15 September 2014

BORONG IKAN TERUBOK MASIN DI PASAR SATOK KUCHING

PASAR SATOK KUCHING REVIEW | Ibarat pulang dengan tangan kosong. Begitulah perumpamaannya bila ke Sarawak dan tidak membawa balik ikan terubuk masin. Begitu sinonimnya ikan terubuk ni dengan Sarawak. Sampai jadi barang wajib beli kalau pergi Sarawak. Tak kisahlah untuk diri sendiri ke atau sebagai 'souvenir 'untuk kawan-kawan.

Tapi, KAT MANA NAK BELI IKAN TERUBUK MASIN YANG BEST DAN MURAH KAT KUCHING ni?? Ada yang cakap, beli je tepi jalan. Tapi pasti ke dengan kebersihan ikan terubuk yang korang beli tu? 

Kalau korang nak beli ikan terubuk masin atau ikan terubuk yang fresh, pergilah ke  Medan Niaga Satok. Kalau dulu, aku ke Pasar Satok, ia di satu tempat yang ala-ala pasar malam. Aku pun dah lupa apa nama tempat tu. Dah lama mana pula aku tak pergi Kuching.

PASAR MINGGU SATOK
Pasar Minggu Satok Tahun 2012

Medan Niaga Satok yang baru ini dibuka pada Januari 2013. Tapi aku rasa lagi best yang lama. Lagi meriah. Eh, ke dua-dua sebenarnya berlainan. Argh, nama pun Satok, mestilah sama kan?

PASAR MINGGU SATOK
Jom Ke Sini
PASAR MINGGU SATOK
PASAR MINGGU SATOK
MEDAN NIAGA SATOK

Medan Niaga Satok ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada bahagian basah, ada bahagian gerai jual buah dan produk hutan Sarawak, ada bahagian kering jual baju dan cenderahati dan banyak lagi. Kalau nak beli Sayur Midin ke, Ikan Terubuk ke, Dabai ke atau produk-produk Sarawak silalah ke sini. But for Kek Lapis, aku tak suggest beli kat sini. Better beli di Mira Cake House. Lagi sedap!

pasar minggu satok
Gerai Komik/Novel
pasar minggu satok
Gerai Biskut
ikan terubuk fresh
Ikan Terubuk Fresh
BELI CENGKERIK
Cengkerik Hidup
BAGAIMANA BENTUK KUIH CINCIN
Kuih Muih Sarawak
Bahagian Butik
MAKAN OBOR OBOR
Obor-Obor
REMPAH RATUS
Bahagian Rempah/Masakan
KENAPA BUNGA KANTAN MAHAL
Eh, Murahnya Berbanding Semenanjung. LOL!
bahagian daging
tempe
buah murah di sarawak
buah-buahan segar & murah pula tu

Dan, semestinya IKAN TERUBUK MASIN SARAWAK. But aku suggest beli udang galah/udang harimau kat sini juga. Masih ingat pesanan nenek, nak cari udang besar, carilah di tempat banyak buaya. Maka, Sarawaklah tempatnya.

Memang, kat Sarawak udang galah/udang harimau jauh lebih gemuk dan murah berbanding di semenanjung. Fresh dan sedap. Bab packing-mempacking usah risau. Diorang ni pro. Barang-barang basah akan diletakkan sekali dengan ais beku untuk bagi tahan lama sepanjang dalam flight.

But remember, nak bawa balik barang basah ni harus beli masa hari nak balik. Unless, kalau korang nak beli ikan terubuk masin yang jenis kering. Tu anytime pun takpe. Ops, lupa pula. Jangan lupa beli sekali lada sulah atau lada hitam. Maklumlah, Sarawak ni antara pengeluar lada hitam yang best dan produktif.

IKAN TERUBUK MASIN
Tak Mahal Mana Pun

Dan masa pilih-pilih udang, ada seorang pakcik tu suruh beli ikan kat bawah ni. Tapi tak pasti ikan apa. Katanya, salah satu specialty fish kat Sarawak juga. Tapi maaflah pakcik, ikan-ikan ni saya lemah sikit. Tak berapa gemar. 

Ikan Apa Ni??

Dan terakhir, ole-ole. Jeng, jeng, jeng...

ULAT UNTUK MEMANCING
Memang Kena Sumpit Dengan Nannie Isa Jap Lagi Ni.. Haha

Aku berharap ni lokasi tetaplah untuk Medan Niaga Satok. Jenuh jugalah masa sampai tanya orang Pasar Satok yang lama. Laa, rupa-rupa dah tukar tempat. Cis!!! Terima kasihlah Tourism Sarawak kerana bawa aku ke sini. Dapatlah juga merasa Langsat Kalimatan yang diimport khas dari wilayah Indonesia itu. Sangat manis!!!


Thank you SARAWAK TOURISM BOARD .. (^_^)

20 comments:

  1. suka ikan terubuk masin tapi tak suka tulangnya yg byk..haha..

    ReplyDelete
  2. sedap sgt ikan terubuk masin ni!! nyum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. goreng ..pastu goreng cili n bawang..tabur atas tu..makan dgn nasi pns..nyum2

      Delete
    2. mkn cmtu je, x paya lauk lain dah pun cukup.. sedapp :)

      Delete
  3. Akak prefer medan satok yg lama sebab ada restoran mee kolok sedap kat situ....ikan terubuk masin pun terbaik ..

    ReplyDelete
  4. Rugilah kalau pergi sarawak kalau tak beli terubuk masin.

    ReplyDelete
  5. Selalu beli yang kat sebelah Dayang Salhah..Pergi Pasar Satok ni beli udang besar2 je..

    ReplyDelete
  6. Kalu terubok fresh masak asam pedas melaka..sedapnya

    ReplyDelete
  7. sponsored by sarawak tourism board ye? seronoknya :)

    ReplyDelete
  8. IKAN YANG BAWAH TU IKAN LUMEK.. MASAK SINGGANG @ TERJUN JE.. LAMA DA X BALIK KUCHING.. RINDU PULA RASANYA NAK JALAN2 G MEDAN SATOK..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)