14 September 2014

TEMPAT MISTERI DI KUCHING SARAWAK

Masa kami dalam perjalanan pergi makan tengahari hari tu, tiba-tiba terpandangla satu tempat ni. Agak pelik. Nak cakap kubur bukan, nak cakap tempat beriadah pun bukan. Ishhhh, tempat apa ni??Pelik sungguh!!!

Kat Jalan Ni Lah...

Kali pertama lalu, tengok je dari tingkap van. Malas nak fikir. 

"Arghh, peduli apa aku,"

The next day tu, lalu lagi. Haa, time ni baru rasa macam nak turun. 

TAPI, TAK TURUN PUN. Sebab laluan ni, ada masa busy ada masa tenang. Nak berhenti tepi jalan pun serba salah. Kesian kat abang van. Dahla aku seorang je. Ish ish ish.

Tapi hari seterusnya tu, agaknya abang driver tengok setiap kali lalu, setiap kali tu aku excited nak ambil gambar. Maka, dia pun dengan baik hatinya berhentikan van kat tepi jalan. Weee~

Inilah Benda Yang Aku Cakap
Rumah Bawah Tanah??
Terowong? 
Hurm...
Terkunci

Tengah belek-beleh tempat ni, tetiba terjumpa bahagian yang tidak terkunci.  Seram jugalah nak masuk. Takut berhantu ke atau ada penjenayah ke. Macam-macam kat kepala ni. Hahaha.

Kelihatan Seperti Tidak Terjaga
Hurm... 
Nak Cakap Rumah Pun Bukan

HABIS, TEMPAT APA NI?

Kalau RUMAH, kenapa kecil sangat
Kalau KUBUR kenapa tidak bertanda
Kalau KUBU kenapa tidak seperti kubu

T_T

Tiba-tiba terpandang satu signboard yang terletak tidak jauh dari tempat ni.

Inilah JAWAPANNYA.


AIR RAID SHELTER

Air Raid Shelter ni digunakan pada zaman perang, untuk bersembunyi atau tempat pertahanan. Kebanyakannya dibina di bawah tanah. Tapi yang aku jumpa ni benar-benar pelik. Kalau nak cakap digunakan zaman dahulu, kelihatan seperti baru. Haaa!!

Kalau korang tahu, marilah share. Sebab aku tanya orang Kuching pun, mereka pun tak tahu. Ini pula tanya aku. Lagilah aku tak tahu.

Thank you SARAWAK TOURISM BOARD .. (^_^)

27 comments:

  1. nampak lain macam je tempat ni...nampak baru buat je tapi macam da lama tinggal la pula...huhu

    ReplyDelete
  2. kalau kubu lama kenapa macam kubu zaman sekrang..ehhee..

    ReplyDelete
  3. Sapa org sarawak yg bleh explain ni? Akak pun mcm pelik ni..

    ReplyDelete
  4. Nampak baru takkan yg zaman perang dulu pulak kan.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. kena datang sarawak ni kalau nak siasat.. jom..

      Delete
  6. Bila tengok balik, berani jugak Kak Tatie masuk..

    ReplyDelete
  7. Jom kte g sndri p redah tmpt tu

    ReplyDelete
  8. Salam misteri. Saya org sini yang tau serba sedikit mengenai tempat yang dalam gambar tu. Mmg ianya digunakan dan dibina pada masa penjajahan british utk mengelakkan dari serangan udara dari pihak jepun dahulu. Telah dibaik pulih pada era 20an utk dijadikan kawasan bersejarah dan utk pandangan para pelancong. Tetapi kerana kawasan itu sangat berbahaya disebabkan terdapat tanda2 gelinciran pada struktur tanah tersebut jadi tempat tu ditutup diatas sebab tidak mahu membahayakan para pengunjung. Kisah seram nya saya tak tau la. Tapi kalau sebuah kawasan teater yang tidak jauh dri tmpat ni mmg ada kisah seram nya.

    ReplyDelete
  9. Salam misteri. Saya org sini yang tau serba sedikit mengenai tempat yang dalam gambar tu. Mmg ianya digunakan dan dibina pada masa penjajahan british utk mengelakkan dari serangan udara dari pihak jepun dahulu. Telah dibaik pulih pada era 20an utk dijadikan kawasan bersejarah dan utk pandangan para pelancong. Tetapi kerana kawasan itu sangat berbahaya disebabkan terdapat tanda2 gelinciran pada struktur tanah tersebut jadi tempat tu ditutup diatas sebab tidak mahu membahayakan para pengunjung. Kisah seram nya saya tak tau la. Tapi kalau sebuah kawasan teater yang tidak jauh dri tmpat ni mmg ada kisah seram nya.

    ReplyDelete
  10. makasih gan infonya dan semoga bermanfaat

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)