17 September 2014

SINGGAH PETANG DI SWEE KANG AIS KACANG KUCHING

SWEE KANG AIS KACANG JALAN HAJI TAHA REVIEW | Bila orang sebut KUCHING je, kat kepala aku dah terbayang-bayang, SWEE KANG atau air batu campur. GULP!!! Meleleh air liur terkenang kesedapan ais kacang yang terdapat kat SWEE KANG ni. Sedapnya!

Selain TOPSPOT, SWEE KANG AIS KACANG juga boleh tahan famousnya. Perniagaan ais kacang ini diwarisi dari turun temurun dan rata-rata pelanggan bukanlah dari kalangan Cina. Ada juga bangsa lain seperti Melayu dan India. 

Tapi jangan terkejut, kalau aku cakap hampir 70% dari pelanggan kat SWEE KANG AIS KACANG ni adalah Melayu.  Tauke kedai ni pun very friendly dan melayan pelanggan yang datang secara adil dan saksama. Cewah!! Hahaha. Eh, tak mainlah racist-racist kat Sarawak. No, no, no..!!

swee kang kuching
Suasana di SWEE KANG

SWEE KANG AIS KACANG ni tak pernah sunyi. Sentiasa dipenuhi dengan kehadiran pelanggan yang dahagakan ice kacang. Ada tu yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak makan Swee Kang ini.. Ehem, akulah salah seorang daripada mereka. Haha. 

SWEE KANG
Gambar Pengasas Swee Kang

SWEE KANG AIS KACANG ni memulakan perniagaannya pada tahun 1953. Malaysia pun belum wujud lagi time tu. Lokasi pertama SWEE KANG adalah berhadapan dengan Balai Bomba Kuching tetapi kini SWEE KANG lebih maju dan lebih produktif di lokasi terkini SWEE KANG di Jalan Haji Taha. Kat sini ada dua lokasi, satu di rumahnya dan satu di kedai. Dua-dua di jalan yang sama.

Tu Dia Fresh Dari Ladang

SWEE KANG AIS KACANG mengamalkan open kitchen. Korang boleh tengok sendiri camana diorang buat ais kacang ni. So tak perlu ragu-ragu nak makan. Terdapat pelbagai perisa ais kacang, but dua yang aku suka adalah ais kacang jagung dan ais kacang durian. 

Ais Kacang di SWEE KANG ini tidak sama seperti di tempat lain. Ada satu rasa yang bakal membuatkan korang ketagih. Ingat trip 10 Hari Ke Kuching ??? Masa tu almost everyday aku pergi ke sini. Semua sebab ketagih!! 

SWEE KANG
Pelbagai Perisa Mengikut Citarasa
swee kang kuching
MINE

Selain ais kacang, kat SWEE KANG AIS KACANG juga ada gerai Bihun Belacan (MUST TRY), Laksa Sarawak, Rojak, Sotong Kangkung dan Char Kway 'Yam Cake'. But don't worry. No MEAT all all. Yang ada udang dan bahan-bahan sayuran lain.

laksa sarawak
Laksa Sarawak
belacan bihun
Belacan Bihun

Singgah Kuching, singgahlah SWEE KANG AIS KACANG. Swee Kang ini juga dah officially jadi TEMPAT WAJIB PERGI AKU KALAU KE KUCHING. Rugi tekak kalau tak dapat merasa kelazatannya. Percayalahhhhh!! Ops, terlupa pula nak bagitahu alamat. Nah, salin laju-laju.

SWEE KANG AIS KACANG
Lot 176, Jalan Haji Taha,
93400 Kuching, Sarawak.

Operation Hours :
Jumaat - Rabu 11 am till 8 pm
Ditutup Pada Hari Khamis

Facebook :
SWEE KANG KUCHING

Thank you SARAWAK TOURISM BOARD .. (^_^)

21 comments:

  1. sedapnya.......terliur air liur aku...haha

    ReplyDelete
  2. adoii…saya peminat ais kacang. memang terliur je tgk gambar2..someday kena rasa sendiri kalau ke sana.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap .... mesti try!!! try durian or corn flavour.

      Delete
    2. yg durian..pehh letak pula pulut dlm tu..

      Delete
    3. Mkn waktu cuaca panas. Pergh.. sedapp..

      Delete
    4. wah.. betul tu, time pnas2, mnum ais kcg.. the best!

      Delete
  3. Ni akak dh rasa...mmg sedap....bihun bekacan terbaik...ermmm terus rasa nk lg...

    ReplyDelete
  4. Bihun belacan? First time tahu. Tapi menariklah ais kacang dia sbb ada byk perisa.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tau ada tempat ni...ruginyaa..Lain kali pergi kene try ni..

    ReplyDelete
  6. Nnti kami dtg....br sampai kuching ni..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)