24 September 2014

TRAVELOGUE TO WAT ARUN : TEMPLE OF DAWN

Pada mulanya, agak kecewa kerana tidak sempat untuk ke Grand Palace Bangkok. Masa begitu terhad dan kami hanya boleh pilih antara dua,  Grand Palace atau Wat Arun. Bila tanya kawan-kawan, jawapan mereka 50-50.  Kata mereka, dua-dua WAJIB PERGI. Haih, susah ni.

Aku biarkan Ajikah decide dan aku follow je keputusan dia. Maklumlah masa tu aku tengah kelam kabut dengan trip Sahabat Media ke Johor Bahru. And, Wat Arun menjadi destinasi kami seterusnya.

Wat Arun, sebuah temple yang berdiri kukuh di kawasan Thonburi merupakan salah satu mercu tanda Bangkok. Sebenarnya Grand Palace dan Wat Arun ni sebelah-sebelah je, tapi disebabkan nak cepat, kami terpaksa tolak ketepi Grand Palace. Simpan untuk trip akan datang. Ngee.


Teksi yang kami sewa tu berhenti di Wat Pho (berhadapan dengan Grand Palace). Dari Wat Pho kami berjalan kaki ke Jeti Tha Tien kira-kira 10 minit berjalan kaki. Kat Tha Tien ini juga terdapat kedai souvenir dan juga gerai makanan. Eh, kalau tak silap aku ternampak gerai Halal kat situ.

Tha Tien
Tha Tien

Dari Tha Tien ke Wat Arun kami menaiki bot. Harga tiket bot ke Wat Arun sangat murah. Cuma 3 baht sehala. Kalau convert lebih kurang 30 sen duit Malaysia. Murahla tu kan?

Bayar Di Sini

Cuma safety penumpang bot agak membimbangkan. Jika dilihat keadaan bot ni sangat meragukan. Selamat ke tak ni? Isk, isk, isk. Minta dijauhkan. Perjalanan dari Jeti Tha Tien ke Wat Arun mengambil masa kurang dari lima minit. Kejap dan dekat.

Kisah Tatie
Wat Arun Bangkok

Bagi sesiapa yang tak pernah sampai sini, Wat Arun adalah salah sebuah temple yang famous di Bangkok. Nama lain Wat Arun adalah The Temple of Dawn dibina semasa pemerintahan Ayutthaya yang sebelum ini dikenali sebagai Wat Makok. 

Dekat Sini Juga Boleh Bagi Makan Ikan

Wat Arun ni sangat besar dan luas. Harga tiket masuk Wat Arun adalah 50 baht. Tapi sayangnya kami bergambar dari luar sahaja. Kalau ikutkan hati, nak je panjat mendaki tangga tu. Kata orang, pemandangan cantik dari atas. Sayangnya! Next time Tatie, next time. Jangan sedih! Haha.

Tiket Masuk Wat Arun
Etika Berpakaian
Wat Arun Bangkok

Struktur pembinaan Wat Arun ini sangat klasik. Masih mengekalkan struktur lama dan sebab tu lah ia menjadi tarikan pelancong yang ingin melihat sendiri budaya masyarakat Buddha di Bangkok.


Destinasi Lain dari Jeti Wat Arun 


Bila dah pergi tempat-tempat WAJIB PERGI DI BANGKOK, barulah puas hati. Yang tak sempat pergi, kita simpan untuk next trip. Insyallah. Dah mula berangan untuk datang lagi sekali. Hehehe.

Wat Arun Bangkok

Wat Arun Entrance Fee 
Boat 3 baht + 50 baht

Wat Arun Operation Hours 
8.30 am - 5.30pm

Bangkok, I miss you. 

17 comments:

  1. Belum tercapai lagi hasrat hendak melihat budaya negara Gajah Putih.

    ReplyDelete
  2. Banyak benda kita boleh explore sebenarnya. .antara larat ngan x...tp SA mmg suka travel...at least kumpul prngalaman kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..byk pengalaman ybg boleh ditimba :-)

      Delete
    2. setuju sgt, kalau larat eloklah explore sepenuhnya, byk bnda boleh dpt :)

      Delete
  3. Murahnyalah benda2 kat bangkok.

    ReplyDelete
  4. Wat ni sama tak dengan candi?

    ReplyDelete
  5. byk sbnrnya tmpt menarik kt sana kan..

    ReplyDelete
  6. Good jobs. tapi tak banyak info kecuali gambar. TQ

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)