4 June 2015

BERBUKA PUASA DI TRADERS HOTEL KUALA LUMPUR

Hallloooooo .. hari ni aku nak share pengalaman berbuka puasa di Traders Hotel Kuala Lumpur. Alaaaaa yang kat sebelah KLCC tu ...

Gobo Chit Chat Traders Hotel Kuala Lumpur

Tapi, dalam bebanyak tempat .. aku suka 
Traders Hotel Kuala Lumpur.

Korang tahu kenapa?? Ni aku nak habaq kat penggemar makanan laut ni. Kalau korang penggemar makanan laut macam aku, haaa. This is the best place untuk pergi masa Ramadan nanti. Contohnya, ketam. Sampai 4-5 jenis laut wei. Mantap! Memang dah tak pandang tempat lainlah pastu. Hiks!


Dan parking kat Traders Hotel Kulompo ni takdelah mahal pun. Lagi mahal parking kat KLCC hokay!! Kat sini lepas jam 6 petang, parking dikira flat rate (RM8). Tak perlu chop tiket semua tu. Memang itulah harga selepas 6 petang. Murahkan? Alah, murahlah kalau compare dengan harga parking di  mall sekitarnya .. 


Untuk Ramadan ni, Traders Hotel Kulumpo mengetengahkan konsep 'The Selera Malaysia'. Bermula dari jam 6.30pm hingga 10.30pm, korang bakal dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan. Walaupun berkonsepkan selera Malaysia, kat Gobo Chit Chat ni masih ada hidangan lain macam Jepun dan English.
AIR BOLEH REFILL

 

PELBAGAI JENIS HIDANGAN KETAM

 

VARIASI MAKANAN YANG SANGAT MENYELERAKAN

 
 
 
 
 
 
 
 

DESSERT YANG SANGAT .. SANGAT TEMPTING !!

 
 


3 jenis lauk ketam = 10 ekor ketam
Kalau Tak Nak Waiter Amek Pinggan, Letak Ni Je Kat Tepi Meja. Hahaha

HARGA BUFFET RAMADAN DI TRADERS HOTEL KUALA LUMPUR
RM119/adult (18-21 June)
RM129/adult (22 June - 16 Julai)

*setiap pembelian 6 orang, akan dapat free 1*

2 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)