Melayari Cruise Tasik Putrajaya | Mengelilingi tasik, melihat sunset sambil menikmati urutan kaki di sebuah cruise memang mengasyikkan. Begitulah pengalaman selama 1 jam 30 minit di atas Cruise Tasik Putrajaya pada minggu lepas bersama selebriti tempatan, Sahabat Media dan Tourism Malaysia.
Memang dah lama tak ke sini. Seingat saya, kali terakhir adalah masa lawatan sekolah masa darjah enam kot. About 14 years ago. Phewww, lama tu. Jadi, bila Sahabat Media buat trip ke sini, saya terus excited. Tambahan lagi, kini terdapat pakej-pakej baru di Cruise Tasik Putrajaya seperti Dining@Daun, Moonlight Cruise, Love Boat, Cruise & Learn, Cruise & Hunt dan Footloose & Cruise.
Dan bagi yang tak pernah ke sini. Cruise Tasik ini terletak di Jambatan Putra, Presint 1 Putrajaya. Ala, dekat dengan pejabat Perdana Menteri (Bangunan Perdana Putra) dan Masjid Putra tu. Kawasan sini sering menjadi tumpuan orang ramai, khususnya first timer yang baru jejak kaki ke Putrajaya.
berebut maskot.. haha
Jadi, pada hari tu, pakej yang disediakan buat kami adalah FootLoose and Cruise. Pakej FootLoose and Cruise ini unik sebab ia merangkumi urutan spa kaki, persembahan muzik dan hidangan buffet koktel. Bagi sesiapa yang nak merasai macamana nikmatnya layan urutan spa kaki sambil mengelilingi tasik, jomlah ke sini. Dengan harga RM150 seorang dan tempahan minimum seramai 30 orang, anda boleh mengelilingi tasik selama satu setengah jam. Perghhh, layan habis!
jeti
kapten kapal
Seri's Spa
Kawasan tasik Putrajaya ini adalah seluas 650 hektar dan Cruise Tasik Putrajaya dengan rasminya menjadi anak syarikat Perbadanan Putrajaya pada 1 Julai 2013 yang menyediakan kemudahan rekreasi kepada para pelancong yang datang berkunjung ke Putrajaya.
Lebih menarik lagi, para pengunjung boleh memilih samada nak naik bot penumpang atau gondola berbentuk perahu tradisional melayu untuk mengelilingi tasik Putrajaya ini. Menarik kan? Antara bot-bot yang sering menjadi pilihan adalah Daun, Sebarau, Belimbing dan Kelah.
suasana dalam cruise
hidangan cocktail
now, jom naik ke atas pula ..
blogger travel, Ramble and Wander (link)
Sebelum ke Cruise Tasik Putrajaya, kami ke Doraemon Expo terlebih dahulu. Memang penatlah, ke sana ke sini. Lebih-lebih lagi saya tak join naik bas or dalam erti kata lain, drive sendiri. So, bila dapat peluang urutan spa kaki, memang awesomelah. Mana boleh lepas peluang macam tu saja. Ye dop?
Untuk Urutan Spa Kaki ini adalah dengan kerjasama Seri's Spa. Seri's Spa ni mempunyai cawangan lain iaitu di Bandar Seri Putra Bangi dan Taman Subang Bestari Shah Alam. Tapi mana nak sama pengalaman buat treatment di atas cruise dengan spa. Memang berbeza!! Nak pulak disajikan dengan pemandangan tasik yang indah dan menenangkan.. Haaa, cuba bayangkan? :)
Hehehe .. haruslah bersama anak gajah, kitepunyedotcom
sebenarnya aku ni penggeli.. haha
"haih, macamana nak urut kaki si penggeli ni" hahaha
terima kasih Seri's Spa.. (^_^)
Selain tu, kami turut didendangkan dengan liveband dan korang juga boleh berkaraoke kat dalam cruise. Tapi, aku tak nyanyilah. Karang karam cruise ni pula, siapa nak jawab? Hahaha.
liveband
Sambil makan, sambil menghayati pemandangan ..
Kami dibawa mengelilingi tasik dan juga menghayati pemandangan beberapa tempat menarik seperti Perdana Putra, Masjid Putra, Darul Ehsan Palace, Millennium Monument, Masjid Tuanku Mizan, Jambatan Monorel, Marina Putrajaya, Jambatan Seri Gemilang, Taman Wawasan, Jambatan Seri Saujana, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Seri Satria dan banyak lagi.
sunset
sambil ber-facetime pun boleh
me, beki dan kitepunye
"Bergosip di atas kapal.. kau hade??"
kat atas cruise juga terdapat dua toilet
dan yang terakhir.. Ruang Menunggu kat jeti
Pakej Lain di Cruise Tasik Putrajaya
Dining @ Daun, Putrajaya
Merancang kejutan untuk orang tersayang? Mungkin ini idea menarik untuk anda. Dengan pakej Dining @ Daun, anda boleh menikmati brunch, lunch, high tea atau dinner di atas bot. Tempahan minimum sekurang-kurangnya 15 orang. Okaylah tu, sekali belanja satu family naik cruise.
Harga Pakej Dine @ Daun Putrajaya
Brunch RM120 (adult) RM88 (children)
Lunch RM130 (adult) RM98 (children)
High Tea RM120 (adult) RM88 (children)
Dinner RM130 (adult) RM98 (children)
* adult +RM20 untuk hari Jumaat-Ahad/Public Holiday*
Waktu Operasi Dine @ Daun
10 pagi - 9.30 malam
_________________________________________________________________
Moonlight Cruise, Putrajaya
Pakej ni hanya pada hari Jumaat dan Sabtu, pada jam 8.30 malam dan 9.30 malam sahaja. Istimewa sebab anda boleh menikmati pemandangan indah sekitar Putrajaya yang dilimpahi lampu-lampu malam.
Harga Pakej Moonlight Cruise Putrajaya
Sight Seeing Cruise Boat RM30 (adult) dan RM25 (child)
Perahu Dondang Sayang RM20 (adult) dan RM10 (child).
Waktu Operasi :
Setiap Jumaat - Sabtu
8.30 malam dan 9.30 malam
_________________________________________________________________
Love Boat, Putrajaya
Ini paling romantik!!!! Sila kasi hint-hint kat pasangan anda ye. Untuk pakej Love Boat ni, perahu Dondang Sayang sering menjadi pilihan buat pasangan yang mahukan kelainan bagi menghidupkan suasana romantis. Pengalaman manis sambil meraikan tarikh-tarikh penting seperti anniversary mahupun birthday takkan dapat dilupakan bagi pasangan-pasangan yang datang ke sini.
Harga Pakej Love Boat Putrajaya
RM250/jam (Isnin-Khamis)
RM350/jam (Jumaat-Ahad).
_________________________________________________________________
Cruise & Hunt
Tambahkan ilmu dengan menerokai tempat-tempat menarik di sekitar Putrajaya melalui pakej Cruise & Hunt. Pakej ini sering menjadi pilihan pelajar-pelajar sekolah yang datang berkunjung ke sini. Pakej berbentuk ilmiah ini dapat membantu pelajar-pelajar sekolah bagi mendalami pelbagai peristiwa menarik di Menara Alaf Baru dan paling menarik, insentif untuk sekolah juga turut disediakan. Tempahan minimum 40 orang/pakej.
Harga Pakej Cruise & Hunt Putrajaya
Bermula dari RM30/pax
Waktu Operasi :
Isnin - Ahad | 10 pagi - 3.30 pm
_________________________________________________________________
Cruise & Learn
Bersiar-siar sambil tambahkan ilmu pengetahuan. Para pelajar akan didedahkan dengan sejarah Putrajaya dalam bentuk yang sangat menakjubkan. Pakej ini bukan sahaja untuk pelajar sekolah, malah pelajar universiti juga boleh menyertainya. Insentif untuk guru dan sekolah juga turut disediakan. Tempahan minimum 40 orang/pakej.
Harga Pakej Cruise & Learn Putrajaya
Bermula dari RM18/pax
Waktu Operasi :
Isnin - Ahad | 10 pagi - 3.30pm
_________________________________________________________________
Okaylah kalau berminat ... nak merasai pengalaman sama seperti saya
Tunggu apa lagi.. hubungi mereka sekarang
Alamat :
Cruise Tasik Putrajaya,
Jeti Putra, Jambatan Putra, Presint 1,
Putrajaya
No Tel :
03-88885539
Email :
sales@cruisetasikputrajaya.com
Facebook :
Instagram
Terima Kasih Tourism Malaysia, Santai Travel & Sahabat Media
(^_^)
At this time it sounds like Wordpress is the best blogging platform available right now.
ReplyDelete(from what I've read) Is that what you're using on your blog?
My web site: coach outlet online
:D
Deletebbl...lwk jer awk ni ye..senyum sokmo
Deletedatin - datin uollls
ReplyDeletehi dato' =p
Delete:D
Deletehehe..well...
DeletePersonal and business often work well ooff the same hosting,
ReplyDeleteyou really don't have to have a dedicated server unless your Google or Facebook.
Watch out for charges on extra features like, FTP, SQL databases, etc, if they are charging you
for standard features like that, chances are they will cheat youu out of your money.
Second, your bounce rate will be a lot higher on
slow servers, since most visitors are not willing to wait even five seconds for your site to load.
Feel free to surf to my blog web hosts
thank you for spamming my entry. hahaha =P
Delete:D
DeleteTatie...spammer tu mmg x jemu kcau entry u dear
Deletewahh..seronoknya.. huhuhu.. tk dpt p ritu..klu tak leh feeling2 titanic.. ahakssz.. :)
ReplyDeletehttp://www.norainyusoff.com/2014/03/tutorial-shawl-labuh-dengan-gunakan.html
kenapa tak join hari tu?
Deleteala melepas event best
Deletebestnya ..x pe la Norain..mybe ada rzki lain next time
Deletewow..not bad harganya :-)
ReplyDeleteboleh suggest company buat event kat sini
Deletecompany besar boleh la kot..hee
Deletebestny :)
ReplyDelete:-)
Deletelive band..suka3
DeleteMenarik menarik. Banyak pakej boleh pilih. ;)
ReplyDeletebetul nak buat majlis boleh la cuba nanti
Deletepilih2...yg pasti kena,sediakn duit je ;-)
DeleteWah...best kan...dpt bersiar dpt urut kaki plak..
ReplyDeletekan..makan kenyang lepas tu urut kaki kat atas boat
Deleteikutkn lps mkn x leh urut tpk kaki x elok utk penghdman...
Deletebesar jugak kapal cruise sampai buat jamuan makan2 lagi
ReplyDeletepernah naik yg ronda tasik tu je..
Deleteteringin nk sambut anniversary ats love boat tu tp fikir per hour mhl sgt..rsanya pi holiday lg best kot..:-)
ReplyDeleteHAHAHHAHA gugel2 sampai sni plak ye :)
ReplyDelete