SEBAB-SEBAB KENAPA AKU MENOLAK UNTUK MUNCUL DI BELLA NTV7

By | 3/11/2014 05:29:00 pm 15 comments
Hi, assalamualaikum. 

Malaysia Airlines MH370 hilang. Terdapat pelbagai spekulasi muncul. Lepas satu-satu. Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH 370 ini telah menarik perhatian pelbagai negara untuk menghulurkan bantuan. Hari semakin bertambah, jumlah bantuan pun kian meningkat.. tapi dimanakah pesawat ini hilang? Sumpah saya pening. Ayuh, mari kita berdoa untuk MH370 . | Doa untuk MH370.

Secara tak langsung, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 ini juga memberi tempias kepada crew dan ahli keluarga Malaysia Airlines dan baru-baru ini saya mendapat jemputan daripada Bella NTV7 untuk muncul di kata TV sempena Program 'Bella Prays For MH370'.

Untuk segmen ini, Bella NTV7 telah menjemput beberapa orang isteri juruterbang untuk tampil dan berkongsi cerita dan pendapat mengenai insiden ini. Tetapi malangnya, saya terpaksa menarik diri di saat akhir sebab saya ni takdelah pro sangat pun nak bercerita pasal ni. Lebih baik bagi mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang ni.

email from Bella

Rasa serba salah juga untuk menolak tapi saya lebih suka berkongsi di blog berbanding memberikan pendapat melalui kata-kata. Sorry Bella. Maybe next time. Saya pun tak ready. Mata sembab dek sebab tak cukup tidur dan rehat. Back to back events, balik study pasal MH370 .. menangis, risau dan macam-macam lagi. Kesimpulannya, mood memang tak berapa nak stabil sejak kebelakangan ini. 

Saya pun jarang cakap mengenai 'family'. Siapa tahu, tahulah. Siapa tak tahu, pedulikanlah. Sampailah kehilangan MH370, barulah saya bersuara. Dari awal perkenalan, saya dah set kat minda, tiada apa yang boleh dibanggakan bila bercouple, bertunang mahupun berkahwin dengan 'si juruterbang'. Risiko tinggi. Anytime saya boleh jadi balu. Bukan doa, tapi kenyataan. Hakikatnya pun, saya tak suka sangat pekerjaan dia ni. Bahaya dan selalu tiada kat rumah.

salah satu tweet dari Ramzi Mohamad

Mungkin ramai yang beranggapan, seronoknya jadi isteri pilot, seronoknya tiket free, seronoknya itu.. seronoknya ini. Haih, duniawi semata-mata! Terbalik pula dengan saya, saya selalu fikir, "Seronoknya kalau laki aku tiap-tiap hari ada kat rumah". Time tersangatlah limited. Ada orang tanya, paling lama berapa hari dia takde kat rumah? Nak tahu jawapannya? 6 hari -  dua tiga hari cuti kemudian kerja balik. Seronok ke?

Kalau cakap pasal tiket, tak payah jadi juruterbang. Korang kerja ticketing pun dapat diskaun. Sama je. Cuma 'kami' istimewa dalam bab-bab tertentu sahaja. Apa dia? Biarlah antara kami sahaja yang tahu. Mengenai Boeing 777, flight ini adalah antara flight kegemaran saya. Kalau ke Paris, Istanbul, Amsterdam atau Frankfurt, itulah flight yang korang akan naik.

soalan-soalan Bella 

Jadi, saya akan jawab segala pertanyaan Bella di blog sahajalah.

Soalan No 1 
Pagi semasa kejadian, saya dapat call dari salah seorang ahli keluarga bertanya mengenai kejadian ini. Ingatkan rumors. Maklumlah, MAS jarang terlibat dalam kejadian seumpama ini. Kalau tengok rekod pun, MAS cemerlang (last case masa Tanjung Kupang). Kemudian, apabila mereka sahkan MH370  tu hilang adalah benar. Argh sudah! Kemudian saya dapat tahu, kawan Encik H, Fariq Abdul Hamid adalah co-pilot pesawat MH370. Memang agak sedih dan dalam kepala asyik tertanya-tanya, 'why MAS?"

Soalan No 2
Of course. Bukan sebab saya jeles, takut dia menggatal dengan stewardess ke apa (orang tanya soalan merepek ni), tapi kehilangan pesawat MH370 ni adalah umpama mimpi ngeri menjadi realiti. Takut! Setiap kali dia pergi kerja, saya akan tunggu dari mula dia melangkah keluar sehinggalah dia sampai ke hotel. Demi memastikan dia selamat sampai dan balik.

Soalan No 3
Kami jarang bergayut dalam telefon, sebab saya tak berapa suka bercakap dalam phone. Seperti saya cakap kat atas tadi, I will make sure dia selamat sampai airport, selamat naik flight dan selamat sampai ke destinasi. Usually hanya menerusi whatsapp. Saya pun busy dengan event blogger dan kerja lain. Jadi tiada masa nak menghadap phone. Just contact untuk update sekian, sekian. So kami tahu aktiviti masing-masing.

Soalan No 4
Selalunya saya akan check jadual kerja dia, bila dia sampai dan bila dia bertolak. Tapi pernah sekali tak dapat contact, terus google cari no phone hotel. hahaha. Tapi semestinya bila terjadi kejadian seperti MH370, saya akan terus rujuk kepada Malaysia Airlines. 

Soalan No 5
Rasanya soalan ni dah terjawab di entri sebelum ini. Tapi memang kehilangan MH370 ini memberi kesan mendalam terhadap diri saya. Lebih-lebih lagi trauma semasa pulang dari Boracay tahun lepas tak hilang lagi. Bila insiden-insiden seperti ini berlaku, secara tak langsung buat saya trauma. Sumpah, bila dikenang kejadian dahulu, sampai sekarang takut. 

Soalan No 6
Saya berharap pesawat Malaysia Airlines MH370 dijumpai dengan segera. Tolong hentikan sebarang spekulasi mengenai juruterbang. Anda tak layak judge mereka. Baik Kapten Zaharie mahupun Fariq. Jangan cepat percaya dan cepat melatah terhadap sebarang isu mengenai pesawat ini. Hentikan menyebarkan berita-berita yang belum disahkan benar. Tolong jaga hati family anak kapal dan penumpang yang terlibat.

kenangan terakhir bercuti bersama arwah abah pada tahun 2004
 dengan menaiki boeing 777 (sweet memory)

Pray for MH370  || Pray for all crews & passengers MH370
DOA UNTUK MH 370
Newer Post Older Post Home

15 comments:

  1. Ada hikmat menolaknya. Mungkin ada rezeki yang tidak disangka-sangka nanti.

    ReplyDelete
  2. wow! proud of u sis ! :D #PRAYFORMH370

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Jom pakat doakan untuk Malaysia Airlines MH370 :)

      Delete
  3. ada hikmah di sebaliknya bersabarlah

    ReplyDelete
  4. kdg2 keputusan yg kita buat itu adalah yg terbaik walaupun dgn mata kasar nampak kerugiannya

    ReplyDelete
  5. Moga ada hikmah di sebalik semua ni..

    ReplyDelete
  6. Ntah apa cerita...mh370 hilang begitu shj...oh baru akak tau tatie isteri kepada pilot....

    ReplyDelete
  7. al fatihah buat arwah absh Tatie

    ReplyDelete
  8. oo..ptut la Tatie sng nk attend event..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane