15 October 2015

PERCUTIAN KE NEW ZEALAND : HARI KEDUA DI AUCKLAND

Sambung kisah PERCUTIAN KE AUCKLAND NEW ZEALAND. Memandangkan kitorang sampai jam 11 malam, kedai-kedai banyak dah tutup. Yang buka hanya kedai runcit dan kedai kebab je. Nak tidur awal tak boleh. Waktu sana 11 malam, waktu Malaysia baru 6 petang (beza 5 jam). Azab jugaklah nak paksa mata tidur malam tu.

Then, pagi tu haruslah bangun lewat, jam 10 pagi. Mujurlah dari hotel ke Queen Street tu 5 minit je. Tak payah nak jalan jauh. Syukur. By the way, Queen Street ni jalan utama dan famous kat Auckland. Kat sini ada macam-macam, dari high street fashion boutique sampailah high end fashion boutique. Nak beli souvenir murah pun kat sinilah tempatnya.

Auckland Town Hall

Hari kedua ni, tak banyak benda kitorang buat. Mostly jalan-jalan sekitar bandar. Nak naik Auckland Tower pun fikir 10 kali sebab masa singkat sangat. So, kitorang tolak ketepi dulu, next time datang lagi, Insyallah tu kami target dulu. Hewhew.

Lunch dulu.. Kedai ni halal dan sedap

Dekat Queen Street tu ada beberapa restoran halal. Tapi tolonglah jangan beli ayam goreng kat Avachi. Tak sedap..!! T_T. Sebaliknya jalan sikit ke depan dan korang akan jumpa restoran Turki ni. Sedap!!! Kebab dia, ayam dia.. Yum, yum.

Dah kenyang, ayuh kita jenjalan. Hari kedua ni main jalan je. Memana yang best, kitorang berhenti dan ambil gambar. First sekali kitorang pergi ferry terminal. Ingatkan nak naiklah ferry ke seberang. Tapi fikir-fikir balik, nanti tak cukup masa nak pergi tempat lain.

End up, jalan sekitar ferry terminal tu je. 


Kalau korang dari airport dan naik bas, bas akan berhenti kat sini. Harga lebih kurang NZ$16/sehala dari airport ke sini. Dari sini dekat je dengan Stesen Keretapi Britomart. Manalah tahu nak meneruskan perjalanan ke or nak naik KiwiRail ke.. pun boleh. Hehehe.

Auckland Tower

Seterusnya, kitorang ke Albert Park. Perancangan awal nak ke Mount Eden. Tapi entah camana boleh sampai ke sini pula. Tak kisahlah memana pun. Kalau dah musim bunga, kat memana ada bunga. Betul tak? Ngee.. Tapi Auckland ni, campak jela kat musim memana pun, suasana dia tetap best.

Seriusnya dia
Cherry Blossom

Albert Park Auckland ni tak jauh dari Auckland Tower. Kalau dari Auckland Tower tu straight je dah sampai ... Kat sini best kalau nak lepak petang-petang. Ramai juga orang jogging, study group dan lain-lain lagi. The best thing, masa aku pergi hari tu ada bunga sakura (cherry blossom). Yeay!

Next ke Princes Street Merchant Houses. Ni jalan sikit dari Albert Park. Kat sini port menarik juga untuk ambil gambar. Tetiba teringat Macau. Hahaha.


Jalan dan jalan lagi. Kalau jalan kaki ni, kita bolehla explore lorong-lorong kecil. Jangan sampai sesat dahlah. Susah nanti nak cari jalan pulang. Hiks.

The Clock Tower at University of Auckland
Auckland High Court

Bila dah sampai sini, tetiba kitorang lost. Ingatkan nak jalan-jalan bergambar sekitar Parnell House. Tapi entah kat manalah tempat tu. Ni ikut signboard lah ni.. pun sesat. LOL! 


Give up, malas nak cari, masa suntuk sangat ... terus kitorang ubah fikiran ke tempat lain. Nak tahan bas, rasa macam malas pula nak jalan patah balik. So, kitorang naik teksi jelah. Ingatkan murahlah teksi sini. Tapi lama-lama tenung meter mau sakit jantung. 

Perjalanan pendek je ibarat dari Mid Valley ke Stesen LRT Universiti pun dah NZ$23. Uik!! Tobat taknak naik dah lepas tu. Ngeri..!! Hahaha. Itupun tak sampai lagi ke destinasi, kitorang dah suruh pakcik tu berhenti kat tepi jalan je. Takpelah pakcik, cukuplah sekadar berapa minit merasai naik teksi kat sini, lagi lama kat dalam ni, lagi sakit jantung. Hewhew.




Tempat seterusnya adalah di Mission Bay. Kalau google, kemain cantik gambar. Pergi dan lihat dengan mata sendiri, hampeh!! Taklah cantik mana laut kat sini. Pantai pun tak semegah seperti dalam gambar. Hissshh!!


Dari Queen Street ke Mission Bay ni, korang tak payah berangan nak jalan kaki. Samaada naik bas atau naik teksi. Kat sini ada beberapa tempat menarik seperti Kelly Tarlton SEA LIFE Aquarium, Orakei Domain, Newmarket dan lain-lain lagi. Kalau nak tengok view malam Auckland, dari sini pun cantik. Memang clear dan perfect!
Gambar berlatarbelakangkan Rangitoto Island (volcanic island di Hauraki Gulf)

Dah habis bergambar, baru panik fikir camana nak balik. Adoi ...!! Seboleh-bolehnya kitorang taknak naik teksi. Fikir balik harga tambang yang cekik darah tu, kami redha dan jalan kaki je la.

Apalah nasib kami ...
Kelly Tarlton SEA LIFE Aquarium
Beberapa saat sebelum hujan turun

Tetiba nampak bus stop. Itu pun setelah 25 minit jalan kaki. Tak jauh dari SEA LIFE Aquarium tu. Alhamdulillah, lega. Time tu pula hujan tetiba turun .. Banyak betul dugaan kan? Hahaha.

Bas di Auckland

Kalau ikut apa yang tertera kat depan bas kat Auckland, kebanyakan tulis 50 sen je, tapi entahlah. Maybe kitorang bukan kat Queen Street, sebab tu duit tambang jadi $3.50 seorang. Hurmmm. Eh memandai je. Hahaha. Janji selamat sampai dan tak basah kuyup. Heeee... 

Auckland Tower di waktu malam

Haa, kan aku cakap .. Tak banyak cerita untuk hari kedua ni. Main ikut kaki je mana nak pergi. Tapi tak puaslah jalan sekitar Auckland ni. Kena datang lagi ni. Insyallah.


4 comments:

  1. Cantiknya pemandangan NZ tu, berlawanan dgn Msia yg jerebu ni lol

    Jom Terjah: ketahui sebab & kenapa trend Fesyen Lelaki semakin popular sekarang ni!

    ReplyDelete
  2. Wah tak sangka ada cherry blossom kat NZ. Tak kesampaian lagi nak ke sini, one fine day InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. cantik betul gambar cherry blossom tu...terima kasih untuk perkongsian...

    ReplyDelete
  4. Salam, nak tya kena ada visa tak pergi sana?

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)