25 September 2014

PASAR MINGGU : CHATUCHAK WEEKEND MARKET BANGKOK

CHATUCHAK WEEKEND MARKET IN BANGKOK | Dah lama mengidam nak ke sini since terlihat member post gambar dengan caption 'Borong baju di Chatuchak RM10'. Masa tu macam nak percaya ke tak. Sebab RM10 terlampau murah. Sedangkan jual kat uptown pun RM20 paling murah.

Finally, I made it. Memang murah barang-barang kat sini. Seluar jeans pun mereka jual dengan harga 150baht, tukar jadi rm15. Rambang mata!! No wonder ramai peniaga-peniaga baju kerapkali ke Bangkok. Anda akan jadi gila bila melihat harga-harga yang mereka tawar.

CHATUCHAK WEEKEND MARKET ini dibuka setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dah nama pun weekend kan? Bagi sesiapa yang bercadang untuk ke sini, aku suggest datanglah awal pagi sebab menjelang tengahari dah padat dengan orang ramai.

 CHATUCAK WEEKEND MARKET
Pasar Minggu Chatucak

CHATUCHAK atau JATUJAK ini terkenal sebagai salah satu tempat borong dan mempunyai lebih dari 8000 peniaga. Malah, CHATUCHAK WEEKEND MARKET ini adalah salah satu market terbesar di dunia. Eh, memang besar pun. Aku pun tak habis tawaf sebenarnya.

 CHATUCAK WEEKEND MARKET

Waktu Operasi Chatuchak Weekend Market 
Jumaat 6pm - 12 am
Sabtu & Ahad 9 am - 6pm

 CHATUCAK WEEKEND MARKET

Cara-Cara Nak Ke Chatuchak Weekend Market
- menaiki teksi
- menaiki MRT Subway ke Stesen Chatucak Park
- menaiki BTS Skytrain ke Stesen Mo Chit

 CHATUCAK WEEKEND MARKET

Berbalik kepada CHATUCHAK WEEKEND MARKET, sekiranya anda terlupa nak tukar wang, jangan risau. Kat sini terdapat van yang memudahkan urusan korang. Boleh tukar duit dan boleh keluarkan duit kat sini. Very easy! Kat CHATUCHAK WEEKEND MARKET, anda takkan sesat. Kat sini ada tourist information yang sedia membantu.

 CHATUCAK WEEKEND MARKET
Kami Jadi #villagepeople Kejap Bila Jumpa Mesin Ni.. Haha

Kat CHATUCHAK WEEKEND MARKET ini terbahagi kepada 27 bahagian yang dinamakan sebagai SOI. Setiap bahagian ini menjual produk yang berbeza. Pening? Jangan pening-pening. Maps disediakan di beberapa tempat utama untuk rujukan para pengunjung.

Tetapi jika korang kesuntukan masa, aku suggest plan terlebih awal. Tetapkan nak beli apa, kemudian semak kat bahagian maps. Takut tersesat nanti. Ini for first timer. Kalau dah banyak kali datang, no hal lah!

 CHATUCAK WEEKEND MARKET
179 baht je.. Murahkan?
 CHATUCAK WEEKEND MARKET
Seluar Jeans 100 baht... Murah sangat!!
 CHATUCAK WEEKEND MARKET
Ini lagi murah
 CHATUCAK WEEKEND MARKET
Souvenir?? 
 CHATUCAK WEEKEND MARKET
Iskkk. Kat KL Mahu RM50.. 

Antara barang-barang dijual kat CHATUCHAK WEEKEND MARKET ini seperti barang-barang antik, souvenir, baju, bunga, binatang, makanan, accessories, barang rumah dan banyak lagi. Dijual dengan harga borong dan yang bestnya, anda boleh tawar-menawar kat sini.

 CHATUCAK WEEKEND MARKET
Food Stall
 CHATUCAK WEEKEND MARKET
Makanan Kering Seperti Keropok, Kuih & Lain-lain
 CHATUCAK WEEKEND MARKET
Beli Souvenir (baju) Kat Sini Murah. Highly Recommended! 

GERAI HALAL DI CHATUCHAK WEEKEND MARKET. Terdapat gerai yang menjual makanan halal di sini, SAMAN ISLAM. Gerai yang dimiliki oleh orang Islam ini mempunyai sijil HALAL yang diperakui Jabatan Agama Islam Thailand.

 CHATUCAK WEEKEND MARKET
Dessert
SAMAN ISLAM CHATUCAK WEEKEND MARKET
SAMAN ISLAM CHATUCAK WEEKEND MARKET

Harga makanan kat Saman Islam Chatuchak ni boleh tahan mahalnya. Seperti contoh Nasi Goreng Seafood RM25, air bandung segelas RM5. Tapi memang mahal pun harga makanan kat Thailand. Tempoh hari masa di Krabi pun, duit banyak dihabiskan kat makanan. Bukannya sebab banyak makan, tapi sebab harga-harga makanan kat sana, kalau difikirkan harganya, boleh kenyang sepinggang Nachos kat Chili's

 CHATUCAK WEEKEND MARKET
Nasi Goreng Ayam RM20
 CHATUCAK WEEKEND MARKET
Nasi Goreng Seafood RM25
 CHATUCAK WEEKEND MARKET

Terkejar-kejar aku kat CHATUCHAK WEEKEND MARKET  ini sebab kesuntukan masa. Chatuchak ni at least kena spend half day. Baru seronok dan jangan lupa bawa duit lebih.

[ Happy Holiday ]

28 comments:

  1. eh, bukan barang 3 pund lagi murah ke? kekekeke

    ReplyDelete
  2. Thats y akak suka bangkok...mkn senang dpt yg halal dan brg mmg murah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi cekik darahla makanan kat sana.. :(

      Delete
    2. sblm ni dgr citer membe gi bangkok, katanya susah nak dpt mknan halal..rupa2nya byk gk tmpt yg boleh mkn kan

      Delete
    3. Mungkin jugak ada tempat murah yg kita x jumpa....takpe la kena survey lg kan...

      Delete
    4. mamber ckp if tomyam kat sana ada sedikit rasa manis.

      Delete
    5. murah2 brg, mesti shopping sakan..

      Delete
  3. wah bangkok! bestny melancong merata tmpt. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan anaalut..tatie ni mmg kaki travel btol

      Delete
    2. Bestkan dpt travel byk tempat. ;)

      Delete
    3. travel sambil bekrja...masyukk :-)

      Delete
    4. betul tu, byk tmpat dah kak tatie pegi, mmg seronok

      Delete
  4. murah bebenor tu kalo suar jeans pon leh dpt rm15..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh borong buat meniaga ni..kan?

      Delete
    2. Jual kat sini dua kali ganda pun ada org beli. Hehe

      Delete
    3. mcm tak percaya rm15 boleh dpt jeans :-)

      Delete
  5. Murahnyaaa harga pakaian tapi harga makanan hmmm, tak padan dgn hidangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la..tapi maybe kualiti kurang kot

      Delete
    2. Kalau nak beli borong pakaian areamna ye

      Delete
  6. kenyang shopping dr makan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg best tu..shopping ..yeayy

      Delete
    2. Terubat jugakla dgn shopping. Hehe

      Delete
    3. setuju, mmg seronok shopping kat sini, murah2

      Delete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)