10 March 2015

HOTEL BAJET DAN SELESA DI AREA PANTAI CENANG

Yea, yea ... cuti sekolah!!! 

Kalau zaman kanak-kanak dulu, time-time macam ni la aku menghitung hari. Pagi petang siang malam buka kalendar. Excitednya lahai!! Masa tu memang tak fikir apa sebab semua orang tua aku yang uruskan. Aku pula ikut je. Kihkih. =P

Tapi bila usia dah meningkat tua ni, banyak benda nak kena fikir. Nak pergi bercuti pun kena sendiri-sendiri. Tabung tak penuh duduk diam-diam kat umah. Kengkadang telan airliur je tengok instagram member pergi sana pergi sini. Makan hati woi!!

Nasiblah sekarang banyak hotel-hotel murah. Contohnya Cenang Plaza Beach Hotel kat Langkawi tu. Oh ya, ada tak sesape plan nak ke Langkawi musim cuti sekolah nanti? Bolehla stay kat hotel ni. Yela, kot-kot ada yang tengah mencari hotel murah kat area Pantai Cenang. Kannn?!

Hotel Murah Di Langkawi di Pantai Cenang

Memang best menginap di sekitar Pantai Cenang ni. Sebab happening giler dan senang nak cari makan. Pantai kat sini pula sentiasa ramai dengan pelancong. So, hotel pilihan aku adalah Cenang Plaza Beach Hotel yang baru je dibuka bulan lepas.

Bertentangan dengan hotel ni adalah Cenang Mall. Kat Cenang Mall tu ada Old Town White Coffee, Mcdonalds, Starbucks, Maybank dan lain-lain lagi. Manakala di belah kanan jalan kaki tak kurang dari 5 minit ada The Zone Duty Free Shop. Meriah kawwww!! Hahaha.

Cenang Mall Terletak Berhadapan Dengan Cenang Plaza Mall
Lobi Cenang Plaza Beach Hotel 

Sungguhpun kitorang datang sini sejam dua untuk beristirehat dan solat sebelum bergerak balik ke airport, tapi masa yang ada tu sempatlah untuk kitorang tawaf hotel ni dulu. Tengok apa yang best kat sekitar ni. Sempatlah merasa keempukan katil kat bilik. Kahkah.

 
Jom Ke Bilik

Hallway (agak sempit juga)

Katil Yang Empuk
Almari, TV & Etc

Dalam Meja 
Air Mineral
As Usual
Toiletries Yang Digunakan

Kalau tengok keadaannya, memang mengingatkan aku kat Tunehotels. Seakan-akan sama dari segi kemudahan dalam bilik. Cuma memasing ada kelebihan tersendiri. Kalau ke Langkawi bolehlah menginap kat sini. Murah, lokasi yang strategik dan selesa. Best, best!

Psssst, 17 hingga 21 Mac ni LIMA 2015 tau!!! 

Tidur-Tidur Ayam.. Hahaha

7 comments:

  1. Best info cmni... Sng nk travel nnt...
    Saya datang ziarah, baca entry dan follow...
    Moga diberkati dan dirahmati Allah selalu... :-)

    ReplyDelete
  2. Berapa harga hotel tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada season, terima kasih kerana memilih kami :)

      Delete
  3. SY NAK PEGI LANGKAWI 26/7-29/8,,ada lagi x lagi bilik time ne?nak pegi 4 org..berapa harga bilik

    ReplyDelete
  4. bl;eh daptkan contact no. x

    ReplyDelete
  5. bl;eh daptkan contact no. x

    ReplyDelete
  6. brpa 1 mlm pada 9 dec 15. utk 2 bilik

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)