13 March 2015

PENGALAMAN KERETA ROSAK DAN DIANGKUT TOW TRUCK DI PORT DICKSON

RASA MACAM PATAH KAKI !!!! Fuh, fuh, fuh !!! 



Serik!! Tak pernah-pernah kereta aku rosak kat tepi jalan. Entah kenapalah si goog ni buat hal tetiba. Hari tu lepas beberapa minit Encik H hantar aku pergi event, aku dapat call dari dia .. 

"Kereta tak boleh start!!,". Arghhh, sudah. Tetiba je.

Beberapa bulan lepas, tayar kereta aku pecah. Tapi takdelah kena towing bagai macam ni. Kire ada penyelamat member Encik H dan lepas tukar tayar spare, settle! Kali nasib tak menyebelahi aku. Tengok bateri ok, check sana, check sini ok. Hurm, kenapa kau ni goog? T_T

Masih Tidak Bernyawa

Nak tak nak, terpaksa guna khidmat tow truck untuk tarik kereta. Alhamdulillah, insurance tolong bayarkan kos towing. Kalau bayar sendiri memang pokai lah aku jawabnya. Bukan murah pun kos tarik kereta ni. Silap haribulan boleh beli dua-tiga pasang kasut Converse. Ayoyo!

Kitorang sempat singgah kedai minum. Nasib baik kereta rosak kat Port Dickson. Adalah juga member tolong bawa kitorang pegi minum sementara menunggu towing. (mekacih!!) Tunggu lelama boleh jadi ikan kering hokayyy!! Panas terik cuaca hari tu. Pfffttt.

Kat Sinilah 'goog' Buat Hal

Adalah dalam sejam lebih menunggu tow truck sampai. Sebab tow truck dari Seremban. Pihak insuran yang carikan. Hurm.. Nasiblah!! Nak jimat kenalah tunggu. Ye dok?! Tak kuasa nak bayar memahal. Dari bayar baik pergi Bali... Eh?? Hahaha.

Penatnya Nak Tunggu
Fuhhhh... Nasib Dah Sampai
Berdebar-debar Rasanya Duduk Dalam Kereta Atas Tow Truck
Jauh Lagi Nak Sampai

Insuran hanya cover kos tow truck, tapi diorang tak cover cost toll dan servis kereta. Bab bayar toll, aku kena bayar kat driver tow truck. Nasiblah dari PD ke Seremban toll murah saje. Hiks!!

Dah Semakin Hampir
Sempat Lagi Selfie .. Haha..

Tengah-tengah selfie, sekali ada dua lori sampah melintas kat tepi kereta. Arghh, sudah. Lagi satu dugaan!! Terpaksa tutup cermin dah berpanas di dalam. Kata Encik H, sauna semulajadi. Hahaha. Lama juga nak tunggu lori sampah ni pergi jauh. Sebab time tu tengah jem. Argh, sudahhhh!! Mereputlah duduk dalam kepanasan. Hahaha.

Depan Tu Lori Sampah... Haha
Yahooo, Finally Sampai Seremban
Segala Peluh Keluar .. Peluh Jantan, Peluh Betina, Peluh Mak Nyah.. Haha

Bukan setakat keluar peluh, aku dari pakai topi, terus jadi macam ....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni .. Hahaha. Panas Gila Kat Luar!! 
Get Well Soon Baby G

Setelah dianalisis, rupa-rupanya valve kereta bengkok. Adoi..!! Sebab tu kereta tak boleh start. 4 hari kereta masuk bengkel. Rasa tunggang terbalik dunia. Hahaha. Nak pakai kereta Encik H, kereta dia leceh. Nak tak nak terpaksalah duduk rumah sesenyap. 

Kesimpulannya, aku dah serik!! Harap-harap ini last kereta rosak kat tepi jalan. Janganlah dia rosak masa aku drive sengsorang. Ngeri woi. Terima kasih Rozeti and husband sebab tolong kitorang masa kat PD. Tanpa diorang, mungkin aku dah mereput kepanasan. Haha.

Korang ada pengalaman camni tak?? Jom kongsikan. Hehe.

2 comments:

  1. Kesiannya.. dah la musim panas sekarang ni

    ReplyDelete
  2. Hehehe.
    Kelakar pun ada baca.
    Tak penah lagi pengalaman macamna nie.
    Smpai kena towing jauh tue.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)