22 March 2014

AYAM GHANTARI - MENU BARU DI PUCHONG

Ayam Ghantari yang terletak di Lokas Makana adalah antara tarikan baru di Puchong Utama. Berkonsepkan gerai terbuka, ia terletak di Medan Selera yang tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Puchong, Selangor. Haaa, siapa penduduk Puchong kat sini?

Ayam Ghantari bermula apabila sekumpulan kawan pergi bercuti di Bali dan mendapat idea di sana untuk menghasilkan resepi baru yang dinamakan sebagai Ayam Ghantari. Ayam Ghantari ini adalah di bawah company Planet Grill Network yang berpusat di Bandar Damansara Perdana. 

Keistimewaan Ayam Ghantari ini, semua ayam-ayam yang digunakan di sini adalah ayam kampung organik yang asli tanpa suntikan. Jadi makanlah sepuas-puasnya, sebab dijamin selamat!

gerai Ayam Ghantari

Lebih istimewa ayam, burung puyuh dan iga (daging) kat sini diadun dengan resepi rahsia dan dibakar mengikut citarasa nusantara. Saya tengok pun dah terliur, belum lagi makan. Gulp!  Korang bolehlah pilih nak makan dengan nasi putih atau kentang goreng. 

Tapi bagi saya, lagi best makan dengan nasi sebab dihidangkan sekali dengan kerepek tempe dan kerepek paru yang rangup yang diimport khas dari Indonesia. Walaupun saya takde kena mengena dengan darah jawa, tapi saya gila tempe tau. Hahaha. Nak pula pekena tempe kat sini, perghhh terangkat!

nampak tak kesedapan dia?

Sesi food review di Ayam Ghantari ni turut dimeriahkan dengan kehadiran blogger-blogger lain. Antaranya Nannie Isa, Nazlan Nasir, Atika Ramlan, Putery Memory, Kiefli Mali, Abam Pojie, Mawardi Yunus dan Khai Budak Pacak. Memang berselera sungguh kami pada malam tu lebih-lebih lagi Mawardi. Eh?

makanan-makanan yang bakal dihidangkan

Antara makanan-makanan yang kami rasa pada malam tu adalah :

Set Ayam Bakar Ghantari dengan Kentang Goreng RM7
Set Ayam Bakar Taliwang dengan Nasi RM7
Set Barongan (Mix Iga dan Ayam) Ghantari RM20
Set Iga Bakar Ghantari dengan Nasi RM12.90
Set Iga Bakar Taliwang dengan Kentang Goreng RM12.90

Sebenarnya banyak lagi yang kami makan pada hari tu. Tapi malangnya, saya terlupa nak ambil gambar. Teruja benar melihat makanan yang dihidangkan. Hehehe. Ampun!

Korang boleh membuat pilihan .. Samada nak

Nasi (dengan kerepek paru and kerepek tempe) atau Kentang Goreng
dan
sos Ghantari atau Sos Taliwang

Harga adalah sama untuk nasi dan kentang goreng.

Set Ayam Bakar RM7
Set Burung Puyuh RM7
Set Barongan RM20
Set Iga Bakar RM12.90

Terdapat juga set kombo untuk anda :

Pakej Berdua (2 hidangan) : RM 13
Pakej Bertiga (3 hidangan) : RM19.50
Pakej Berlima (5 hidangan) : RM32.50
Iga Bakar Full Rack (4 ketul tulang rusuk) : RM35

blogger-blogger yang hadir
owner Ayam Ghantari

yang membezakan Ghantari dan Taliwang adalah SOS yang digunakan..


Ghantari (kanan) Taliwang (kiri)
Ghantari lebih manis  + Taliwang Lebih Pedas

credit to Ayam Ghantari's Facebook
credit to Ayam Ghantari's Facebook

Yang pasti saya akan berkunjung ke sini lagi ... Bagi sesiapa yang nak rasai keenakan ayam bakar di Ayam Ghantari ini, bolehlah berkunjung di Medan Selera Lokas Makana. Alamatnya :

Medan Selera Lokas Makana
No 15 A, Jalan PU 13/2, 
Taman Puchong Utama, Puchong, 
Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi Medan Selera Lokas Makana : 
6 petang - 12 malam

Facebook Ayam Ghantari :
Ayam Ghantari Puchong

Website Ayam Ghantari :
Ayam Ghantari

Bagi orang Perak, ada berita baik untuk anda. Franchise Ayam Ghantari akan dibuka di negeri Perak tidak lama lagi. Ahaaa, jadi tak perlu susah payah pergi Puchong. Jangan lupa like Facebook Ayam Ghantari untuk mendapatkan maklumat terkini daripada mereka. =)

P/s: Cuma yang tak syoknya, ia adalah medan selera dan anda kena beli air di tempat yang berasingan. Alahai, leceh! Nasib dapat counter balik perasaan sedih dengan kelazatan Set Barongan yang saya makan. NgehNgehNgeh. =P

17 comments:

  1. Sedapnyaaaa T_T Baru lepas lunch, tengok makanan tu semua terus berbunyi perut

    ReplyDelete
  2. Wow... selera tengok. Nak singgah jugalah nnti. Thanks sharing ye Tatie.. :)

    ReplyDelete
  3. Fuh nasib baru baru lepas makan, kalau tak menangis tengok gambar2 ni. hehehe

    ReplyDelete
  4. IM bukan org jawa juga tp first time try tempe terus terpikat. Hehe

    ReplyDelete
  5. Menarik ni....x pernah lg mkn ayam mcm ni....looks tempting

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..nmpk menyelerakan..mkn pns2 pehh...

      Delete
  6. Bagusnya semua guna ayam organik...one day i shoukd try it..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)