12 October 2015

PERCUTIAN DI NEW ZEALAND : RENDEZVOUS GRAND HOTEL AUCKLAND

Sampai sekarang rasa, "Betul ke aku Auckland pergi sana 2 minggu lepas?" Semua gara-gara last minute plan yang menjadi. Kerja gila ntah kali ke berapa tah. Haha.

Memang beberapa hari sebelum tu, aku plan nak ke mana-mana je asalkan jauh dari jerebu. Mana taknya, kat Seremban dah cecah bacaan IPU 200 lebih time tu. Duduk dalam rumah pun boleh semput. Belum lagi keluar jenjalan kat luar. Teruk sangat time tu. T_T

Memandangkan Encik H ada working trip ke sana awal October lepas, aku pun decide nak join dia. Nasiblah dapat pergi. Kalau ikutkan memang peluang nak ikut tu tipis sebab flight 100% full. Alhamdulillah dipermudahkan.

Flight pagi 9 pagi, sampai sana 12 malam. Rasa macam lama gila duduk dalam flight. Hahaha. So hari ni aku mulakan dengan hotel dulu la ye. Hihihihi.

percutian ke auckland
Rendezvous Grand Hotel

Inilah tempat penginapan kami selama 4 hari 3 malam, Rendezvous Grand Hotel Auckland. Trip yang sangat singkat, tapi Insyallah in future akan datang lagi. Auckland best, tapi kalau nak best lagi kat selatan New Zealand lah.

 Front Desk
Lobby

Rendezvous Grand Hotel Auckland ni bertaraf 4.5 bintang. Lokasi dia terletak di Mayoral Drive. Kat belakang hotel ni adalah balai polis Auckland. So, kalau stay sini memang rasa safe je. Hahaha. (psssst, I don't like weekend in Auckland city, ramai gila orang mabuk).


Terdapat ground tunnel yang menghubungkan hotel ni dengan Auckland Convention Centre. (ada empat attraction kat sana iaitu Aotea Centre, The Civio, Auckland Town Hall dan Aotea Square). Kalau jarak sini dengan shopping area di Queen Street pula adalah dalam 10 minutes walk. Tak jauh pun. Sangat-sangat dekat. Siyes!!

 Atrium Lounge
 Just chill in here sambil lihat Auckland Tower
Katsura Japanese Cuisine (selalu menang award restoran ni)

Bilik kitorang di tingkat 9. Nak naik bilik wajib ada kad. Setiap kad mewakili tingkat yang korang stay tu. Tak bolehlah kalau stay tingkat 9 tapi nak visit member kat tingkat 7.. Tak boleh!!! By the way, sorrylah gambar kat bawah ni ada yang blur-blur. Mana taknya sampai lewat malam. Pencahayaan kurengggg sikit. Ngeeee...

Bilik kami ..
Bergambar dulu .. 
Jenis bilik : Guest Room King
 

Bilik yang sangat luas dan selesa. Simple je bilik ni. Nak masuk berempat pun boleh sebab luas. Sayangnya masa kami banyak dihabiskan kat luar. Tengok tv pun tak sempat.


Bagi yang tak pernah ke Auckland (New Zealand lah senang cerita), kat sini diorang menggunakan plug lain. So, janganlah lupa bawa adapter ni ye. Kalau just nak caj phone or tablet, guna je usb cable yang disediakan.


Bab minuman takde yang free. Maksud aku, air mineral tak disediakan seperti hotel lain. Tu korang kena beli. Kalau nak murah, beli kat luar je. Kat Queen Street tu melambak Convenience Store dan restoran halal. Tapi kalau nak buat air, kopi and teh percuma. 

Dalam almari
 Bilik mandi

Toiletries yang diorang gunakan adalah jenama French Connection. Butik French Connection ni dulu ada kat KL, tapi aku rasa dah tutup kot sekarang. Dah lama gila tak nampak. Hurm.


Selain tu, hotel ni juga menyediakan kemudahan seperti gym, indoor swimming pool, sauna, parking berbayar, Japanese rooftop pool deck, duty free shop dan lain-lain lagi. Kalau nak sewa kereta pun senang. Terdapat khidmat sewa kereta kat sini.


Hotel ni memenangi Tripadvisor Award untuk tahun 2014 dan 2015 for excellence. Seronok stay sini. Tenang dan tak sibuk. Dari jauh dah nampak hotel ni .. So takkan sesat kalau nak balik hotel malam-malam. Hahaha. Staff kat hotel ni pun baik dan sudi melayan segala pertanyaan korang.

Oh ya, hotel ni menyediakan FREE WIFI okay. Usually hotel-hotel macam ni kedekut wifi .. Tapi hotel ni ada free wifi. Baguskan? Tapi kat Auckland ni bersepah-sepah free wifi. Even kat Queen Street tu pun ada free wifi. Macam Adelaide lah juga. Hehe.
Rendezvous Grand Hotel dari sisi ...

Thanks Encik Suami sebab bagi kita ikut pergi kerja 😎

1 comment:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)