18 September 2014

FENOMENA PELIK DI MAEKLONG RAILWAY STATION THAILAND

MAEKLONG RAILWAY MARKET REVIEW | Dari Sarawak, kita beralih ke Thailand. Semasa kunjungan aku ke Bangkok baru-baru ni, kami sempat singgah ke MAEKLONG RAILWAY STATION. Pada mulanya, aku ingat ini Maeklong ni seperti market-market lain yang ada kat Bangkok. Tapi bila driver teksi explain barulah aku faham.

MAEKLONG RAILWAY MARKET (Mae Klong Market | Taladromhub) ni, adalah train market atau dalam bahasa Melayu, Pasar Keretapi (google translate sangat hoi). Dari Bangkok ke sini mengambil masa 45 minit hingga 1 jam bergantung pada traffic. Jarak dari Bangkok ke sini adalah lebih kurang 70 kilometer.  But worth la pergi sini, at least sekali seumur hidup untuk melihat dan merasai pengalaman di Maeklong Station ni.

maeklong station
Maeklong Station, Bangkok

MAEKLONG RAILWAY MARKET ibarat pasar tani. Dibuka di waktu pagi dan di bawah payung. Sebab tu ada yang menggelarkannya sebagai 'folding umbrella market'. Kat sini jual barang-barang groceries seperti sayur-sayuran, daging, seafood dan lain-lain lagi di atas landasan keretapi. 

Namun, apabila sebuah keretapi nak tiba, cepat-cepat diorang tutup. Zapppp, zupppp, zappppp, SETTLE! Pantas gila mengemas. Kalau aku dah surrender dah. Tak sampai 5 minit, pengsan nak kemas. 

maeklong station kisah tatie
Kisah Tatie WAS Here

MAEKLONG RAILWAY MARKET ini terletak di daerah Samut Songkhram. Laluan yang sama untuk ke DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET. Masa kami sampai tu, kawasan persekitaran belum dikerumuni orang ramai lagi. Agak tenanglah. 

maeklong station kisah tatie
Beberapa Minit Sebelum Keretapi Sampai

Kalau di bahagian market menjual barang basah, berlainan pula di stesen. Kat sini ada jual souvenir seperti bag, ada juga kedai makan dan lain-lain. Tapi orang ramai lebih bertumpu ke arah pasar basah. Sebab kat sana lah kita bakal menyaksikan fenomena pelik.

maeklong station
Lubuk Rezeki Depa
Tourist Menunggu Keretapi

Sebenarnya agak mencabar jugalah berniaga kat MAEKLONG RAILWAY MARKET ni. Peniaga kena cekap dan pantas kerana masa yang sangat terhad untuk mereka kemas dan simpan barang-barang mereka. Kata abang driver teksi, keretapi kat sini tak on time. Kengkadang delay, kekadang cepat. Memang susahlah kalau macam tu. 

Dalam sekelip mata je semua berubah. Cepat betul diorang buat kerja. Bukan setakat masa, risiko pun tinggi. Lepas diorang kemas, diorang akan berdiri di tepi landasan. Terdapat beberapa insiden maut yang berlaku sebelum ini di MAEKLONG RAILWAY MARKET.

malaysia travel blogger
Me & Ajikah
maeklong railway market
Railway Market
MAEKLONG RAILWAY MARKET
Termenung Apa Tu Kak?
Fresh
maeklong station
Pernah Rasa?
MAEKLONG TRAIN MARKET
Beli Apa Tu Kak??
thailand train market
SPOT ME

Semakin lama semakin ramai yang datang ke MAEKLONG RAILWAY MARKET ni. Sesekali bertembung dengan beberapa group dari Malaysia. BTW, diorang ni semua excited nak tengok fenomena pelik di Maeklong Station ni. MAEKLONG RAILWAY MARKET ini juga pernah digelar sebagai MARKET PALING BAHAYA KAT DUNIA. @_@ 

Padat Dengan Manusia

Dan masa yang ditunggu-tunggu telah tiba .....

kisah tatie
Gigih Amoi Ni
Kemas Jangan Tak Kemas
Tu diaaa, dah sampai...
maeklong train market
Semakin hampir ...

Peniaga-peniaga ni dengan selamba berdiri kat tepi landasan tu dalam keadaan sempit. Cuak betul aku tengok diorang. Kalau kat Malaysia dah kena jerit dah. Agaknya diorang ni semua dah lali, walaupun terdapat banyak kes kematian yang berlaku kat sini.

maeklong train market
Inilah Keretapinya
maeklong train market
Rasa Macam Selebriti Pula Penumpang Kat Dalam Tu

Selepas je bahagian akhir keretapi ni berlalu, peniaga-peniaga ni cepat-cepat kemas balik barang mereka dan business kembali berjalan seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku.  

Semua Berebut Nak Ambil Gambar
maeklong train market
Dari Sunyi Menjadi Kecoh
Jom Kita Naik Keretapi
Keadaan Dalam Keretapi

Sesuatu yang baru bagiku. Lain dari yang lain. Kalau nak feeling hindustan berjalan atas landasan pun boleh. Hahaha. Ikut suka anda. ~

24 comments:

  1. mmg boleh feling2 hindustan ni ;) btw thanks 4 sharing..

    ReplyDelete
  2. Awesome experience tu.... hehehe

    ReplyDelete
  3. oh, pernah dengar tengok pasal market nie dalam dokumentari. kat situ rupanya ye..untung tatie dapat experience sendiri depan mata. yg tgk kt tv pun dah berdebo semacam..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. nanti pergilah bila ada kelapangan. :)

      Delete
    2. Femes jugak stesen ni. Unik.

      Delete
    3. memang unik, 1st time tgk org berniaga sblh lndasan cmtu, tak takut ke?huu

      Delete
  4. Wow....dh masuk wishlist....harus pergi ni.....sesuatu yg sgt2 menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, teringin nak tengok keadaan stesen ni.. sangat menarik.

      Delete
  5. Scary gak ni. Dekat ja org dgn kereta api yg lalu tu.

    ReplyDelete
  6. wah...unik...unik..
    Kat Malaysia nak dekat dengan landasan pun tak boleh..
    Kawasan bervoltan tinggi..hehe

    ReplyDelete
  7. Senangnye ko makcik gi naik teksi..iolls naik keretapi jugak ke sini

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)