9 September 2014

STAR WARS BERAKSI DI LEGOLAND JOHOR BAHRU

STAR WARS LEGOLAND MALAYSIA REVIEW | Setiap kali filem Star Wars memanaskan panggung, pasti sana sini bercerita pasal kehebatan filem arahan George Lucas ini. Walaupun pada awal kemunculan filem Star Wars aku belum dilahirkan lagi (tahun 1977),  tapi filem ini masih diminati ramai sehingga kini. Sebab tu, dari tahun ke tahun, pasti ada episod baru muncul.

Psstttt, dengar cerita tahun depan bakal dilancarkan siri terbaru Star Wars, Star Wars Episode VII. Yeay!!!! Tak sabarnya. Untuk menyemarakkan lagi semangat Star Wars, aku nak ajak korang semua ke LEGOLAND® Malaysia Resort, Johor Bahru. Wowowieeee....

Sesuatu yang baru, lebih hangat, lebih berbisa dan memenuhi citarasa peminat-peminat Star Wars di luar sana. LEGOLAND® Malaysia Resort, Johor Bahru dibuka pada 15 September 2012 lalu, kini menyediakan tarikan terbaru yang dinamakan sebagai Star Wars™ Miniland Model Display

Dan aku berpeluang menjadi pengunjung terawal yang menyaksikan Star Wars™ Miniland Model Display ini. Untuk pengetahuan korang, ini adalah yang pertama di Asia dan dibuka pada 6 September lepas.

Sebenarnya, banyak promosi-promosi menarik sepanjang bulan September ini. KENAPA? Bulan ini LEGOLAND® Malaysia Resort menyambut ulangtahun kedua. Wah, dah 2 tahun dah? Sedar tak sedar je kan? 

LEGOLAND® Malaysia Resort

Actually, trip ke LEGOLAND® Malaysia Resort ni adalah sehari lepas aku pulang dari Osaka minggu lepas. Dalam kaki terhincut-hincut akibat melecet, tapi excited punya hal, aku redah je. Haha.

LEGOLAND® Malaysia Resort

Thank You Legoland 

Dalam sebuah bangunan yang fully air-conditioned menempatkan 2000 LEGO models yang diinspirasikan dari enam dari filem dan satu dari animated series. Struktur bangunan ini cukup unik, dimana ia berbentuk octagon. 

LEGOLAND® Malaysia Resort
LEGOLAND® Malaysia Resort
Mark Germyn, General Manager Legoland Malaysia
Mark Germyn, General Manager Legoland Malaysia
LEGOLAND® Malaysia Resort
Majlis Perasmian
LEGOLAND® Malaysia Resort
Masih ingat dia ni??

Lebih dari 1.5 juta brick lego digunakan untuk Star Wars™ Miniland Model Display ini. Di sini juga turut memaparkan pre-screening filem Star Wars sebelum masuk ke bahagian display yang diilhamkan dari filem-filem Star wars seperti Christophsis, Endor, Geonosis, Hoth, Kashyyk, Mustafar, Naboo dan Tatooine.

Antara Yang Terawal Merasai Tarikan Terbaru Legoland Ini
Pre-Screening


Tapi benda-benda ni bukanlah lego yang kaku. Korang boleh  klik button untuk mengerakkan ia. Ishh, susah nak cakap. Kena tengok sendiri.


Butang Ni laaa. Mohon Ditekan.
LEGOLAND® Malaysia Resort

Bagi kanak-kanak pula, kalau nak masuk percuma, silalah pakai costume kegemaran dari filem Star Wars macam Darth Maul ke, Princess Leia ke, Yoda ke, Jedi ke dan lain-lain lagi. Promosi FREE ENTRY LEGOLAND® Malaysia Resort  sempena pembukaan Star Wars™ Miniland Model Display ini berlanjutan sehingga 30 September 2014.

LEGOLAND® Malaysia Resort
Dengan Watak-Watak Filem Star Wars

Kat bangunan ini juga terdapat kedai souvenir. Ampun maaf kengkawan yang kirim Lego tempoh hari. Satu benda pun aku tak beli. Aku ingatkan murah, telan airliur tengok harga. Yang pesan bukan satu dua, tapi ramai. Ampun!!!

LEGOLAND® Malaysia Resort
Keychain Star Wars RM19.95

Dan kami juga turut diberi voucher makanan. Makan? Yeay!!! 

LEGOLAND® Malaysia Resort
Asian Deli

The best part, kalau beli set meal, hanya tambah rm5 sahaja untuk beli buku, keychain atau fridge magnet. Tapi kat Asian Deli sahajalah. Memang berbaloi...!!! Tak ramai yang tahu. Aku dah bagitahu ni, bolehlah korang terjah. Tapi yang ni aku tak pasti sampai bila.

RM5 tu untuk satu botol ice lemon tea + (keychain or book or FM)

legoland souvenir
Rebut Promosi Ini 
promosi legoland
Buku + Air  = RM5 
makanan di legoland mahal
Inilah Meal Pilihan Saya
LEGOLAND® Malaysia Resort

Last but not least, thank you LEGOLAND® Malaysia Resort kerana sudi menjemput Kisah Tatie ke Majlis Perasmian Star Wars™ Miniland Model Display. Tak sabar untuk datang sekali lagi. Tak tahu bila. I still have one pass Waterpark & Theme Park, siapa nak? Hahaha. 

P/s : Sempena Anniversary KEDUA Legoland ini, akan diadakan pertunjukan bunga api.

Bila???
15 SEPTEMBER 2014

Save The Date !!!

Untuk keterangan lanjut, bolehlah layari

Website :

Instagram :

31 comments:

  1. woo yeah.. we pick same choice of food :D

    ReplyDelete
  2. Bestnyaa.. bilalah dapat jejak kaki kat legoland.. hari demi hari nak pergi tak pergi2

    ReplyDelete
  3. perghhhh... perghhh.. sape yg susun semua ni

    ReplyDelete
  4. Tarikan yang menarik. Saya juga mengumpul koleksi Star Wars.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu mesti wajib pergi. tak payah pergi oversea

      Delete
    2. budak2 suka le pegi tempat mcm ni..:-)

      Delete
  5. Replies
    1. kalau ada of cse boleh ..tapi apa yg akak tahu kena renew every year..

      Delete
  6. X pernah jejak kai kat sini lagi ...kena pi jugak nanti..

    ReplyDelete
  7. Mahalnyaa harga keychain. Memang tak terbeli bebanyak la. Tapi tempat dia memang menarik..

    ReplyDelete
  8. Orang Johor tapi tak pernah pergi..huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kwn akak org Muar pun tak pernah sampai

      Delete
    2. untung org johor ada legoland :)

      Delete
  9. Plan nak pergi..tapi kena bajet betul2 ni..semuanya mahal..hihi

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)