baju Scha Al Yahya by Baharim ni pun cantik jugak!
sweet kan? especially bahagian ribbon tu
abaikan veil tu, tudung tu, dan kain panjang tu. 
ambil baju sahaja. OK TAK?
mungkin boleh ambil design dari bridesmaid dia ni! 
dari dulu sampai sekarang, baju Zery Zamry ini menjadi pujaan hati
putih bersih digayakan dengan bunga besar! 

banyak lagi design-design meletup dari pereka-pereka tempatan! i'm proud of them!!! baju diorang memang gah! duit saya je yang tak gah-gah! ($_$)

so, macamana? susah kan nak buat keputusan! tapi this year but hook or by crook, saya nak hantar kain awal! serik dah 3 tahun berturut-turut baju tak sempat siap! at last, kena pakai baju beli.. tak mahu lah macam tu.. dah la badan saya ni makin lama makin montel! confirm susah nak dapat size! 

anda tahu kat mana ada tailor yang affordable tetapi hasil jahitan mereka kemas dan cantik? berkongsilah dengan saya! email me : izzati_ghafur@yahoo.com