28 April 2012

HOBI SAYA BAKING .. HOBI ANDA?

assalamualaikum.

AMARAN AWAL ! entry ini bakal mengundang kelaparan ok! =p

sumpah dua hari berturut-turut i menjadi superwoman! kelmarin jadi pengasuh yang berdedikasi, semalam jadi chef kat dapur and now, i hampir flat! tapi i anggap ini sebagai exercise untuk kurus! hahaha. ok tak lawak! =p

kelmarin, seharian menjaga nina dan amir. memang, kehadiran mereka memeriahkan rumah ni yang sememangnya sunyi. before that, i went to market dan shopping bahan dapur sedikit.. lepas tu baru ambil nina dan amir kat rumah my mum. bayangkanlah, tengah siang barang-barang yang dibeli, tak sampai 5 minit, nina dah panggil, nak tukar upin ipinlah, ultraman lah, apa lah... then, amir pula yang berada kat atas, kadang2 panggil minta tolong. ayooooo, semput gila! kejap pergi kat nina, kejap naik atas dan sambil buat kerja dapur! hahaha. (o_O)

dan semalam, my sister in law datang dengan kawan-kawan UM dia. diorang ada project universiti yang kena settle dan diorang minta tolong i, since my house - UM takdela jauh mana (seremban-pj?) hahaha. mari-mari, pucuk dicita ulam mendatang! i memang suka bakery ni.. hahahaha.

dan inilah hasil kami semalam. biarpun hasil yang sememeh tapi rasanya sedap! maklumlah, percubaan pertama! dari jam 8 malam  sampai 5 pagi ok dengan MR H sekali turun padang untuk menolong diorang dan hari ini sambung lagi. awwww.. soooooo sweet! *panggggg!!!*

Blueberry Cheese Tartlet
tartlet shell
before dimasukkan ke dalam oven balik
blueberry cheese tarlet


Chocolate Moist Cake
kami letak coklat daim dan kukus
inilah hasilnya bila coklat daim dikukus =p
taraaaa... kek coklat  dah siap!


Blueberry Cheese Cupcakes
 Ini before dimasukkan ke dalam oven
dah siap dan hiasannya sambung hari ini

Chocolate Moist Cupcakes
 sebelum dikukus
 siap dan disalut dengan coklat ganache 
hasil kami tapi yang belah kanan tu tak siap lagi =p


nak tahu lebihan coklat kami buat apa??? 

chocolate ball yang tak jadi... hahaha
sebab kek ni very soft so nak buat bulat susah gila
nevermind.. yang ini kami punya! hahaha

terliur tak? hehehe. hari ini sambung buat hiasan blueberry cheese cupcakes dan apam polkadot. insyallah kalau sempat, kuih siput pun kami rembat! hahaha.. =p

Selamat Menjamu Selera!

 p/s : nak resepi? tunggu bila semuanya siap! will update all the recipes later! =D