29 October 2014

PENGALAMAN JADI ANAK SAWAH DI HOMESTAY KAMPUNG UJUNG BUKIT

Homestay Best di Perlis | Homestay yang aku pergi kali ni best. Terletak nun jauh di utara sana, Homestay Kampung Ujung Bukitlah namanya. Kih, kih.


Sebelum sampai sini, kami dah diberitahu, kitorang bakal terpukau dengan keindahan Kampung Ujung Bukit ni. Ye ke?? Hurmm... tengok je lah nanti. Haha .. Bas kami tak boleh masuk ke dalam sebab jalan kampung ni sangat kecil. Dari tempat parking bas, kami menaiki kereta yang telah disediakan oleh penduduk kampung Homestay Ujung Bukit ni.


Masa kat luar, memang tak nampak apa. Tak boleh nak bayangkan camana keadaan kampung ni. Tapi once dah masuk, memang betul. Kawasan Kampung Ujung Bukit ni cantik dan bersih. Takde satu sampah pun kat tepi jalan. Kiri kanan sawah padi. Sejuk mata memandang.


Sampai-sampai je, kami terus dijamu dengan jamuan makan tengahari. Lauk-pauk kampung yang memukau selera. Ada beberapa orang media siap tambah-tambah nasi lagi. Memang sedap wei. Mana nak dapat lauk-pauk cenggini kat Kuala Lumpur. Pure kampung... kata kawww!! Burp... kenyang. Alhamdulillah.

Pembahagian Anak Angkat

Lepas makan, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan ada 3-4 orang dan satu keluarga angkat. Walaupun sekadar persinggahan, tapi diorang layan kami dengan baik. Ibarat sebuah keluarga, kami ditatang bagai minyak yang penuh.

Jalan Masuk Ke Rumah Mak Bapak Angkat
Rumah Mak Bapak Angkat 

Aku ditempatkan dengan keluarga Mak Lang sekali dengan Pn Hazrina (Motac), Nana (Mynewshub) dan Dj Lia Omey EwanaFM. Perghhh!! Hebat betul rumah mak bapak angkat aku kat Homestay Kampung Ujung Bukit ni. Rasa macam tak nak balik pun ada. Tetiba rasa masa sangat pendek. Dari jam 3 petang hingga jam 10 malam. Tak puas rasanya stay kat sini.

Kolam Ikan

Rumah mak bapak angkat aku ni berhadapan dengan sawah padi. Selain dari tu, diorang juga gemar membela binatang. Hampir kesemua binatang-binatang yang ada ni ditangkap dari sawah seperti ikan, kura-kura dan juga ketam. Eh bukan ni je, ada juga binatang lain seperti burung, ayam dan itik. Happening sungguhlah. Macam mini zoo. Haha.

Pondok Kecik Yang Dibuat Sendiri
Ikan Puyu
Burung-Burung
Kura-Kura
Itik
Ikan-Ikan Sawah Yang Dibela Dalam Kolam Kecil
Ketam-Ketam Yang Ditangkap Dari Sawah 
Kata Mak Angkat Kami, Kopi Utara Ni Pekat Sikit.. Ko rasa?

Laksa Perlis
Mak Angkat

Petang tu ada aktiviti homestay bersama penduduk kampung seperti demo masakan, kayuh gerek dalam kampung dan tarik upih pinang. Best sangat. Rasa seperti anak pesawah sungguhlah. Haha.

Demonstrasi Masakan Depan Sawah Padi
Emping dan Ringgi
Zaman Sekarang, Menyemai Baja Mudah Saja
Tarik Upih Pinang

Kat Kampung Ujung Bukit ni bukan saja ada homestay, tetapi juga ada chalet. Wow!! 

Chalet-Chalet

Chalet-chalet ni boleh disewa dengan kadar RM120/rumah sehari. RM120 ni tak termasuk aktiviti kampung. Kalau nak join aktiviti kampung pun murah je. Diorang charge RM5 untuk satu aktiviti/seorang. Kalau korang mencari penginapan murah di negeri Perlis, bolehlah stay kat chalet ni. Hehe.

___________________________________________

HOMESTAY KAMPUNG UJUNG BUKIT
Bintong, 01000 Kangar, Perlis

No Tel :

___________________________________________



51 comments:

  1. Bestnya...
    cantik backgrund sawah padi tue.. sejuk mata memandang..

    #singgah baca +follow sini
    jemput ke http://akukaudansesuatu.blogspot pulak ye..

    ReplyDelete
  2. owh kat sawah pon ada ketam ek?

    ReplyDelete
  3. unik nama kampung. kalu rasa tak nak balik kl tengok gambar kampung tu tatie

    ReplyDelete
  4. Salam, wahhh serius cantikk sgt, teringat pulak citer CUN yg ada maya karin berlakon kat sawah2 cmni...bestnya suasana kampung, orang2nya pulak mmg nmpk mcm peramah dan baik betul layanannya..nice2, ada rezeki smpi utara, bolehlah ushar2 gak tempat ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dah sampai sini tp x dapat stay kat homestay yang ni sebab dah fullhouse...

      Delete
    2. ya la kan..bru teringat mcm dlm filem cUN tu

      Delete
    3. Bayangkan kalau padi menghijau...cantiknya...

      Delete
  5. assalam. terus terang nanie ckp, nanie x perah duduk dlam suasana kampung. TERINGIN!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nannie kena cuba dik..maybe mulakan dgn homestay kg2 ke..

      Delete
  6. sesekali cuba benda baru ni BEST juga kan...macam teringin nak cuba tapi kena cari masa la... :D

    ReplyDelete
  7. sukanya suasana kampung yg tenang macam tue, saya memang orang kampung, tapi ada `sawah nenas` je. teringin juga nak tengok jelapang padi depan mata macam nie. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sawah nenas tu mcm mana lak? hehe

      Delete
    2. Sure org johor ni...johor kan ada ladang nenas

      Delete
  8. Sala satu aktiviti wajib berkumbang didalam sawah. :)

    ReplyDelete
  9. Homestay ni la patut akak duduk ngan family masa tu tp dah full...pas tu masa tu dah harvest padi so pemandangan x berapa cantik...next time harap dapat stay kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. full hse ek..ramai yg minat dok sini tu

      Delete
  10. cantik and best je environment , mesti tenang je stay sna..
    laksa tu menggoda sungguh, lma da x mkn lksa. :)

    ReplyDelete
  11. Cantiknya... pengalaman kampung sebenar...... Perrghhh

    ReplyDelete
  12. cantik la kawasan nie.... sampah pon x der... memang jaga btul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena la jaga,tumpuan pelancong tu

      Delete
    2. kan.. kalau kotor pelancong pun tak lalu nak pergi : )

      Delete
    3. Kalau homestay mmg kena la perkenakan cara hidup masyarakat kat sini...itu yg pelancong cari...

      Delete
  13. tatie, chalet dia nie macam hotel philea tua ker atau ada banyak bilik macam rumah..

    ReplyDelete
  14. Ketam dari sawah tu boleh makan tak? ke kategori 2 alam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya org tak makan ketam dari sawah. :)

      Delete
    2. Wallahualam boleh mkn ke x...

      Delete
    3. Kene pastikan dulu ketam ni dua alam ke tak..

      Delete
  15. Homestay ni antara yg terbaik kat perlis.

    ReplyDelete
  16. wah senang tuh mainan lumpur di sawah.... salam :)

    ReplyDelete
  17. view yang sangat cantik : )

    ReplyDelete
  18. pengalaman yang menarik : )

    ReplyDelete
  19. nmpak pekat sgguh kopi tu..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)