25 June 2015

PERCUTIAN BAJET KE CEBU PHILIPPINES : HARI PERTAMA

Ingat tak tiket flight yang aku menang masa event Airasia Blogger Community (AABC) beberapa bulan lepas?? Inilah tripnya. Aku dah pun redeem tiket tu. Alhamdulillah dah selamat pergi dan balik. Walaupun short trip, tapi berbaloi-baloi. Dah rindu gila kat Cebu. Sobsob. T_T

After Manila, Boracay and Bohol, and now to Cebu. I love Philippines so much. Memang banyak pulau yang cantik, biru dan bersih. Never fail to amaze me!

HELLO CEBU ISLAND
Dokumen yang perlu diisi

Untuk trip ni, macam biasalah. Kalau tak dengan media, kalau tak dengan Encik H, kalau tak bersendirian, pasti Ajikahlah yang jadi mangsa untuk menemaniku. Haha. Thank you Ajikah. Kami bertemu di Cebu. Bagi yang tatau cerita, Ajikah is my friend and married with Phillipines man. Now stay kat Manila. Btw, thanks sebab teman. :)

Supposedly trip ni 5 hari, tapi atas sebab-sebab tertentu, I make it short. Tinggallah Ajikah kat sana for 2 days. Risau juga tinggalkan dia sorang-sorang. Nasib dia dah biasa kat Philippines. 

Mactan Cebu International Airport

Dari Kuala Lumpur ke Cebu mengambil masa selama 4 jam dan hanya Airasia jelah yang terbang ke sana. Sehari satu flight pergi dan balik. 


Keluar je airport, make sure korang amek teksi putih. Teksi putih yang ada meter. Kat mana lokasinya? Kat bangunan bertentangan dengan airport tu. Kalau sesat tanya je orang. Lebih kurang 3 minutes walk to here. Dekat je.

Mana-mana pergi, make sure naik teksi ni.. Ada meter!

Tips :
Sila download apps GrabTaxi kat phone korang

Resit

Dari airport kami terus ke hotel. Memandangkan kami kejap je kat Cebu, tidur pun tak sampai beberapa jam, I decided untuk amek je hotel bajet tapi selesa. Then, I pilih Capitol Central Hotel & Suites sebagai penginapan kami yang pertama. Not badlah hotel ni. 

Semalam just RM95.47 sen je. Murahkan? Lokasi mudah dan bilik yang selesa.

Capitol Central Hotel & Suites

Lepas check out, kitorang keluar. Ini kelakar. Al-kisahnya, walaupun dah beberapa kali ke Philippines, tapi baru first time naik Jeepneys. Kononnya nak bajet ala-ala tourist mat salleh. Sekali hamek kau. Sesat entah ke mana.

Diorang kat sini taklah fasih sangat berbahasa Inggeris. Nasiblah Ajikah faham sepatah dua. Ini juga kali pertama untuk Ajikah. Dua-dua first time, memang harulah jadinya. Haha.


Eceh, tatau lagi apa yang akan terjadi.

Kitorang cakap nak pergi sekian-sekian, lain pula tempat dia berhentikan kitorang. Hahaha. Nasib si Ajikah dah survey awal-awal. Kalau harapkan aku yang super busy ni memang sampai besok tak jumpa tempat tu. Hahahaha. =P



Jumpa pun Plaza Independecia. Ini salah satu tarikan kat Cebu. Antara tempat yang kaya dengan sejarah kat Cebu ni. Oh kalau ke sini, wajib singgah Fort San Pedro tau!


Dari sini kitorang amek teksi ke Ayala Mall. Jangan ingat Cebu ni pekan koboi tau. Memang silap besar!! Kat Ayala Mall ni ada macam-macam, termasuklah makanan halal. 


Restoran Halal di Ayala Cebu : 
Restoran Persian Palate

Mahal sikit, tapi sedap!!

Perut dah kenyang ... Penat pun penat. Tibalah masa untuk berehat.. Dari Ayala sekali lagi amek teksi untuk pulang ke hotel. Dah tak berani nak naik Jeepneys. Lebih-lebih lagi kitorang berdua dan perempuan. Malam pula tu. Heshh!


Kat luar hotel

~ bersambung di entry seterusnya !!

5 comments:

  1. Seronok gak cebu ni. macam tak complicated sangat lah bandar dia!!! :)

    ReplyDelete
  2. cantik gak tmpat ni, syok amek gambar

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,
    belum sampai filipina....macam best jeee

    ReplyDelete
  4. cebu paling popular die pnye penjara sebab ade show..hehehe

    ReplyDelete
  5. thnx sharinggg. nak pegi siniii.cantikk

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)