ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN | Beberapa bulan lepas, aku cakap-cakap kosong dengan member pasal lukisan 3D. Kemain beria-ia si Maria ni nak lukisan 3D kat Negeri Sembilan. Tapi masa tu aku rasa macam mustahil. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je.. Kihkihkih... =P
Tup tup ... amek kau!!! Memang jadi kenyataan. Curlassssttt kau Maria!! Hahaha.
ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON
ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON adalah tarikan terbaru di Negeri Sembilan. Seperti yang kita tahu, 3D Art Gallery ni ibarat trending dan tengah 'hot' sekarang. Walaupun sekadar lukisan, tetapi ia mampu memberikan hasil yang gempak kepada gambar korang. Dengan syarat, korang kenalah kreatif.
Ini bukan galeri lukisan 3D pertama di Malaysia, tetapi ini adalah galeri lukisan 3D pertama di kawasan Selatan. Jadi, warga Selatan dah tak perlu nak travel jauh untuk lihat lukisan 3D. Alang-alang ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN. Alah, tak jauh manalah Port Dickson dengan Seremban. 20-30 minit naik kereta. Bergantung pada cara pemanduan korang. Hiks!
Apa yang menarik kat sini terdapat 50 lukisan 3D dan dikatakan telah mengalahkan galeri-galeri 3D lain di Malaysia. Eh ye ke?? Nak tahu ye ke tidak, kenalah datang ke Alive 3D Art Gallery Port Dickson ni.
Bayaran Masuk Alive 3D Art Gallery Port Dickson
RM15 (dewasa)
RM10 (kanak-kanak)
Masa awal pembukaan Alive 3D Art Gallery ni, diorang telah mengadakan promosi harga tiket RM10 (dewasa) dan telah berakhir beberapa hari yang lepas. Opss, sorry. Siapa suruh korang tak follow page Kisah Tatie?? Haaa, kan dah terlepas update. Apa-apapun, harga tiket Alive 3D Art Gallery ni masih affordable jika dibandingkan dengan galeri-galeri 3D yang lain. =)
Terdapat 5 tema di Alive 3D Art Gallery ni. Antaranya adalah adventure, aquarium, animation, exotic dan dart art. Tapi aku sukalah Santorini tu... Apa Santorini tu?? Eh adalah.. Pergilah tengok sendiri. :p
"You can touch, hug, interact with the art pieces, blending in with the scenery through (trick) of the eyes" - Alive 3D Art Gallery ....
Sebelum pulang, bolehlah singgah minum di Kafe Coffee Velo ni.
______________________________________________
ALIVE 3D ART GALLERY
No38-40, Jalan DS 2/1,
Bandae Dataran Segar,
71010 Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan
Facebook :
Nombor Telefon Alive 3D Art Gallery :
066515400
Operation Time Alive 3D Art Gallery:
Isnin - Jumaat 11am - 11pm
Sabtu - Ahad & Cuti Sekolah 10am - 11pm
best nya! memang unik gambr2 yang diambil kat sni, sangat menarik
ReplyDeletekan..nampak hidup je
Deletebetul tu menjadi 3D tu
Deleteitu yg jadi lebih tarikan utk pi sana tu
Deletelepas mandi manda kat PD boleh singgah snap gambar kat sini..
DeleteMmg daya tarikan baru ni...
Deleteset in mind..bila ke PD harus singgah :-)
DeleteGambar2nya nampak real kan?
Deletebetul tu, puas bergambar :)
Deleteharap2 lepas ni ada lagi tambahan koleksi lukisan 3D baru
Deletekena pegi ni
Deletenak ajak hubby pegi la..kbtulan skrg cuti sekolah..:-)
Deleteyg ni lagi nampak more real compare to i city
ReplyDeletekat icity tu tak banyak sangat koleksi 3D
Deleteha a..sikit sgt
DeleteHarap2 tak sesak cari tempat parking..
Deletekalu pergi weekday atau pagi weekend tak ramai sangat orang
Deletemember cakap x ramai sbb tempat baru
Deletetapi skrg school holiday sure ramai tu
Deletemenarik.. lepas ni ada sebab untuk ke pd selain mandi manda
ReplyDeleteMakin jammed la jln kat PD nanti kan...
Deletehaha..tahu x pe
Deletekan. :)
Deletebenda2 yang attract people ni memang kena serbu la..kalau pi ari biasa ok kot...
Deletebertambah-tambah jammed
Deletetu la
Deletejammed tu mmg susah nak dielakkan sbb tempat tumpuan
Deletetu la..nak mandi kt PD skrg ni dah x selera..kdg air pantai tu keroh..
ReplyDeletedah jarang pergi PD, selalu penuh pastu air pun dah kurang bersih..
DeleteMusim hujan mmg air keruh dik...nanti2 ok la tu kan..
DeleteOo..tp biasa tu pegi bukan musim hujan..maybe ada tempat2 kot ;-)
DeleteMampi pool je..mandi pantai nanti gatal2..
Deletehopefully kebersihan pantai pd dpt ditingkatkan, kawasan tarikan tu :)
Deleteso far 2 minggu lepas akak pi ok jer...dah bersih dah...maybe jugak ada masa2 tertentu yang membuatkana agak keruh skit...
Deletetak boleh jugak kan selat melaka makin penuh dengan kapal dagang..ntah apa dorang buang dalam air selat tu
Deletebetul2.,bsa mandi pool je tp kdg teringin gk nk mandi laut..:-)
Deletetp if nk pantai yg jernih sila ke chenang..hehe
DeleteWah menarik. .x yah pi utara dh..kat PD dh ada..murah plak tu...
ReplyDeletebetol3..
Deletejom pergi PD
Deleteutara..?? Yg kt Penang tu ke..Mural art tu ?
DeleteMacam menarik..boleh pi cuti sekolah nanti..
ReplyDeleteJemput datang PD dik....sure seronok nanti...
Deleteboleh ajak semua family datang kan
Deleteha a..dh start school holiday ni
Deletekan, nampak menarik.. mesti seronok bergambar dalam tu :)
ReplyDeletetgok gambar2 tatie letak kat sini pun kita dah tau seronok ke x kan...
Deletebetul tu harga tiket pun murah lagi
Deletekalau pergi ramai2 kat sini mest seronok :)
ReplyDeleteboleh snap gambar ramai ramaikan
Deletebetul tu..baru happening..
Deletewishlist bila sampai ke PD nanti
ReplyDeletewow...aweosme!!nak pegi jugak.
ReplyDeletemake sure jgn pakai high heel .hehe
ReplyDeletemcm nak pegi je..semalam tgok blog mber ..cantik je gambar
ReplyDeleteNak plan for coming weekend ..
ReplyDeletenak pegi la ..brape tiket ni
ReplyDeletebestnyee gambar semuanyee real
ReplyDeleteMcm kat seoul.dah xyah gi jauh2
ReplyDeletekena pi ni bila melawat pd
ReplyDeleteHai, I am Ziela Asst Marketing Executive from Alive 3D Art Gallery, I would like to ask for request update the accurate information of entrance fees as below:
ReplyDeleteAdult (Mykad) : RM20
Child (Mykad) : RM15
Adult (Normal) : RM25
Child (Normal) : RM20
Thanks in advance.
Hai, I am Ziela Asst Marketing Executive from Alive 3D Art Gallery, I would like to request for change accurate entrance fees as below:
ReplyDeleteAdult (Mykad) : RM20
Child (Mykad) : RM15
Adult (Normal) : RM25
Child (Normal) : RM20
Thank you in advance.
Hai, I am Ziela Asst Marketing Executive from Alive 3D Art Gallery, I would like to ask for request update the accurate information of entrance fees as below:
ReplyDeleteAdult (Mykad) : RM20
Child (Mykad) : RM15
Adult (Normal) : RM25
Child (Normal) : RM20
Thanks in advance.