18 December 2013

COLOURS OF NEGERI SEMBILAN

Hi assalamualaikum

Apa perancangan korang sempena sambutan tahun baru ini? Tinggal beberapa hari sahaja lagi kan?Selain dari promosi Visit Malaysia, pihak Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan mengajak korang memeriahkan Colours Of Negeri Sembilan 2013 - satu acara yang julung-julung kalinya diadakan sempena sambutan tahun baru ini.

Daisypath Vacation tickers
nampak tak excitednya saya? ishh..

Dengan sertai acara ini, korang dapat sesuatu pengalaman yang berbeza dan unik. Yela, ini tak.. Asyik-asyik sambut tahun baru kat bandar je, saya pun naik boring dah. Kali ni kita sambut di PD Waterfront jom. Sambil menunggu detik tahun baru, petang tu bolehlah pergi picnic ke, naik jetski ke, sambil beriadah dengan teman dan keluarga. Paling kurang pun, pergi makan laksa or burger bakar kat Teluk Kemang... Nyummm! *adeh dah terliur den haa.. sodapnyo*

bogo baka versi tolok komang

Terdapat artis undangan yang bakal memeriahkan acara ini seperti Nas Adila, Yantzen, Ana Raffali, Dj Fuzz dan orang noghori, Waris... Wah, meriah gitu! Sambil mengira detik, sambil dijamu dengan persembahan hebat oleh mereka ni semua. Of course, tepat jam 12 malam, ada pertunjukan bunga api.. wow, best! sambil melayani angin laut sepoi-sepoi bahasa, sambil melihat bunga api yang sudah semestinya cantik. teruja iolsss..!!

Colours Of Negeri Sembilan 2013
31 Disember 2013 @ PD Waterfront
4 pm - 12 am

Eh tak sabarnya!!


Bagi mereka si kaki jalan, jangan lepaskan peluang. Sempena pelancaran Tahun Melawat Malaysia yang juga diadakan pada malam tu nanti, korang juga berpeluang mendapatkan pakej-pakej pelancongan dengan harga istimewa.. Eh, TAK NAK KE? Saya nak!!!!

Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...



9 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)