BELAJAR BUAT FACE MASK DI DAEGU KOREA

By | 5/12/2016 10:52:00 am 2 comments
Annyeonghaseyo ...

Korea sememangnya terkenal di kalangan mereka yang suka jaga kecantikan. Lambakan produk kecantikan yang terkenal dengan kualiti dan keberkesanan ini menjadi tarikan utama di bumi Kimci ini. Tambahan lagi wanita-wanita Korea amat menitikberatkan soal kecantikan. 

Antara yang famous adalah face mask. Kalau ke Myeongdong kat Seoul tu ... MasyaAllah, rambang mata wei. Sana sini face mask. Sampai aku blur nak beli yang mana. Last sekali angkut semua bawa balik. Muahahaha.

Daegu

Dan masa trip aku ke Gyeongbuk Province baru-baru ni, aku dan yang lain sempat ke SkyLake. SkyLake ni antara brand terkenal kat Korea. 

"We believe in the power of nature and the various herbs it offers in bringing out the healthiest version of our skin. That is why we pay special attention to selecting our natural ingredients and incorporating them to serve our customers’ specific needs. Skylake’s patented production method includes 72 hours of boiling 18 main ingredients, and allowing another 90 days of maturation and fermentation period of the extracted distillate. Our products are especially loved by those who have sensitive skin or try to steer away from chemicals that most skincare brands use. We carry a wide range of products that people love regardless of age and gender." - Skylake


Tapi kunjungan ke SkyLake ni sangat bermakna sebab kami dapat mempelajari cara-cara buat face mask atau dalam bahasa lain hanbang mask (Make-Do-It-Yourself). Haaa, lepas ni kalau ada produk Tatie Skincare kat pasaran, korang tau la ia diadaptasikan dari kelas ni. Hehe.


SkyLake ni menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Lokasinya adalah di Down Town Daegu. Kalau susah sangat, cari je Dong-Seong-Ro.

Kedai SkyLake
Miss Korea pun pakai SkyLake

Apa yang best pasal kelas ni, ianya tertutup. Tapi untuk join kelas ni, korang perlu buat reservation terlebih dahulu. Tak boleh main redah je!! Minimum 4 orang untuk 1 kelas.

Call : 053-857-2380 (reservation)

Kelas di SkyLake Daegu
Wajib pakai ... untuk kebersihan
Bergambar dulu sebelum kelas bermula
Cikgu bagi penerangan

Masa kelas tu, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. 1 kumpulan 2 orang. Teamwork gitu. Kalau masker tu tak jadi, ko salahkan partner ko tu. Haha.


Kelas ni simple dan mudah difahami. Mula-mula dia akan tunjukkan video dan kemudiannya ajar satu persatu sampailah produk tu menjadi. Eh, serius lah nak datang lagi. Ketagih pula nak buat benda-benda ni. Syok pula main campur-campur bahan. Haha.


Bila dah siap semua, tibalah masa untuk proses packing pula. Tak boleh terlebih atau terkurang. Nanti rugi business. Hahaha.

Oh ya, group aku pilih Brightening Mask. Bajet nak lawan Qu Puteh la pasni. Hiks. 

Seelok-eloknya gunakan mask secepat mungkin selepas buat
Antara bahan-bahan yang digunakan
Gunalah produk kami .. Haha

Banyak ilmu yang aku dapat dari join kelas ni. And I know, kalau bersungguh-sungguh boleh join sekaki dengan si Namee Roslan terjun dalam business Kosmetik pula. Hewhew. Tapi nak buat camana, eden pemaleh..!!

Kalau korang berminat nak join, silakan.. Masyuk oi. Lagi satu, kelas ni bagus. Semua bahan semulajadi. Mujarab ok!!

Harga seperti di bawah :

Course 1 : Soup (80g) + Shampoo (100g) = 15 000 won
Course 2 : Soup (80g) + Essence Skin (40g) = 15 000 won
Course 3 : Shampoo (100g) + Essence Skin (40g) = 19 000 won
Course 4 : Hanbang Mask = 10 000 won

Additional Fee will be 9000 won per one product.

Soalan :
Boleh ke bawa balik produk yang telah dibuat tu?

Jawapan :
Boleh ... !!

Lepas kelas apa lagi .... SHOPPINGLAH!!



Lokasi & Waktu Operasi :

Headquarter (10:00 ~ 18:00)  
(145 Daehan-ri, Wachon-myeon, Gyeongsan-si, Gyeongbuk, Korea 

* Novotel Branch (11:00 ~ 20:30)
(B1, Novotel, Jungangro, Daegu) 



Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. Oh x sangka ada tempat belajar buat facemask kat daegu. Salam kenal dari saya dari Ulsan, Korea

    ReplyDelete
  2. Ya Allah seronoknya tengok...teringin juga nak mengalami suasana macam ni...moga ada rezeki jejak kaki ke korea

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane