Memandangkan hari ni adalah hari Jumaat yang mulia, aku nak share sesuatu yang penting untuk kita semua. Ilmu ni bolehlah korang kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Ada yang tak tahu dan ada yang dah tahu, 'Macamana nak sembahyang dalam kapal terbang?'...
Risalah panduan cara-cara nak sembahyang dalam kapal terbang ni korang boleh dapat dari pintu masuk kapal terbang. Airasia dan Malindo aku tak pasti ada ke tak. Tapi kalau Malaysia Airlines, diorang memang provide. Kalau takde, just tanya steward or stewardess.
Susah-susah sangat, refer je kat sini. 100% aku amek dari risalah prayer guideline for muslim travellers ni. Sharing is caring. Tak gittewww??!
Cara-cara Sembahyang Dalam Kapal Terbang
by Malaysia Airlines.
1) Sit upright and fasten seat belt. Remove shoes before performing the prayer, as it might have been stained with unclean things. (Refer picture A)
Duduk tegak dan pakai tali pinggang keledar. Tanggalkan kasut sebelum solat, kerana ia mungkin telah dicemari dengan najis atau benda-benda kotor. (Rujuk Gambar A)
2) It is not necessary to change our position whilst seated, in order to face the direction of Makkah because the aircraft we are travelling in, often change direction. It is advisable to be seated in the allocated seat.
Tidak perlu menukar posisi untuk menghadap kiblat kerana kapal terbang yang kita naiki itu, sering bertukar arah.
3) Make "niyyah" (declaration intention in the mind) for the type of compulsory solah and the "rakaah" (set) one intend to perform.
Baca "niat" untuk solat wajib dan rakaah untuk berniat dalam mengerjakan solat.
4) Begin prayer with the recitation of "Allahu Akbar" (takbir) and the place right hand over the left just above the navel. (Refer picture A)
Mulakan doa dengan bacaan "Allahu Akbar" dan seperti biasa letak tangan kanan di atas tangan kiri atas sedikit daripada paras pusat. (Rujuk Gambar A)
5) Recited the "Al Fatihah". Then raise the hands to the level of shoulders and say "Allahu Akbar" and then "ruku" - bend forward slightly, hands placed on knees or chair table. (Refer picture B)
Baca surah Al-Fatihah, kemudian angkat tangan ke paras baju (takbiratul ihram) dan lafazkan Allahu Akbar dan kemudian rukuk - bongkok sikit ke hadapan dan tangan diletakkan kat lutut atau meja kerusi. (Rujuk Gambar B)
6) Sit upright (qiyam/i'tidal), then prostrate (sujud), with both feet on the floor and stomach held in, slowly bend forward to the humblest position (sujud) and say "Allahu Akbar". (Refer picture C)
Duduk tegak (qiyam/i'tidal) kemudian sujud dengan kedua-dua kaki di lantai dan perlahan-lahan bongkok ke hadapan dengan kedudukan yang rendah. (sujud). (Rujuk Gambar C)
7) Sit upright again "jalsa" (a moment's rest) before the next prostration and repeat the "sujud". (Refer picture C).
Duduk tegak "jalsa" sebelum sujud seterusnya dan ulangi "sujud". (Rujuk Gambar C)
8) Repeat the "rakaah" until the final "set". At the end of the whole sequence, the passenger sits up and rest his/her hands on the knees or chair table and recites the "tashahud". (Refer picture D).
Ulangi urutan ini sampai akhir solat (mengikut rakaat). Akhir sekali, penumpang duduk sementara tangan pada lutut atau kerusi meja dan bacakan "tashahud". (Rujuk Gambar D)
9) Perform the final action, "Salam" by turning the head to the right and left shoulders while reciting "Assalamualaikum Warahmatullah".
Akhir sekali, beri salam, dengan pusingkan kepala ke kiri dan kanan sambil baca "Assalamualaikum Warahmatullah".
Selesai.
Psst, jangan lupa baca doa naik kenderaan setiap kali naik flight okay?
Panduan Solat di Atas Kapal Terbang ini telah diluluskan oleh Jakim dan Syariah Research Panel dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji.
_______________________________________