15 April 2015

KEJUTAN HARI JADI SI DIA DI PHILEA RESORT MELAKA

Beberapa hari sebelum bertolak, aku ada survey kat beberapa orang kawan tempat makan romantic and boleh buat suprise kat pasangan di sekitar Melaka. Tapi hampa gile... Soalan aku tu macam terlalu susah untuk dijawab. Issssshhhh!!!

Then, ada seorang bagi cadangan PHILEA RESORT MELAKA.

PHILEA RESORT MELAKA ???? Weeeee...!!! =)

Masa birthday husband baru-baru ni, aku emel hotel ni untuk minta bantuan nak surprisedkan dia. Alhamdulillah, Philea Resort Melaka ada banyak idea yang sangat menarik dan sudi bantu aku.. So, aku serahkan 100% kat diorang. Takyah pening-pening. 

kejutan harijadi di melaka

Malam tu kitorang dinner di restoran grill n steamboat Bayu Cabana. Aku pun berlagak selamba seolah-olah takde apa yang bakal berlaku. Just follow the schedule yang resort ni bagi. Sama juga dengan Encik H yang tak mengesyaki apa-apa. 

romantic dinner in melaka
stimbot sedap di melaka

Kat Bayu Cabana ni ada pelbagai jenis hidangan dari bahan mentah yang fresh, diperapkan sehinggalah dessert. Ada juga kuih muih dan nasi. Boleh bayangkan betapa besarkan perut  kitorang selepas melahap makanan malam tu? Nasib tak tertidur kekenyangan kat tepi kolam tu. Haha.

Tapi masa memula sampai tu, aku terorder kuah sup. Confident je nak makan dengan sup. Padahal lidah takleh makan benda yang tak pedas. Hahaha. Nasib diorang layan je karenah kitorang. Dari kuah sup tukar ke kuah tomyam. Bolehlah aku rasa dua-dua kuah. Hihihi.

Kuah Sup
Kuah Tomyam

Antara dua-dua kuah ni, of courselah kuah tomyam jadi pilihan. Orang Melayu kan?? Hahaha. Pedas mana boleh tinggal. Nangis kang!! =P

Nampak Tak?? Dah Zoom Dekat Dah Ni

After makan, suddenly satu Bayu Cabana tu gelap. Staff-staff pula macam lari ke belakang. Cool Tatie cool. Jangan terbocor plan kali ni. Walaupun dalam hati tengah gelak sakan. Hahaha. 

Surprisee!!!! Pekerja-pekerja kat situ bawa kek yang ada lilin sambil menyanyikan lagu. Wahhhh, kemain terkejut Encik H. Sebab birthday dia besok. Kira malam tu birthday eve. Hahaha.

birthday surprise in philea resort
"Eh, apa ni??"
"Biar Betul.. Seganlah"
1,2,3 ...tiup!!!

Terima kasih Philea Resort Melaka. Actually dengan aku sekali terkejut. Bukan terkejut apa, terkejut sebab kek tu sedap sangat. Hahahaha. Puas hati dengan segala layanan yang diberikan oleh staff kat Bayu Cabana ni. Diorang tak lokek dengan senyuman. Sesekali chef keluar pantau makanan yang disediakan kat luar. No wonder semua fresh.

kek sedap di melaka
Cake by Philea Resort Melaka .. Sedap Sangat!!

Korang yang mungkin tengah mencari tempat makan malam romantik di sekitar Melaka bolehlah ke Philea Resort ni. Suasana sangat cool and very privacy. Hehehe. Bolehlah request kejutan ke apa ke untuk si dia kat sini. Memang settle semua masalah, takyah pening-pening cari tempat dah. Hehehe.


No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)