Mencari sesuatu yang lazat, gempal dan berkuah?
ehh, apa kontroversi sangat ayat ni? kahkahkah
Hep!! Jangan fikir kuning ye kawan-kawan. Sebenarnya hari ini aku nak cerita tentang udang galah yang terdapat di Restoran Mi Kari Udang Galah Resipi Hj Saharudin Cheras. Pernah dengar tak?
Restoran yang mempunyai kelainan daripada restoran lain yang terdapat di ibu negara ini, sebab keistimewaannya terletak pada udang. Yang bestnya, korang boleh memilih saiz udang yang korang nak. Dari L ke XXL dan harga mestilah berbeza. Tapi tak mengapa, sebab sebaik sahaja udang ni selamat 'di-ngap' korang akan melupakan tentang harganya. Wah, gitu!
perbezaan saiz dan harga
Terubat rindu di hati terhadap ayahanda apabila pekena Mee Kari Udang Galah. Mana taknya, kalau makan udang pun, mesti masak lemak, masak cili, masak butter. Tapi terlupa pasal Mee Kari Udang Galah yang dulu menjadi kegemaran ayahanda. Nasib baik terjumpa restoran ni, terubatlah sedikit rindu setelah sembilan tahun lamanya tak makan Mee Kari Udang Galah.
Bercakap pasal udang galah, kat Restoran Mi Kari Udang Galah RHS ini bukan sahaja menyajikan mee kari udang galah, malah korang juga boleh try menu lain seperti nasi arab udang galah, nasi briyani udang galah, mee rebus udang galah dan mee bandung udang galah.
Restoran yang terletak di Jalan Dwitasik Bandar Sri Permaisuri Cheras ini adalah resepi turun temurun keluarga Haji Saharudin. Udang di sini semuanya segar-bugar dan bagi memastikan kualiti kesegarannya, udang-udang ini diimport dua hari sekali dari 'lubuk udang' terkenal di tanahair.
suasana di restoran mee kari udang galah
cashier
Selain dari udang galah, kat sini juga terdapat menu lain seperti hidangan roti Malaysia - roti canai, roti bawang dll, nasi berlauk (yang dihidangkan mengikut hari dari jam 12pm-3pm), pelbagai jenis nasi goreng, kuetiow dan lain-lain lagi. Terpulang kepada selera korang nak makan apa hari tu.
istimewanya kat sini
nasi berlauk kami iaitu pada hari Khamis.
Lauk hari Khamis di Restoran Mi Kari Udang Galah RHS :
- nasi putih
- ketam masak cili Singapore
- ayam masak kurma
- tempe dan tauhu goreng
- sawi jepun sos tiram
- sambal belacan
komen : semua sedap kecuali sawi jepun sos tiram agak masin sedikit.
me, nannie dan nazlan
mee kari , mee rebus dan mee bandung
UDANG GALAH
komen : perfecto!!! sedap sangat. dah nama pun specialty kan?
mee kari
mee rebus
mee bandung
warna warni sungguh. haha
Masam Manis
Kedondong, Lime and Asam
Chocolate Milkshake
Orange's Eleven
orange, pineapple, lychee and longan
Grape. I Joe
Grape, Lychee, Longan and Soda
Lychee Ais
Jus Tembikai
Selain tu, bagi yang mahukan suasana sejuk, kat sini juga ada bilik ber-aircond.
extra charges? NOOOO, its free. pilihlah nak duduk kat luar ke dalam
semuanya di Restoran Mi Kari Udang Galah Resepi Haji Saharudin
Dan semestinya produk dari Koperasi, Garam Gunung Pureline juga turut dijual kat Restoran Mi Kari Udang Galah ni. Haaa, best ni!! Dengar cerita, banyak khasiatnya. Jom try.
TAK TERLIUR KE TENGOK UDANG GALAH YANG SEXY TU?
hahahaha.
Alamat Restoran Mi Kari Udang Galah
No 18, Jalan Dwi Tasik 2,
Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
Facebook :
Mi Kari RHS
email :
meekariug@yahoo.com