Hello, assalamualaikum. Maaflah sehari dua ni blog ni terpinggir kejap. Tuan empunya blog busy melampau dengan trip. Try nak update tapi takde line internet. Kalau ada pun slow gila. T_T
Rasa-rasa banyak benda nak update. Banyak benda aku nak share dengan korang. Frankfurt tak habis lagi, Cebu tak update lagi, Langkawi tak update lagi, Korea tak habis lagi and semalam baru tambah satu Kuala Terengganu. Huwaaaaaaa...!!
Dah-dah tak yah berdrama sangat, moh kite ke Ramada Encore Dongdaemun Korea. Aha, aku tau ramai orang Malaysia suka pegi Korea. Kalau tak masakan flight Malaysia Airlines fully booked. Airasia nasib tinggal 3-4 seat saja aritu. Korang buat apa reramai kat Korea ni? Hehe.
Kalau ke Korea, mehla stay kat Ramada Encore Dongdaemun. Aku highly recommended hotel ni compare dengan hotel kedua and ketiga aku. Lokasi Ramada ni strategik. 3 minit jalan kaki ke station Sinseol-dong dan the most important thing, affordable. Murah sangat!
Hotel Ramada Encore Seoul
Tak plan pun nak duk sini. As usual, sebelum travel aku book hotel dulu then baru mengagau cari flight. Tapi malang sungguh masa tu. Flight full untuk 2 hari berturut-turut. Nak tak nak kenalah pergi awal sebab yang lain-lain dah book. Rugi, rugi kalau tak pergi. T_T
Sehari sebelum fly, aku panik cari hotel. Akhirnya pilih Ramada Encore sebagai hotel pilihan. Sebelum ni pernah jugalah stay Ramada masa kat Mumbai dulu. Memang harga dia murah seperti 3 bintang tapi hotel bertaraf 4 bintang. Not badlah kan?
Dari airport ke hotel ni pun senang. Satu line je. Tak perlu tukar. Semuanya senanglah. Free wifi, bilik luas dan lain-lain lagi. Sebab tu lah aku suggest hotel ni kat korang. Memang bagus!
Harga last minute pun murah via Agoda
JENIS BILIK :
Encore Superior Double
By the way hotel ni masih baru lagi dan dibuka pada bulan Julai tahun lepas. Bagi yang malas nak naik subway, hotel ni menyediakan perkhidmatan free shuttle ke bandar. Haaa, khususnya warga emaslah. Tapi subway Sinseol-dong ada lift. So, takde hal lah nak angkut barang dari airport. Hiks.
Pemandangan Luar Bilik .. Halamak, hadap bangunan.. Haha.
Kafe Bawah Kat Lobby
Hotel ni berdekatan dengan Seoul Folk Flea Market dan Gyeongdong Yangnyeong Market. Just walking distance je. Kalau nak beli topap ke, apa ke, kedai macam 7e tu melambak kat sini. Jangan jadi macam aku. Tak sabar nak berinternet, terbeli traveller simpack kat airport. Mahal gila dan rugi. Sobsobsob. Kat Seoul ni, tak payah susah-susah dek oi. Beli topap wifi kat 7E, pastu cari port. Everywhere ada. Susah-susah, balik je Ramada ni. Ada free wifi. Laju pun laju! Huh.
Tempat Tunggu Bas Depan Hotel
No comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)