Pengalaman menginap di Hotel Swiss Garden Melaka adalah satu pengalaman yang cukup indah. Hotel baru yang berhampiran Sungai Melaka ni mempunyai pelbagai tarikan yang menyeronokkan.
Aku pun tak pasti bila Hotel Swiss Garden Melaka ni dibina. Tapi tau-tau datang dah ada. Mungkin aku tak perasan kot walaupun boleh dikatakan sebulan sekali pasti turun Melaka. Alaa, Melaka-Seremban bukan jauh pun. Haha.
Lokasi hotel Swiss Garden Melaka ni terletak di The Shore Melaka, iaitu salah satu mall yang terdapat di Bandar Melaka. Sangat mudah. Kalau bosan je turun bawah. Dahlah di The Shore Melaka ni ada macam-macam benda. Takkan bosanlah.
Staff hotel Swiss Garden Melaka
Meh cerita pasal bilik pula. Hotel baru mestilah bilik pun bau baru kan? Hehehe. Overall, aku puas hati dengan kebersihan dan facilities yang terdapat kat hotel ni. Hotel ni sangat besar dan memerlukan korang berjalan sedikit. Hehe.
Bilik tidur di Swiss Garden Melaka ni pun exclusive setanding hotel 5 bintang yang lain. Padu! Padu!
Benda paling aku suka bila stay hotel tinggi-tinggi ni of course buka tingkap seluas-luasnya dan menghayati panorama sekitar hotel. Dan taraaaaa.... pemandangan bandaraya Melaka dari bilik aku.
Pemandangan Bandaraya Melaka dari bilik Swiss Garden Hotel
And breakfast pun best dan ada banyak pilihan. Kalau korang tanya aku, puas hati ke tak stay kat Hotel Swiss Garden Melaka ni, aku jawab ... SANGAT BERPUAS HATI dan nak datang lagi. Senanglah kerja bila menginap kat sini.
Bestkan? Berbaloi tau menginap kat sini. Jom ke Melaka.
No comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)