17 December 2013

FRIENDS OF NEGERI SEMBILAN

Hai kawan-kawan, hari ini saya nak ajak korang jadi ahli FONS. Apa itu FONS? FONS adalah Friends Of Negeri Sembilan yang baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas. 

Dengan sertai FONS, korang dapat pelbagai benefit seperti dapat sertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Tourism Malaysia Negeri Sembilan, menjadi yang terawal tahu tentang promotion dan info mengenai aktiviti tourism, berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang bakal diadakan setiap bulan dan lain-lain yang pasti membuatkan korang teruja dan berterima kasih kat saya.. Kahkahkah.  =P

FONS ni terbahagi kepada 2 kategori iaitu kepada orang ramai dan penggiat-penggiat industri termasuklah media. Menariknya jika korang adalah penggiat industri yang berdaftar, of course, korang akan diberi keutamaan dalam sebarang aktiviti promosi yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia. Ibarat korang ni VIP lah senang cerita. 

Jom ikut saya dengan sertai Friends Of Negeri Sembilan sekarang.. Untung-untung boleh dapat patung mascot Tahun Melawat Malaysia 2014 yang comel tu.. hihi. Semua orang boleh join.. tak kira di mana anda berada.. AYUH!

Pelancaran FONS ini diadakan semasa Negeri Sembilan Tourism Conference yang bertempat di Klana Resort baru-baru ini yang disertai oleh 300 orang peserta. Saya adalah salah seorang daripada mereka.. Hew hew hew. 








sidang media

Majlis pelancaran dan conference ini turut disertai oleh Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof, Pengarah Tourism Malaysia N9, Encik Zaidi Kassim dan Tuan Hj Tun Hairudin Abu Bakar, Exco Pelancongan Negeri Sembilan.

Actually, banyak tempat-tempat menarik kat Negeri Sembilan ni.. Kalau tak join FONS, mungkin sampai sekarang tak tahu... alih-alih Port Dickson.. Rembau tu famous pun sebab lagu Rembau Most Wanted... Agak-agak bandar lain macam Jempol. Juasseh, Serting, Jemapoh tu korang tahu ke tak? Errr...

dapat free patung 'Official Mascot For VMY'
Proboscis Monkey


Cara-Cara nak daftar :
ii) Isi borang ini : FONS
iii) Join group : Friends


 Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...


9 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)