9 February 2014

BERKAYAK DI KRABI THAILAND

Hello.

Sedikit kelewatan entri Krabi bagi ruang sedikit untuk 'Kami Histeria' dan 'Belvya' sebab diorang lagi power. Hahaha. Cerita seterusnya ini, aku ingin berkongsi pengalaman berkayak di Krabi. Pengalaman cukup istimewa. Aku pasti ada di antara korang pun pernah berkayak kat sini bukan?

Terus terang aku cakap, aku bukannya 'beach girl'.. Bila pergi ke sesuatu tempat, aku pasti mencari kelainan. Tak mahulah pergi pulau semata-mata untuk mandi, snorkeling dan lain-lain. Jadi, untuk hari ketiga ni, siang-siang lagi kami dah tolak trip ke 4 islands. We want something different! Hoyehh!

Bermula hari dan seterusnya ini juga, kami dah berpecah. Maka, tinggallah aku bersama Rasyiqah. Alhamdulillah, pada mulanya agak gentar. Maklumlah kami ni dua-dua perempuan. Apa-apa terjadi adalah risiko kami sendiri. Tapi apa nak takut, kata pun pergi berdua. Atas decision sendiri, berani pergi, beranilah hadapinya. Hehehehe

Perjalanan Hari Ketiga

Untuk hari ketiga ni, kami ambil pakej di kaki lima Ao Nang. Betul lah kata orang, tak perlu risau dan gelabah untuk cari pakej-pakej ni. Pergi sahaja kat sepanjang jalan tu. Berlambak-lambak! Haaa..

Dengan bayaran 450 baht/seorang (harga aktiviti kayak di Krabi). Okaylah tu kan? RM45 untuk berkayak sejauh 6km. Tapi aku tataulah kot-kot boleh dapat yang lagi murah dari ni. Ngee.

Dan pada hari tu, cuma kami berenam sahaja termasuklah tourist guide yang handle kami. Dua dari Malaysia, dua dari Amsterdam dan seorang dari Norway. Tak perlu ramai-ramai. Cukuplah berenam. Lagi erat dan boleh bertukar cerita serta berkongsi pendapat. Ye dok? Hehe.

Sebenarnya, ada lagi yang lain. Cuma mereka di agensi yang berbeza. Korang akan jumpa diorang kat sana nanti. Hehehehe.. Tapi sebenarnya, kalau lagi sedikit lagi bagus. At least, tourist guide ni fokus kat korang. I know some of you maybe first time berkayak. Jadi, lagi better pilih yang sedikit. Sekurang-kurangnya tumpuan lebih kat korang nanti. 


Dari Ao Nang ke tempat ni sebenarnya agak jauhla jugak. Lebih kurang sejam atau 45 minit macam tu. Terletak di Ao Thalane. Ada dua pakej, satu sampai petang dan satu lagi sampai tengahari. Sampai petang tu siap masuk gua dan lunch lagi. Tapi kami tak sempat nak ambil yang tu. Sebab by 3pm kena bergegas pergi tempat lain pula. Maybe next time. Insyallah.

kat sini juga ada kedai ice-cream dan resort kecil

sesi suai kenal. haha

haa, tempat camwhore. 

kita minum dulu

Okaylah.. sebelum merapu ke laut. Jom kita layan~
perjalanan bermula di sini
posing sebentar
Rasyiqah dah cuak.. haha

Ini adalah kali kedua aku berkayak. Kali pertama, masa aktiviti campung masa join Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Laut (PKBML) masa zaman sekolah dahulu. About 10 years ago! Phew.. dan untuk Rasyiqah, ini kali pertama dia berkayak. Jadi untuk siapa lebih berpengalaman, dia kena duduk belakang. Owh, begitu.

Kami membuat pilihan yang tepat. Subhanallah, cantik sungguh tempat berkayak ni. Biarpun air tak seindah di Phi Phi, tapi pemandangan bukit-bukau, gua, dan lain-lain lagi memang memukau mata sesiapa sahaja yang memandangnya. Tak hairanlah kalau kami berdua sahaja pelancong dari Asean, selebihnya dari Europe dan serata tempat.
cantikkan?
nelayan
singgah sebentar untuk bergambar
i'm in loveee
Ya, ampun. Sah buang tabiat
kami
yeahhh
selfie-time
nampak macam senang kan?

Tapi sedih juga sebab tak boleh pergi crocodile cave disebabkan air cetek. hurmmm. Takde rezeki. Sedih. Sobsobsob.

singgah lagi
niceeee
love from Krabi
sebenarnya boleh panjat atas lagi.. tapi takut! haha
fisherman
go Syiqah go!
fisherman cave
Tamat

Eh tak, tamat lagi. Selepas berkayak, kami ada sesi minum-minum. 
Hehehehehehe

anak-anak kecil Krabi

Tempat seterusnya adalah di Thalane Resort, Ao Thalane.

Thalane Resort
dijamu dengan buah-buahan segar
nap time
autumn .. eh?
buai laju-laju sampai pokok sena
chalet-chalet

sememangnya best. JOM BERKAYAK DI KRABI.
^_^


TRAVELOGUE - KRABI :
- Percutian Bajet ke Krabi Thailand (link)
- Sewa Motor di Krabi Thailand (link)
- Ao Nang View La Villa (link)
- Had Noppharathara National Park Krabi (link)
- Krabi Safari Elephant Trekking (link)
- Phi Phi Island Trip (link)
- Kayaking in Krabi (link)
- Krabi Weekend Night Market (link)
- Howdy Relaxing Hotel Krabi (link)
- Breakfast Sedap di Krabi (link)
- How To Go Hat Yai From Krabi (link)
- Day Trip to Hatyai (link)

48 comments:

  1. Adventure yang hebat di Krabi.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. cepat-cepat kahwin. nanti boleh honeymoon kat sini :)

      Delete
    2. betul tu. letak wishlist honeymoon di krabi

      Delete
  3. best gila2 la kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best. tapi kena tahan dengan matahari. kalau orang alergik matahari memang tak enjoy lah. haha

      Delete
    2. kena bawak sunblock banyak kan

      Delete
    3. aah, kena prepare sunblock tu kalau tak mest sunburn

      Delete
  4. Seronok. Nanti ada masa nak pergi jugak...

    ReplyDelete
  5. subhanallah..cantiknya view kat sana..

    ReplyDelete
  6. bestny, great view and fruits tu nmpk segar sgt!

    ReplyDelete
  7. Cantik teknik potong nanas. Hehe. Best dapat berkayak sambil tengok pemandangan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti lapar lepas penat kayuh kayak.. dapat pulak makan buah tembikai.. heaven

      Delete
    2. setuju, kalau dapat fruits fresh kluar dr peti ais ,sjuk2 lagi..wah..

      Delete
  8. Dgn harga mcm tu mmg sgt2 berbaloi...pemandangan pun cantik sgt2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu memang puas hati betul

      Delete
    2. betul tu, tak kisah lah harga berapa, dpat pengalaman n kenangan mcm ni memang berbaloi

      Delete
  9. Untunglah dapat peluang berkayak.. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang-alang sampai sini mesti cuba semua aktiviti

      Delete
    2. betul tu, kalau tak rugi je datang jauh2 tapi tak try

      Delete
  10. Pemandangan sana sangat cantik!

    ReplyDelete
  11. nanti honeymoon nak pergi krabi la..

    ReplyDelete
  12. great view!! memang untung kak tatie dapat tengok view ni, nnt one day nak pergi jg :)

    ReplyDelete
  13. Berapa semua sekali habis dekat krabi?

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)