25 February 2014

MAKAN DAN BERIADAH DI STARFRESH AGROPARK, BUKIT PUTUS

Hai assalamualaikum semua .. 

Cuba bayangkan kat sebuah tempat mempunyai restoran, tempat ternakan haiwan, spa dan macam-macam lagi dalam satu tempat yang sama .. Mesti seronokkan? Tak perlu pergi jauh. Jimat petrol, jimat tenaga.

Ha.. inilah yang aku nak cerita hari ini, Starfresh Agropark Bukit Putus Negeri Sembilan

Korang mesti pelikkan bagaimana kat satu tempat tu ada tempat ternakan dan restoran. Tak berterbangan ke bulu binatang tu atau tak berbau ke? Jawapannya tidak. Apa mahu dirisaukan, Starfresh Agropark ini berkeluasan 40 ekar dan dibina pada tahun 1985. Tapi pada masa tu cuma ada ladang buah-buahan sahaja.

Jalan lama Bukit Putus

Tapi pada tahun 2009, ia mula dikembangkan menjadi salah satu tarikan agro pelancongan. Hehehe. Eh, lupa nak bagitahu. Starfresh Agropark ni hanya 50 minit sahaja dari Kuala Lumpur kalau lalu highway Lebuhraya Utara-Selatan dan 30 minit jika lalu LEKAS. Tapi lagi dekat dengan LEKAS.

Starfresh Agropark Negeri Sembilan

Aku tahu, korang mesti terdengar pelbagai versi cerita mistik mengenai Bukit Putus. Kan? Tapi tu semua bukanlah kat sini. Macam aku cakap tadi, Starfresh Agropark ni terletak berhampiran lebuhraya LEKAS. Jadi, kalau bab mistik tu, jalan dia lebih ke dalam. Tak payah takut untuk ke sini. Memang takde benda pun. Jalan terang benderang dengan lampu jalan.

suasana luar

Nak meriah? datanglah waktu malam. Lagi istimewa setiap malam sabtu dari jam 8.30 sampai 11.30 malam ada liveband. :)


Kat sini menyajikan pelbagai jenis hidangan seperti Chinese Muslim Food, steamboat, masakan ala thai dan western food. Lebih istimewa, sayur-sayuran kebanyakannya dipetik dari ladang di belakang restoran ini. Barulah boleh cakap fresh dan terbaik dari ladang. Hahaha.

Kat sini juga terdapat pelbagai herba seperti misai kucing, belalai gajah dan pelbagai jenis herba lain. Dan, korang juga boleh try teh cina asli yang diimport dari cina, cuma dicampurkan dengan herba dari ladang Starfresh Agropark ini.

Teh Asli dari Cina
hehehe. macam muka Emi Nasarudin. haha

suasana dalam (ber-aircond)

Jom tengok apa yang kita makan pada hari tu :

Crispy Sotong 
Starfruit Asam Boi
Marmite Bone Chicken
Udang Celup Tepung
Butter Prawn
Sirap Ice
Lotus Leave Talapia (unikkan masak atas daun teratai)
Asam Seafood (terbaik!!)
yummy!!

Susah nak cari kekurangan kat hidangan-hidangan ni. Sebab semuanya sedap. Sayangnya hari tu aku tak dapat rasa air Kedondong Asam Boi dan double boiled coconut with chicken and herbs. Kedua-dua ni juga adalah antara tarikan kat sini. Aduhai... takpe next time datang lagi.

Tapi bagi korang, cubalah try Asam Seafood, Lotus Leaves Talapia dan lain-lain tu. Terbaiklah. Nasiblah kat restoran. Kalau kat rumah dan ratah-ratah sampai tinggal tulang. Haha. Untuk bulan puasa pula, kat Starfresh Agropark ni diorang juga menyediakan buffet ramadan. Jadi kalau nak cari buffet ramadan yang sedap dan murah di sekitar Seremban, bolehlah singgah-singgah di sini.


Selain dari restoran, kat sini juga terdapat tarikan lain seperti paintball, spa, dorm, dewan, ladang buah-buahan, tempat ternakan haiwan dan banyak lagi. Korang juga boleh naik kuda kat sini. Untuk company atau group pula, sini adalah antara tempat yang korang boleh jadikan sebagai destinasi team building.


paintball
toilet
harga
butik
souvenir shop

Hotel D'Herbal Wellness & Spa
(juga milik Starfresh Agropark)


pelbagai pakej spa yang ditawarkan
sauna room for man/woman (separate room)
bilik spa

Ladang


berlatarkan pemandangan Bukit Putus/Gunung Angsi Kuala Pilah

Setiap pokok ada tanda nama .. bagus kalau bawa anak-anak ke sini.
makan, beriadah sambil belajar


kat sini juga ada tempat ternakan lebah

jalan ke tempat ternakan haiwan

ayam 

angsa & itik
rabbit

ouchhh comelnya baby rabbit ni

khas untuk haiwan-haiwan ni. haha

shushhh jangan diganggu angsa sedang mengeram

poney

horse
nursery
surau
ce teka apa benda ni?
cari sesuatu kat batang pokok ni

Bagi petani-petani pula, korang dijemput untuk bekerjasama dengan tauke Starfresh Agropark ni. Nak buka produk ke, nak sewa tapak ke dan pelbagai lagi. Kata tanah seluas 40 ekar kan? haruslah luas gila. Kalau aku nak bina rumah terus. Haha.

Untuk aktiviti-aktiviti pula kat sini ada Pond Rafting, Paintball, Batik Painting, Jam Making dan macam-macam lagi. Keseronokkan terletak di satu tempat. Makan, beriadah dan bila dah penat pergi berurut kat spa pula. Hehehe.

Kat mana tempat ni? Semestinya di Starfresh Agropark, Bukit Putus. (jalan lama nak ke Kuala Pilah).

Starfresh Agropark 
Lot 2599, KM 12, Bukit Putus
70400 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

No telefon Starfresh Agropark :
06-6794288 / 06-6791791

Email :
starfreshagropark@gmail.com

Website :

Facebook :


29 comments:

  1. makanan dia macam superb je...jap...(mouse pointe saya bertukar jadi helo kitty)

    ReplyDelete
  2. bestnya dpt join aktiviti mcm ni

    ReplyDelete
  3. bestny kak tatie, sll g jln2 :)

    ReplyDelete
  4. Makanan atas daun teratai,, first timw tengok..

    ReplyDelete
  5. Dh lama akak x mkn kat sini...

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaaa ;)

    ReplyDelete
  7. wah rasa macam kat kampung siap ada itik, ayam semua

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)