HIASAN DEWAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINANKU

By | 1/06/2012 12:00:00 am
dari rumah, jom ke hotel pula.

i feel so lucky when my mom said, "atie, mummy da booked hall for your wedding".. yang sampai sekarang i rasa macam bermimpi. seriously!

bukan sikit duit nak keluar bagi majlis di hotel. like my mother, she is a single parent, for sure terasa sakit bile nak keluar duit tu (nak-nak dapat i, yang keluar duit hanya untuk hantaran je..kehkeh) tambah lagi, adik beradik belah my mum semua buat majlis di rumah. i feel so thankful and blessed to have siblings yang very2 sporting dan supportive. thank you so much.. 

i love my mum so much. dari A to Z, dia tak banyak membantah. malah, cakap je nak ape mesti dia tunaikan.. meskipun tak dapat semua, tapi 80% dari apa yang i impikan tu jadi kenyataan. sayang mummy. i'm so proud of you mum! sampai masuk hospital my mum a week before my wedding gara-gara risau pasal my wedding. pengorbanan seorang ibu terhadap anak bongsunya.. akan ku kenang sampai bila-bila. ;)

untuk majlis i, actually i da planned awal lagi. start dari tarikh i bertunang 11.12.10, i da booked mua, op dan ov. dan bulan january da start cari dewan. kat seremban ni, tak banyak dewan. paling baru, diorang upgrade dewan di pusat belia dan sukan paroi. 

tapi apa yang i suka mengenai dewan di klana resort ni, dewan dia besar dan makanan dia sedap jika dibandingkan dengan royale bintang. (tak tipu! ramai yg puji makanan sedap).. dan my sister belah my dad pun pernah buat majlis kat sini 10 years back. so, kira da serasi lah dewan ni dengan hati i.. eceh!

selain dari hall, hotel ini juga kasi you 1 bridal suite dan 3 bilik percuma for family, 50% discount bilik kepada guests yg nak tidur kat hotel, dan  PR dia pun very friendly.. pendek kata, semuanya i sukalah! siapa merancang nak buat majlis kat hotel ni, bolehlah click kat sini : Klana Resort ...

dari hotel beralih kepada decoration pula. untuk bahagian ini, i tak pernah terfikir impian jadi kenyataan. ianya bermula apabila i menghadiri Pameran Pengantin Malaysia anjuran Urbanvibe Event yang turut disertai oleh Nas Great Idea.

Bermula dari pameran pengantin ini, i mula mendekati NGI. Mereka sangat bagus. Yes! Mereka treat saya seperti ahli keluarga mereka sendiri. tak sombong, dan abang nas sendiri masa i ada masalah dengan designer *%&^$ tu, dia sampai nak pinjam baju untuk i. see, hubungan seperti adik dan abang biarpun masa first meeting, i rasa gementar nak jumpa.. maklumlah, dalam hati rasa kecilnya diri ni.. mesti aku x mampu... tapi bila da jumpa, lega rasanya.. malah abang nas cakap, people selalu judge dia sebelum berjumpa.

banyak kali juga lah kami berjumpa dan bermeeting.. malah kunjungan i ke jakarta untuk wedding preparation pun, abang nas yang bantu. dia memang sangat2 tak lokek ilmu! cakapla ape sahaja, dia pasti tolong... thank you abang nas, kak hajar, shazika & semualah.. u all memang the best. 

some people bila tengok my wedding, mesti assume, wow.. mesti berbelanja besar... grand wedding.. superb la ape la tu la ni la.. thanks for ur thoughts tapi semua tu SALAH.. for me, it just a simple wedding. dalam cantik2 pasti ada juga celanya. takkan ade majlis yang 100% perfect kat dunia ni. trust me! like my wedding, ada juga cacat cela.. percayalah, ianya x semahal yang disangkakan !

satu je syarat abang nas kalo u all nak bekerjasama dengan dia, you have to pay all payment before diorang buat pelamin & lain-lain, if not.. mereka takkan pasang..  tapi please jangan malu dan takut nak jumpa dia.. sebab dia bukan macam sesetengah WP yang bila kita sebut bajet, gelak macam nak terguling2 dengan mata terbuntang  pandang atas bawah, atas bawah.. DIA BUKAN MACAM TU. just cakap berapa bajet u all, nanti dia akan tolong. Insyallah.

ok jom layan gambar pula..

The Ballroom
VVIP ROOM 1
fungsi bilik ni adalah untuk bridal menunggu emcee mengumumkan ketibaan pengantin.. tapi kami menggunakannya untuk menunggu ketibaan VVIP. kehkehkeh.
VVIP ROOM 2
ini pula ruang khas untuk VIP.. pihak Allson akan menyediakan air mineral dan jajan untuk vvip makan sementara menunggu pengumuman emcee. nanti i review pasal VVIP yg datang ok.
BACKDROP
ini pula backdrop free yang diberikan oleh hotel untuk meja beradap
tapi oleh sebab i taknak guna untuk meja makan, i suruh mereka alihkan ke meja pendaftaran
KAUNTER TETAMU
thanks to my gorgeous bff, Haziqah, Fatein, Nik & Emmie sebab jadi urus setia tempat duduk tetamu. and especially my floor manager, fazreen sebab bijak dan cekap dalam setiap tindakan. 
decoration by Klana Resort
PAPAN RUJUKAN PARA TETAMU
 ENTRANCE
for entrance, i ada 2 entrance actually. one yang kat atas ni hasil NGI and another one kat pintu depan hasil klana resort... but i like both!
The Lighting, Walkaway & Ballroom
untuk lighting, i taknak fairy light.. cukupla lighting biasa.. natural lighting... manakala, walkaway pula, saya mahukan yang simple supaya tak menganggu tumpuan semasa pengantin berarak masuk ke dewan .. hehehe

MY DAIS
I love my dais.  . saya suka cermin yang besar, rimbunan-rimbunan bunga bergantungan, tapi sayangnya dewan besar tetapi pentas yang kecik...  yang tangga di hadapan tu, dibawa sendiri oleh abang nas.. kalau nak pakai hotel punye, kecik sangat... well, i love this dais so much
HIASAN TANGGA
untuk hiasan ni actually x berapa wajib pun... tapi ni da include dalam package kami tu.. but bila da jadi nampak cantik pula... hehe. hey! jangan syok2 sangat, ada juga yg membantah menda ni tau. tapi ADA AKU KESAH? majlis aku bukan majlis kau ;p
TEMPAT LETAK CAKE
untuk tempat letak cake, sebenarnya ruang yang sangat sempit. silap saya juga.. patutnya kena asingkan ruang tempat letak cake dan dais.. inila yang jadi bila semua nak kat satu tempat. owh ya, please jangan tertipu. tu dummy semata-mata. hahaha. the real cake adalah sebesar telapak tangan saje. dan orang yg kat belakang tu if u can see him, dia pegang piring yang mengandungi cake tu.. hehehe. but don't worry after wedding, pihak hotel kasi sekotak kek coklat.. YUMMY!
TEMPAT BERUCAP
untuk meja berucap ni, pihak hotel menyediakan 2 meja.. satu di atas pentas untuk wakil family berucap dan satu lagi di bawah khas untuk emcee. so xdela kelam kabut.
 MAIN TABLE
actually sampai sekarang still tak puas hati. kenapa kain kuning? bukankah i request for white? haish.. as usual, senyum saja. sebab i tanye pihak hotel dia cakap NGI, tanya NGI dia cakap pihak hotel. ah lantaklah. malas nak serabut! hiasan di maintable ni hasil daripada NGI dan pihak hotel. kat atas meja tu by NGI, dan bawah2 dan ice craving ni by hotel. tapi nak tahu satu cerita? actually kain kat belakang tu at first place senteng... tataula nak cakap camane.. tapi syukur alhamdulillah, abang nas tolong tanpa charge tambahan... terima kasih sangat-sangat...


Overall, saya berpuas hati lah dengan hasil kerja NGI... menda kecil-kecil tu tutup sebelah mata jela. anggap xde rezeki. hehe.. post ni just nak sharing my experiences tau. bukan nak menunjuk. coz ada yg minta review pasal dewan & lln. please jangan nak fikir bukan-bukan.

just my two cents, kalau nak buat majlis di hotel, rancanglah dengan betul. ini bukan kerja mudah. saya ulangi BUKAN KERJA MUDAH. lainlah kau duit berkepuk2 and u can hire preston bailey for ur wedding. dan kalau da dapat peluang nak buat kat dewan, buatlah dengan betul. biarpun dewan yang murah, tapi decoration memainkan peranan penting dalam setiap event. tak guna DRESS  harga 20k-50k, tapi hiasan out. coz people x kan bawak balik cerita pasal baju u, people don't care about that pun. alih-alih baju tu jadi simpanan kat dalam almari. but kalau people feel so comfortable dan happy, and amek mood masa majlis tu, tu yg dia akan bawa. besides that, dalam gambar pun xde cakap owh my baju cost 30k. TAKKAN! tapi kalau hiasan yang cantik, orang akan perasan. so, nasihat saya, baju simple takpe, asalkan decoration cantik. kalau x mampu, DIY pun okay. i have a few b2b friends. their wedding is super awesome. hasil DIY sendiri kot!

dan satu pesanan saya juga, kalau ada menda yang tak puas hati, just smile. memang wedding takkan perfect 100%... even kau anak somebody pun mesti ada cacat celanya.. tapi, its ur wedding day. PASRAH! enjoy every single moments. kadang2 perasaan tu boleh jelas dan nyata terpancar kat muka kita. so, usah biarkan perasaan tu menguasai diri anda. tukarkan dengan fikiran yang positif.

dan saya berterima kasih sekali lagi kepada NGI & team, dan pihak hotel ... especially NGI, yang banyak membantu. masa meeting cakap half fresh flowers dan half artificial flowers, tapi masa majlis semua fresh flowers. terkejut den! thank you so much. abang nas memang baik... siap mendengar masalah pasal designer  *%*$&# tu jam 3 pagi. hahaha. terima kasih. 

saya happy bila tetamu2 balik sambil pegang bunga. ada yang bawak satu jambak.. ada yang balik, dan text, weh tengah mandi bunga dan macam-macam lagi. hahaha. suka dan puas hati bila semua yang hadir puas hati (erkk yg tak puas hati tu sorry la eh...) 

terima kasih sekali lagi kepada semua VVIP dan guests...

Sorry tak dapat nak jemput ramai... T_T


* pictures credit to Mohd Ming, Nik Nurul Jannah, Adila Ishak, Haziqah Yusof & Nana Karina*
Newer Post Older Post Home
American Airliner Plane