30 August 2014

LEGOLAND STAR WARS MINILAND TARIKAN TERBARU DI LEGOLAND JOHOR

Pstttttt, ada sesiapa kat sini suka main LEGO? Atau masa kecik-kecik berangan jadi Jedi Knights? tak pun Young Padawans? Urm, Sith Lords mungkin? Straight to the pointlah, anda minat filem Star Wars ke tak???! Hahaha.. Kerana ada sesuatu yang lebih hebat bakal dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi di Legoland Johor Bahru.

Sempena ulang tahun kedua Legoland Johor Bahru, Legoland dengan bangganya mengumumkan tarikan terbaru di Legoland Johor Bahru, Lego Star Wars  Miniland Model Display. Walaupun aku dah pernah pergi Lego Star Wars  Miniland Model Display di Legoland Windsor, tapi aku gembira bila mereka mengumumkan perkara ini. Horeyyyy!!! Lain negara, lain pengalamannya.

#throwback Star Wars Miniland di Legoland Windsor

Maklumlah, feeling-feeling nak merdeka ni, kenalah patriotik sikit. Mahu tak bangga? Negara sendiri dah ada Legoland, tak perlu pergi jauh dah. Tambah pula Lego® Star Wars  Miniland Model Display yang bakal dibuka tak lama lagi. Of course, aku tak sabar nak jadi antara yang terawal untuk menyaksikan sendiri kehebatan Lego Star Wars  Miniland Model Display ni.

Lego Star Wars  Miniland Model Display di Legoland Johor Bahru ni sangat istimewa. Sebab ia dibina di sebuah bangunan yang berbentuk oktagon dan mempunyai lebih dari 2000 model Lego dan menggunakan lebih daripada 1.5 juta brick lego. Tak dapat ku bayangkan kehebatannya. Hehehe.

Aku jangka, ia adalah satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Walaupun Lego Star Wars  Miniland Model Display dibina di dalam bangunan dan tertutup, ia mampu memberikan pengalaman yang berbeza untuk anda. Berjalan ke dalam dan melihat sendiri model-model lego sambil mengimbas kembali zaman kegemilangan Star Wars. Ehem, ingat lagi tak Star Wars : The Clone Wars?

Kos pembinaan Lego Star Wars  Miniland Model Display menelan belanja lebih dari RM6 juta. Fuh, berpeluh aku dengar. Nak tahu pasal Lego Star Wars  Miniland Model Display ni kenalah tunggu entri seterusnya. Jeng, jeng, jeng...

Pelbagai aktiviti berkaitan  dengan Star Wars bakal berlangsung di Legoland Johor Bahru dalam bulan September ni. Untunglah siapa duduk Johor Bahru. Hari-hari boleh pergi Legoland kan? =)

 Antaranya ialah :
 :: FREE TICKET bagi kanak-kanak yang berpakaian mengikut tema Star Wars
 :: Pemegang PAS TAHUNAN boleh menikmati special review dari 1 hingga 5 September

Untuk keterangan lanjut, bolehlah layari 

Website :

Instagram :

Jangan lupa baca Entri Lama : Legoland Windsor

Kantoi, Curi-Curi Main Lego.. Hahaha

12 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)