4 February 2014

AO NANG VIEW LA VILLA KRABI THAILAND

Jika semalam dah makan, dah sewa motor, dah pusing satu Ao Nang dan semua dah. Jadi hari ini kita ke hotel pula. Seperti yang saya beritahu semalam,  trip ke Krabi kali ini adalah ala-ala backpackers. Jadi semuanya kenalah seperti backpackers walaupun kadang-kadang tersasar sedikit. Erk!

Jadi, kali ini agak susah nak pilih hotel. Nak yang murah, tapi comfortable. Maksudnya tak nak tidur dorm ala-ala backpackers? arghh sudah! Dalam dua tiga hari jugalah menggodek cari hotel. Berkomunikasi dengan Rasyiqah melalui whatsapp. Seorang di Damansara, seorang lagi di Seremban. Hancur.

After few days, barulah kami buat keputusan. "Menginap di Ao Nang View La Villa Krabi sahajalah", kataku kat Rasyiqah. "Dekat dengan beach pun dekat, 8 minutes walks", tambahku lagi. Nasib Rasyiqah sekepala. Kalau ikutkan, temptingnya hotel-hotel kat Krabi ni. Menggoda sangat. Huh!

Tapi betul juga kata Rasyiqah. Duduk dalam bilik bukan 24 jam, entah-entah balik untuk tidur sahaja and guess what, memang betul pun. Balik jam 12am, besok by 6am dah kena bangun and get ready for the next activity. Takpe, next time I'll come again. Insyallah. 

and here, our hotel .... Ao Nang View La Villa Hotel,  Krabi.

kisahtatie

Hotel kami kecil sahaja. Bawah restoran atas hotel. Tapi tak menusuk pun bau makanan sampai ke bilik. Ternanti-nanti kot bau tomyam masuk dalam mimpi ke. Tapi satu bau pun takde. Haha. Yang bagusnya restoran bawah ni adalah HALAL. Ha, lapar-lapar turun bawah sapedek sampai kembung perut. Bagus Ao Nang View La Villa  Hotel ni.

kisahtatie

Paling istimewa, semuanya ada kat sini. Nak cari sewa motor, nak cari makan, nak cari pakej pelancongan, nak cari bas. Semuanya ada di hotel Ao Nang View La Villa  ini. Korang juga boleh sewa motor half day.

kisahtatie
Restoran Halal


kisahtatie
Haaa, ini pula harga shuttle bas and a/c van to Krabi Airport

Sekarang, jom ke bilik. 

Bilik kami simple sahaja. Janji selesa dan bersih. Memang pada mulanya, adalah juga I rasa was-was masa nak check-in. Betul ke bilik kat sini okay? hurmm.. Tapi bila masuk bilik. Wahhh, bagus. Jakun sebentar. Hahaha. Okaylah untuk bilik RM70-80/semalam. Kan?

kisahtatie
Katil kami

kisahtatie
Ruang penyidai, safety box and TV

kisahtatie
bilik air

kisahtatie
okaylah kan?

kisahtatie
dressing table

info by Agoda 

Jika anda sedang mencari HOTEL MURAH DI KRABI, ini mungkin boleh dijadikan pilihan. Hotelnya easy access to everywhere. Malah, tempat tunggu bas kat depan ni sahaja. 

breakfast dan banyak lagi

kisahtatie
pemandangan belakang hotel

Ao Nang View La Villa 
564/1-2, Ao Nang Road,
Muang, Krabi, Thailand


No Tel :
(66) 75 695 102
(66) 75 695 107

Email :
viewlavilla1@gmail.com

TRAVELOGUE - KRABI :
- Percutian Bajet ke Krabi Thailand (link)
- Sewa Motor di Krabi Thailand (link)
- Ao Nang View La Villa (link)
- Had Noppharathara National Park Krabi (link)
- Krabi Safari Elephant Trekking (link)
- Phi Phi Island Trip (link)
- Kayaking in Krabi (link)
- Krabi Weekend Night Market (link)
- Howdy Relaxing Hotel Krabi (link)
- Breakfast Sedap di Krabi (link)
- How To Go Hat Yai From Krabi (link)

29 comments:

  1. Hye nak tanya . Hotel ni ok tak? Yg awk amik tu ada tingkap tak? Sy ada baca some review dr tripvisor , byk kata jgn amik yg xde tingkap . Ada suggestion ✗ ? Sbb mmg akan fly pegi sana dlm bulan 10 ni .. Lg satu brkfast kat hotel ni halal ke? Or better tak pyh book yg ada brkfast?

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay sangat. kita amek yang takde tingkap. tapi ada tingkap ke takde tingkap ke sama je kalau duduk kat ao nang ni. bukan nampak pape pun. lainlah duduk depan beach. halal breakfast.

      Delete
    2. ok condition bilik ni, sesuai dengan harga :)

      Delete
  2. Salam...bez sgt baca blog awk ni...byk info n tips...sy nk tanye sal sewa moto tu je..perlu lesen moto ke kalu nk sewa...ada ape2 yg dokumen diperlukan x?sbab sy xda lesen motor...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang perlukan passport kita je..sebagai guarantee kita tak bawa lari motor tu... bila pulangkan motor, diorang bagi balik

      Delete
    2. means kalau xde lesen boleh sewa je lah?

      Delete
  3. sewa motor kena ada lesen moto ke yunk?

    ReplyDelete
  4. Krabi!! one day i ll b there :)

    ReplyDelete
  5. murahnya..tapi kwn2 pesan klau kat Krabi kena hati2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhati2 mmg perlu wakau kat mn je...tp insyaallah krabi ok..dh ramai org malaysia lepak sana every month...

      Delete
  6. Ooo....ada cagaran passport eh....kira ok la tu kann lgpun bukan nk bwk lari moto tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul, nnti pulangkan blik motor dpt lah passport blik :)

      Delete
  7. Sesuai dengan harganya..

    ReplyDelete
  8. Hotel ni pun nampak okay je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, lgipun tmpat utk berehat je :)

      Delete
  9. Kalau takde lesen motor, boleh ke sewa jugak? Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, curious juga nak tahu ble x sewa kalau xde lesen.

      Delete
  10. Thanks for the info..sy pn book hotel ni..nk gi bln 12 ni..da jd rm306 huhuuu

    ReplyDelete
  11. Nak tanya amek bilik standard ke superior ye

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)