28 June 2015

KUTIP KEPAH DI MUARA KUALA BARU KAMPUNG MANGKUK SETIU

Siapa kat sini suka makan KEPAH? Angkat tangan!!! Me? Tak.. Aku tak makan kepah. Hahaha. Walaupun aku tak suka makan kepah, tapi aku enjoy kutip kepah. Haam gittew.

Tak pernah terfikir aktiviti kutip kepah ni adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Dan sebenarnya tak susah mana pun nak kutip kepah ni. Serius!!! 

Kepah yang aku kutip ... Hehehe

Masa Festival Candat Sotong Negeri Terengganu yang lepas, adalah terselit satu aktiviti di Kampung Mangkuk Setiu. Tak lain tak bukan kutip kepah. Ini adalah kali pertama aku kutip kepah dan sememangnya satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Bukan aku sorang yang excited. Mat salleh-mat salleh pun sama. Ada tu dapat banyak gila kepah. Hairan sungguh dari mana diorang ni belajar skill kutip kepah. Haha.

Makan-makan sebelum berlepas

Dari Jeti Kampung Mangkuk, kami menaiki bot. Kali ni tak kisahlah nak naik bot mana. Diorang tak bahagikan group. So, aku sama bot dengan Khai, Pojie, Syakir dan Bella. Haa, meriahlah bila si Syakir ada. Nasib tak tenggelam bot tu dengan hiruk pikuk suara kami. Haha.

Siapa Paling Dapat Banyak Kepah?
Bakul untuk setiap orang
 

Kiri kanan pemandangan cantik. Subhanallah. Indah sangat kawasan ni.


Selepas beberapa minit, sampailah kami ke tempat kutip kepah ni. Setiap orang diberikan masa untuk kutip kepah. Kutiplah sebanyak mungkin. Eh, ini bukan pertandingan tau, tapi sekadar suka-suka. 


Memang tak susah mana. Gali gali pakai tangan jumpa. Ada tu tak payah korek dan gali pun jumpa. Just pakai kaki then ada rasa terpijak something, kutip. Kawasan ni memang banyak dengan kepah. Jadi seronok pula kutip kepah ni. Lagi seronok bila tengok bakul dah dipenuhi dengan kepah. Haha.

Kesian.. Penat eh??
Jalan-jalan ... Hihihi
Syakir.. Buat apa tu??!
Anak laut ...

Dah penat tangkap kepah, tibalah masa untuk pulang ke jeti. Banyak juga hasil tangkapan kami hari tu. Rasa macam nak jual je kat Pasar Payang. Hehe.



Terima kasih Gaya Travel Magazine dan Tourism Terengganu. Ada rezeki kita jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)